Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Isnin, November 03, 2008

Lenggok ratu biri-biri dan Raja Kambing di Arab Saudi



Dengan lenggang lenggok, mampu meraih pendapatan kepada pengusaha kambing bebiri berpendpatan jutaan ringgit di Arab Saudi





SEEKOR biri-biri berjalan di atas pentas peragaan di Banban, Arab Saudi pada Khamis lalu.


LAIN padang lain belalang. Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan program ratu cantik di Arab Saudi yang menjadikan kambing biri-biri sebagai bahan pertandingan.

Keadaan itu berbeza sama sekali dengan pertandingan ratu cantik yang kerap diadakan di beberapa negara Arab seperti Lebanon tetapi ia tetap menarik, sekurang-kurangnya kepada para penternak dan penggiat industri makanan.

Malah, pertandingan ratu cantik biri-biri itu menawarkan peluang keemasan kepada para penternak tempatan untuk menjalankan urusniaga selain menjadi satu wadah hiburan di sebuah negara yang kurang aktiviti bercorak rekreasi.

Pada masa sama, acara unik itu bertindak sebagai penggalak kepada penternak di Arab Saudi supaya menghasilkan baka biri-biri yang baik dan penggemar haiwan.

Hakikat itu diakui sendiri oleh pembeli-pembeli yang menghadiri acara tersebut.

Menurut mereka, kualiti biri-biri Arab Saudi yang disebut Nejdi semakin meningkat sejak sedekad lalu hasil daripada perhatian yang diberikan untuk membiak haiwan tersebut.


SEORANG penton merakam gambar biri-biri yang menyertai pertandingan ratu biri-biri di Banban, Arab Saudi Khamis lalu.


"Biri-biri Nejdi hari ini jauh lebih cantik berbanding 10 tahun lalu," kata seorang penonton berusia 37 tahun dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Salem al-Ghannami.

Sejak beberapa tahun, pertandingan ratu cantik melibatkan unta dan kambing selain biri-biri merupakan simbol cara hidup kaum Baduwi dan diadakan di serata Arab Saudi.

Namun, acara tersebut dilaporkan menimbulkan keresahan kerabat diraja Arab Saudi selepas ia bertukar tegang apabila dijadikan medan penentu untuk mengetahui kabilah atau puak mana yang memiliki baka ternakan paling cantik.

Acara yang berlangsung pada Khamis lalu itu bertindak tidak menyenaraikan nama kabilah yang memiliki haiwan tersebut.

Ia dihadiri oleh kira-kira 4,000 lelaki di sebuah kawasan padang pasir yang dilitupi beratus-ratus helai permaidani di utara bandar raya Riyadh.

Mereka duduk di barisan kerusi mengelilingi sebuah pentas peragaan kecil yang diliputi hamparan karpet merah.

Udara sekitar kawasan itu diselubungi bau najis haiwan ketika biri-biri betina dan jantan dipertontonkan selepas satu pertunjukan bunga api dan pertandingan sajak biri-biri terbaik diadakan.

Penganjur acara berkenaan, Faisal al-Saadoun berkata, peminat-peminat haiwan ternakan tahu memilih baka biri-biri yang cantik.

"Seperti juga manusia, biri-biri tidak sepatutnya memiliki lemak pada bahagian tertentu, kata seorang ahli perniagaan dan penggemar haiwan itu, al-Saadoun .



SALAH seekor biri-biri yang memenangi pertandingan ratu biri-biri di Banban, Arab Saudi Khamis lalu.


"Haiwan-haiwan itu juga perlu tinggi," tambahnya. Katanya, biri-biri betina dewasa boleh dijual pada harga antara AS$5,300 dan AS$8,000 (RM17,800 dan RM28,475) tetapi harga untuk biri-biri jantan dewasa yang baik boleh meningkat hingga berkali ganda.

"Biri-biri jantan lebih mahal kerana dapat menghasilkan hingga 100 anak setahun berbanding biri-biri betina," katanya.

Al-Saadoun memiliki seekor biri-biri jantan berusia tiga tahun daripada baka Burgan atau petir dalam bahasa Arab.

Haiwan itu ditatang sama seperti sebuah telaga minyak kerana ia paling diminati di kalangan penggemar biri-biri dan tidak hairan harganya pula melebihi AS$2.1 juta (RM7.4 juta).

Daripada 10 finalis, lapan merupakan baka Burgan termasuk biri-biri jantan dan betina mendapat tempat pertama.

Seorang peserta, Al-Ghannami yang memiliki 200 ekor biri-biri termasuk dua Burqan memberitahu, kalangan pembiak sanggup membayar berjuta-juta riyal untuk seekor biri-biri cantik.

"Saya mahu mengumpul biri-biri daripada baka terbaik," kata al-Ghannami yang bekerja di Kementerian Dalam Negeri UAE.

"Saya menganggapnya sebagai satu hobi. Saya tidak mengumpul biri-biri kerana wang," jelasnya.

Ketika jam menghampiri detik tengah malam, seorang pembiak tempatan berusia 31 tahun, Fahd al-Jinahi, berjalan keluar sambil membawa beliannya, seekor biri-biri jantan baka Burqan yang diperoleh dengan harga AS$120,650 (RM429,447).

Apabila ditanya kenapa dia memilih biri-biri itu, jawab Fahd: "Saya tertarik dengan bentuk dagu biri-biri itu. Lehernya jinjang dan berbulu lebat dan panjang sehingga meliputi badannya.



Salah seorang para juri yang sedang menilai kambing diatas pentas


Kambing yang mendapat tempat dikalangan pengembala kambing bertaraf jutawan


Candid Camera jap...



Kenangan di jeddah, Arab Saudi

JutawanTernak: Bilalah agaknya Malaysia mengeluarkan ratu kambing yang tercantik?? masa akan menentukan :)

Ahad, November 02, 2008

Sektor tani bantu hadapi krisis

KOTA KINABALU 1 Nov. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan beliau memberi penekanan kepada sektor pertanian tiga tahun lalu terbukti membawa kebaikan kepada rakyat dan negara hari ini.
Perdana Menteri berkata, ini kerana sektor pertanian muncul sebagai industri terpenting sebaik sahaja dunia dilanda krisis bekalan makanan.
''Dalam keadaan kita berhadapan dengan krisis ini, kita sebenarnya telah bersedia lebih awal. Sektor pertanian dan perladangan telah pun kita mulakan.
''Dahulu ada orang anggap Pak Lah balik ke belakang apabila memberi tumpuan kepada bidang pertanian, hari ini, kita lihat sektor ini berjaya meningkatkan ekonomi kita," katanya semasa berucap merasmi Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah ke-23 di sini hari ini.
Beliau berkata, krisis bekalan makanan serta kenaikan harga minyak baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai masalah sampingan kepada dunia.
Perdana Menteri berkata, krisis itu perlu ditangani secara bijaksana bagi memastikan rakyat tidak terlalu tertekan serta mampu berhadapan dengan perkembangan semasa yang berlaku.
''Walau apa pun yang kita lakukan, kita tidak boleh hilang keyakinan dan sentiasa bersabar. Jangan menimbulkan suasana tidak baik kerana sikap seperti itu hanya akan melemahkan lagi ekonomi negara," ujar beliau.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar sudah jalankan ternakan lembu, kambing

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri telah menjalankan aktiviti penternakan lembu di bawah projek tanaman kelapa sawit dan kambing biri-biri di bawah tanaman getah sejak tahun 1995.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat (BN-Klawang) memberitahu, banyak program seumpama itu dijalankan di kawasan Felda.

''Ia dijalankan melalui projek khas yang dipanggil Kawasan Tumpuan Sasaran (TAC) dan telah menempatkan seorang pegawai khas untuk membangunkan penternakan di Felda," kata beliau menjawab soalan Datuk Aziz Shamsuddin (BN-Palong) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan kali Ke-12 hari ini.

Kata beliau, kawasan di daerah Jempol juga telah dipilih kerana ia berpotensi dimajukan sebagai kawasan pengeluaran makanan.

''Bagaimanapun selain kesesuaian kawasan, usia tanaman kelapa sawit dan hak milik tanah perlu juga diambil kira dalam memastikan aktiviti penternakan itu dapat dijalankan tanpa gangguan," jelas beliau.

Menurut Yunus, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), JPV telah diberi peruntukan sebanyak RM12.4 juta dan daripada jumlah itu RM5.4 juta digunakan untuk pembangunan industri ternakan kambing biri-biri.

''Sebanyak RM7 juta lagi untuk pembangunan industri ternakan lembu dan kerbau, manakala RM2.7 juga bagi pembangunan industri tenusu," kata beliau.

Kesemua peruntukan itu, katanya, untuk perolehan ternakan, peralatan ternakan dan ubatan ternakan selain aktiviti ragutan.

''Peruntukan ini digunakan untuk keseluruhan pembangunan ternakan seluruh negeri (enam daerah) dan tidak hanya tertumpu di kawasan Felda sahaja," ujar Yunus.

RM130j jadikan Sabah pengeluar susu segar

Sebanyak RM130 juta diperuntukkan di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) bagi tahun 2009 hingga 2010 untuk menjadikan Sabah sebagai pengeluar susu dan daging segar utama di Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Yahya Hussin berkata, melalui dana terbaru itu dijangka pengeluaran susu segar akan mencapai sehingga 35 juta liter setahun.

"Sebelum ini, pengeluaran bagi tahun 2007 hanya 10 juta liter, melalui program di bawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT), kita yakin pengeluaran dapat ditingkatkan 35 juta seliter.

"Bagi pengeluaran daging segar pula, diramalkan Sabah mampu mengeluar sehingga 1,000 metrik tan setahun," katanya ketika menjawab soalan lisan Au Kam Wah (BN-Elopura) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata, sasaran penghasilan susu dan daging sedar itu mampu dicapai kerana baka lembu tenusu akan membiak sehingga 2,000 ekor dalam masa setahun menjelang 2015.

Selain itu, katanya, kerajaan melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Sabah sedang berusaha untuk menjadikan susu menjadi produk hiliran.

"Melalui usaha ini, pengeluaran susu segar akan dipertingkatkan melalui proses nilai tambah, dengan adanya usaha ini, peluang untuk mengeksport produk susu kita keluar negara adalah cerah," katanya.

Yahya memberitahu, Sabah masih mempunyai keistimewaan untuk diterima di pasaran antarabangsa kerana masih bebas daripada sebarang penyakit haiwan yang berbahaya.

Beliau berkata, kementeriannya melalui JPHPT akan terus memainkan peranan penting memberi bimbingan kepada para penternak lembu tenusu supaya produktiviti dapat ditingkatkan.

Bagi memastikan pengeluaran susu segar supaya sentiasa menepati standard yang ditetapkan, JPHPT telah menaik taraf pusat penyelidikan ternakan di Kepayan, dekat sini.

"Di samping itu, pusat bioteknologi di Keningau akan terus diperkasa bagi menjamin baka ternakan yang baik dan bersesuaian dengan persekitaran tempatan," katanya.

JPHPT juga kata beliau, sedang membangunkan pusat pembiakan baka ternakan di Nabawan yang akan menghasilkan baka ternakan yang baik.

Padang Terap bakal berubah wajah

KUALA NERANG 27 Ogos - Daerah Padang Terap yang mempunyai kira-kira 60,000 penduduk kini berwajah baru apabila pelbagai program pembangunan dirangka bagi memajukan kawasan tersebut.

Daerah yang terletak di Kedah Timur itu dijangka menikmati limpahan pembangunan dengan terlaksananya projek-projek seperti Lebuh Raya Trans Eastern Kedah Interland (Tekih); Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kota Putra, Fish Protech, pertanian dan pendidikan di sekitar daerah berkenaan.

Projek-projek yang sesetengahnya dalam pembinaannya itu secara langsung akan membantu menaik taraf kehidupan penduduk di situ.

Pembinaan Lebuh Raya Tekih yang menghubungkan Durian Burung-Pedu-Kupang di Baling sepanjang kira-kira 115 kilometer dijangka dapat membangunkan kawasan Kedah Timur yang sering kali dikaitkan dengan kemunduran.

Ia juga bakal merancakkan pembangunan di Pedu, Baling dan Sik selain turut memberi kemudahan kepada orang ramai berulang alik ke Kulim atau Butterworth.

Pelaksanaan projek pembinaan lebuh itu adalah sejajar dengan perancangan untuk membuka CIQ Kota Putra di Durian Burung dekat sini.

CIQ berkenaan akan menjadi pintu sempadan kedua di Kedah selepas Bukit Kayu Hitam di Kubang Pasu yang sekali gus memberi peluang kepada pembangunan di daerah berkenaan.

"Dengan pembukaan pintu masuk kedua Malaysia-Thailand di Kota Putra pada tahun hadapan, siapnya Tekih dan naif taraf jalan raya Alor Star-Durian Burung, lingkaran perhubungan dalam daerah ini akan menjadi pemangkin pembangunan pelbagai sektor serancak dengan pembangunan di pantai barat Kedah.

"Demikian juga apabila siapnya kerja-kerja menaik taraf lapan jambatan dari Naka ke Nami yang sedang dalam pembinaan," kata Pegawai Daerah Padang Terap, Mat Noh Ahmad ketika berucap pada Majlis Perasmian Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap di sini, baru-baru ini.

Perasmian kompleks tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Kompleks pentadbiran baru di Bukit Gedong itu dibina sejak 1 Mac 2006 dan siap pada 15 November tahun lalu dengan menelan belanja sebanyak RM3.6 juta sebelum beroperasi sepenuhnya mulai 13 Ogos lalu.

Menurut Mat Noh, pembinaan Institut Kemahiran Belia Negara dan projek Fish Protech di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Naka yang telah pun bermula akan menggerakkan transformasi pertumbuhan penempatan baru yang lebih pesat.

"Kesan dari dua projek berkenaan pada masa ini sudah dirasai apabila kita terpaksa membuat unjuran semula Pelan Rancangan Tempatan Pekan Naka," ujar beliau.

Dalam bidang pendidikan pula, katanya, selain mercu tanda Kolej Mara Kuala Nerang dan 23 buah sekolah sedia ada, daerah berkenaan juga mempunyai dua pusat latihan yang semakin berkembang maju iaitu Dusun Minda Resort dan Teras Naka.

Malah, beliau percaya apabila Kolej Komuniti dibangunkan di pekan Kuala Nerang nanti bakal membuka ruang pendidikan teknikal dan menarik penyertaan lebih ramai anak tempatan.

Sementara itu, kata Mat Noh, dua projek berimpak besar yang dalam peringkat akhir untuk dilaksanakan iaitu Projek Pengairan Bukit Sena di Pedu dan Projek Pembangunan Mampan Bukit Kura akan merancakkan lagi pembangunan aktiviti ekonomi di kawsan terbabit.

"Dua projek ini akan membuka dimensi baru pembangunan ekonomi khususnya peningkatan kadar penanaman padi dan penternakan lembu fidlot.

"Penduduk Padang Terap juga amat berharap agar projek ternakan ikan dalam sangkar di Tasik Pedu yang mana memorandum persefahaman (MoU) untuk maksud tersebut dimeterai pada tahun lalu akan dapat dilaksanakan segera," katanya.

Hari Mantai Perdana

SEREMBAN Kerajaan negeri akan menganjurkan Hari Mantai Perdana pada 29 September ini di tapak bekas kem tentera di Paroi dekat sini sebagai usaha tambahan membekalkan daging segar sempena kedatangan 1 Syawal.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam, Datuk Hasim Rusdi berkata, pada hari tersebut orang ramai boleh mendapatkan bekalan daging pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.

Beliau berkata, sebagai contoh daging lembu tempatan akan dijual pada harga RM15 sekilogram berbanding RM20 sekilogram di kawasan lain.

''Ini semua idea Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau mahu rakyat mendapat bekalan daging yang lebih murah berbanding harga pasaran dan sebab itu kita telah memutuskan harga daging lembu tempatan yang dijual pada hari tersebut murah RM5 daripada tempat lain.

''Kerajaan negeri berharap dengan adanya program seperti ini ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Hasim berkata, selain daging lembu tempatan, pelbagai jenis daging lain turut dijual antaranya ayam, kambing dan termasuk rusa.

''Kesemua daging ini akan dijual pada harga yang amat berpatutan dan orang ramai pula tidak perlu khuatir dengan jumlah bekalan. Kami yakin jumlahnya cukup untuk menampung permintaan," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai bekalan barangan runcit khususnya sebagai persediaan menyambut musim perayaan beliau berkata, hasil pemantauan yang dibuat kesemua barang-barang tersebut mencukupi.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang rungutan daripada pihak pengguna.

''Masalah kekurangan barangan di Negeri Sembilan setakat ini boleh dikatakan tidak pernah berlaku dan saya percaya bekalan akan mencukupi sehingga habis musim perayaan," katanya lagi.

Dalam pada itu beliau menasihatkan kepada pengguna supaya berhemah ketika berbelanja bagi mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran.


BEREBUT DAGING...


Orang ramai berebut-rebut untuk mendapatkan daging kambing, lembu, kerbau, rusa, ayam dan burung puyuh yang dijual dengan harga murah di Pesta Mantai Perdana Aidilfitri di bekas tapak Kem Paroi, Seremban, semalam.– Gambar BERNAMA


Pesta Mantai merupakan satu tradisi turun menurun, diwarisi masyarakat Melayu Negeri Sembilan yang mengamalkan adat pepatih di negeri ini, di mana haiwan ternakan disembelih sempena kedatangan Ramadan dan Syawal.

Daging itu dijual dengan harga RM15 sekilogram berbanding harga pasaran RM18 hingga RM20 sekilogram.

Jualan daging itu dihadkan kepada lima kilogram setiap seorang dan dijual mengikut cara "siapa cepat dia dapat", sementara stok masih ada.



Pertanian negara perlu kompetitif - Mustapa

BANGKOK 12 Okt. - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan lawatan kerjanya ke Thailand sebagai amat berguna untuk memastikan bidang pertanian negara berada dalam keadaan kompetitif di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, banyak perkara boleh dipelajari daripada negara jiran tersebut khususnya berkaitan teknologi terkini yang digunakan.

Sehubungan itu, beliau berharap, hubungan dua hala Malaysia-Thailand dalam bidang pertanian dapat dipertingkatkan atas dasar kepentingan bersama.

Dalam masa sama katanya, syarikat-syarikat swasta yang terlibat dalam sektor pertanian di Malaysia akan digalakkan untuk mewujudkan jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta di Thailand.

''Lawatan ini amat berguna kerana Thailand jelas pada kita berada dalam keadaan amat kompetitif dalam pertanian. Banyak kita boleh belajar.

''Di Malaysia, bidang pertanian baru empat atau lima tahun kebelakangan ini diberi perhatian," katanya di sini hari ini.

Mustapa yang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari itu berkata, cabarannya sebagai orang yang bertanggungjawab di kementerian sekarang ialah berusaha membawa lebih banyak kemajuan terutama dalam meningkatkan penghasilan produk-produk pertanian.

Menurut Mustapa lagi, beliau kagum dengan sikap usahawan-usahawan pertanian Thailand yang tidak bergantung kepada bantuan kerajaan tetapi mampu menjadi pengeksport utama bagi negara itu.

''Secara umumnya, petani di Thailand sangat berdikari berbanding petani kita semuanya hendak tunggu bantuan (kerajaan) bela ayam, ternak lembu, tanam padi terpaksa diberi baja, racun dan lain-lain," katanya.

Sambil memberi contoh beberapa syarikat swasta berjaya Thailand seperti Saha Farms Group (Saha) yang merupakan antara pengeluar ayam utama negara itu dan Farm Chokhai yang mengusahakan ladang ternakan lembu terbesar di Asia, kata Mustapa, usahawan Malaysia juga perlu mempunyai daya saing dan kemampuan yang setanding.

''Kita amat tertarik dengan teknologi yang dibangunkan mereka sendiri. Contohnya Farm Chokhai, bermula dengan daging lembu, hari ini, mereka dapat menghasilkan macam-macam projek hiliran.

''Saha pula, daripada hanya 1,000 ekor ayam 40 tahun lalu, hari ini mereka mampu memproses satu juta ekor ayam sehari. Di Malaysia, syarikat kita mesti ada kaitan dengan kerajaan," ujarnya.

Menurut Mustapa, beliau mahu usahawan tempatan mula memberi tumpuan kepada projek pertanian berskala besar kerana ia dapat memberi pulangan yang lebih baik selaras dengan slogan Pertanian Adalah Perniagaan yang diperkenalkan oleh pihak kementerian.

Katanya, tanggapan bahawa pertanian dikaitkan dengan kemiskinan sewajarnya diperbetulkan kerana ia jelas sesuatu yang tidak benar.

Kedah ceburi eksport daging skala besar

SIK Kerajaan negeri menerusi anak syarikat milik penuhnya bercadang menceburi bidang mengeskport daging lembu dalam skala besar menerusi usaha sama dengan sebuah syarikat Australia.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bagi tujuan tersebut, kerajaan negeri akan menghantar dua pegawai dari syarikat Kedah Corporation Sdn. Bhd., ke Australia pada 19 Oktober ini bagi meninjau proses akhir bidang kerjasama berkenaan.

Beliau berkata, bidang tersebut dijangka memberikan pulangan besar memandangkan keperluan daging lembu dunia semakin berkembang sejak kebelakangan ini.

"Kedah Corporation Sdn. Bhd. akan bertindak sebagai ejen pemasaran dan menerima tempahan sebelum memaklumkan kepada syarikat pembekal di Australia untuk menghantar daging terbabit secara skala besar ke negara-negara ketiga.

"Sebagai permulaan, kita sudah ada tempahan hasil daripada memorandum persefahaman dengan pembeli di Indonesia untuk dibekalkan daging lembu sebanyak 200 hingga 600 tan," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan dividen tahunan kepada ahli-ahli Koperasi Pembangunan Beris Berhad di Bandar Baru Beris Jaya, dekat sini baru-baru ini.

Menurut Azizan, langkah mengadakan kerjasama dengan syarikat Australia terbabit dianggap tepat pada masanya kerana keluaran daging negara itu diperakui di pasaran global.

3 insentif maju sektor ternakan

LUMUT 26 Okt 2008. – Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan terus memperhebatkan pelbagai program di seluruh negara bagi mempertingkatkan produk hasil ternakan serta memenuhi permintaan bahan makanan yang semakin meningkat.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, bagi memastikan kejayaan rancangan berkenaan, kerajaan turut menyediakan beberapa insentif.

Katanya, tiga jenis insentif akan diberikan untuk sub sektor ternakan iaitu pengagihan lembu dan kambing, insentif kewangan kepada penternak dan program bumi hijau.

‘‘Tiga insentif itu bertujuan menampung pertambahan kos pengeluaran komoditi ternakan dan mempergiatkan lagi aktiviti dalam sektor pertanian.

‘‘Kerajaan perlu menyuntik peruntukan tambahan bagi menampung peningkat harga bahan makanan dan ubat- ubatan ternakan.

‘‘Keadaan itu sekiranya tidak dibantu, penternak bakal berhadapan dengan pelbagai masalah dan risiko kerugian,” katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian Sijil Peserta Bimbingan Rakyat, Perjanjian Skim Pinjaman Ternakan Tanpa Faedah (PINTAF) di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan negeri, Jamaluddin Mohd. Radzi.

Seramai 15 orang penternak menerima perjanjian PINTAF bagi ternakan lembu, ternakan kambing (15), Projek Bumi Hijau (149) dan Program Bantuan Bimbingan Rakyat (12).

Dr. Quaza Nizamuddin berkata, PINTAF adalah satu program di bawah Jabatan Perkhidmatan Vaterinar yang dahulunya dikenali dengan nama Rancangan Pawah Ternakan.

Menurutnya, sebanyak RM3.618 juta telah disalurkan kepada negeri ini bagi membekalkan sebanyak 700 ekor lembu dan 900 ekor kambing kepada 71 peserta.

‘‘Setiap peserta akan menerima sebanyak 20 ekor lembu dan 25 ekor kambing.

‘‘Negeri ini juga dijangka akan menerima peruntukan tambahan sebanyak 1,000 ekor lembu dan 1,750 ekor kambing lagi untuk diagihkan kepada peserta,” katanya.

Menurutnya, pihak jabatan juga turut menjalankan Program Bumi Hijau menerusi peruntukan sebanyak RM160,000 yang disediakan.

Khamis, Oktober 30, 2008

Teknologi: MPOB-HIE dan MPOB-Q-PKC makanan asas lengkap ternakan

POB-HIE dan MPOB-Q-PKC adalah satu kejayaan kepada hasil penyelidikan dan pembangunan EPC yang bakal menjadi jenama produk buatan Malaysia yang terkenal di serata dunia.

Dr Osman Atil berkata, rangsum ternakan ini pada awalnya diformulasi untuk menggantikan penggunaan minyak sawit mentah dalam rumusan rangsum ternakan terutama kepada ayam pedaging, ayam penelur, ikan dan haiwan tenusu.

Katanya, kajian EPC mendapati ayam pedaging yang memakan rangsum ternakan MPOB-HIE ini berada dalam keadaan yang sangat baik dan memuaskan kerana MPOB-HIE adalah makanan ternakan yang serba lengkap mengandungi protein dan tenaga yang tinggi.

“Ia satu-satunya makanan asas ternakan yang dihasilkan di negara ini dan ini adalah satu kejayaan besar kepada MPOB.

“Dari segi nilai, rangsum ternakan MPOB-HIE mengandungi 7.6 kcal/sen berbanding 1.6 kcal/sen bagi jagung dan ini sangat menjimatkan pengusaha ternakan seperti ayam, ikan dan binatang tenusu,” katanya.

Dr Osman memberitahu, bagi setiap 1,000 kilogram atau satu metrik tan MPOB-HIE dijual dengan harga RM1,176 manakala harga pasaran jagung untuk makanan ternakan ialah RM2,400 satu metrik tan.

Ini bermakna bagi setiap gram rangsum ternakan MPOB-HIE mengandungi 9kcal berbanding 4kcal jagung.

“MPOB-HIE memberi dua kali lebih nilai dari segi penjimatan wang, dua kali ganda kandungan tenaga dan protein berbanding produk makanan ternakan yang diimport,” katanya.

Kelebihannya memilih MPOB-HIE selain faktor jimat dan kandungan khasiatnya, penternak juga boleh mendapatkan produk yang segar dan dalam tempoh yang singkat. Ini kerana sejumlah 47 kilang makanan ternakan di seluruh negara kini sedang menghasilkan lima juta metrik tan rangsum ternakan MPOB-HIE untuk kegunaan pasaran ternakan.

“Kami mendapati, ayam pedaging yang memakan rangsum ternakan MPOB-HIE juga membesar lebih cepat, kadar kematian yang rendah kerana jarang dihinggapi penyakit berikutan tahap ketahanan tubuhnya lebih tinggi.

“Telur yang dihasilkan pula kaya dengan Vitamin E dan tokotrienol yang tinggi. Kedua-dua bahan ini sangat bagus bertindak sebagai anti kanser, mengurangkan penebalan saluran darah, mengurangkan penyakit kardiovaskular selain awet muda,” katanya.

Sementara itu satu lagi kejayaan EPC iaitu produk makanan ternakan MPOB-Q-PKC didapati sangat baik untuk membekalkan sumber protein tinggi kepada ternakan.

Dr Osman berkata, MPOB-Q-PKC mengandungi protein sebanyak lebih kurang 20 peratus dan 19.6 kandungan asid amino di dalamnya.

Ia dalam bentuk dedak yang terhasil daripada bahan sampingan akibat proses pengekstrakan minyak daripada isirung sawit sama ada melalui pengekstrakan pelarut ataupun secara mekanikal.

MPOB-Q-PKC berbentuk serbuk digunakan sebagai sumber protein kepada ternakan ayam, itik dan ikan.

“Ini membantu negara mengurangkan import dedak kacang soya iaitu sejumlah 800,000 hingga sejuta metrik tan setahun untuk kegunaan makanan ternakan,” katanya.

Menerusi kedua-dua produk ini, Malaysia boleh menjadi pengeluar makanan ternakan bermutu tinggi setanding pengeluar dan pengeksport dunia sedia ada.

Sabah Sarawak: 150 daftar sertai Seminar Agro Fest

UCHING: Lebih 150 peserta yang terdiri daripada peladang, penternak, nelayan dan orang awam, sudah mendaftar untuk menyertai Seminar Agro Fest Sarawak yang akan diadakan pada 2 November di Dewan Seminar Pusaka di sini.

Seminar bertemakan 'Peluang-peluang Perniagaan Dalam Sektor Ternakan' itu dianjurkan Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (Azam).

Jurucakap Azam berkata, seminar itu diadakan sempena perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) serta sambutan Ulang Tahun ke-45 Sarawak Maju dalam Malaysia.

Selain memberi gambaran umum mengenai pembangunan dan potensi sektor ternakan di Sarawak, pembentangan kertas kerja seminar turut meliputi topik pemasaran, polisi tanah untuk pembangunan sektor ternakan, isu alam sekitar, teknologi terkini, insentif kewangan dan pinjaman kepada petani.

Usahawan tani yang berjaya juga akan turut berkongsi pengalaman dan kejayaan masing-masing dalam penternakan lembu dan kambing pada seminar berkenaan.

Antara agensi yang terbabit dalam pembentangan kertas kerja pada seminar itu ialah Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Agro Bank dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Yuran pendaftaran adalah RM50 seorang dengan tarikh tutup pendaftaran pada 27 Oktober ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Belinda Wilson atau Roslin Latip menerusi talian 082-411799.

Berguru dengan Thailand di dalam bidng Pertanian dan penternakan

22 Okt 2008. Walaupun pertanian menjadi sektor utama Malaysia, negara masih jauh ketinggalan dalam pengeluaran hasil pertanian untuk menampung keperluan sendiri.

Dengan anugerah tanah yang subur, iklim bersesuaian, tenaga kerja ramai, berkemampuan dan diiringi kedudukan ekonomi serta politik yang stabil, belum cukup untuk dijadikan pengukur kejayaan tanpa usaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan dengan sebenar-benarnya slogan "Pertanian Adalah Perniagaan".

"Kita boleh pelajari dari Thailand", itu adalah kesimpulan yang diperoleh hasil lawatan selama empat hari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed ke negara jiran itu.

Malaysia perlu banyak belajar dan mencontohi terutama dari segi kesungguhan, ketekunan dan kegigihan rakyat Thailand dalam memajukan sektor pertanian negara mereka, katanya kepada Bernama.

Mustapa mengetuai pelbagai agensi kerajaan di bawah kementeriannya dalam lawatan itu baru-baru ini, untuk mempelajari, menjalinkan hubungan dan melawat tempat-tempat yang boleh dibawa kepakarannya di Malaysia.

PERTANIAN SECARA BESAR-BESARAN

Mustapa berkata, rakyat Thailand mengamalkan konsep pertanian berskala besar yang menyumbang kepada faktor kejayaan mereka untuk muncul sebagai pesaing di peringkat antarabangsa.

Katanya, keupayaan negara jiran itu memajukan sektor pertaniannya sehingga menjadi antara negara pengeluar hasil pertanian utama dunia, memangkin semangat Malaysia untuk turut berkongsi ilmu bagi meningkatkan mutu dan hasil produktiviti pertanian negara.

Mustapa berkata, beliau menyimpulkan jika ia berjaya dipraktikkan di Malaysia, kedudukan negara akan lebih selamat kerana tidak perlu bergantung lagi kepada 'belas ihsan' negara lain untuk memenuhi keperluan makanan negara.

"Untuk menjayakan hasrat ini, kemajuan teknologi memainkan peranan yang amat penting. Kerana itu, lawatan tidak sempurna jika tidak berkunjung ke Universiti Kasetsart, salah sebuah universiti yang banyak terlibat dengan penghasilan teknologi pertanian di Thailand," katanya.

Beliau berkata apa yang Malaysia perlu lakukan sekarang ialah mengubah sikap sebahagian besar petani agar moto "Pertanian Adalah Perniagaan" dapat benar-benar dihayati seterusnya direalisasikan.

LADANG TENUSU CHOKCHAI

Katanya, antara tempat yang dilawati termasuk Ladang Tenusu ChokChai di Nokhom Ratchasima, pasar borong pertanian bersepadu Talaad Thai, Projek Diraja Chitralada.

Mustapa berkata, Thailand dikenali sebagai "dapur dunia" mempunyai banyak aspek industri pertanian yang boleh dipelajari termasuk industri tenusu di negara itu.

Malaysia, katanya, boleh menjadikan Ladang Tenusu ChokChai sebagai contoh. Ia bukan sekadar sebuah ladang, malah diiktiraf institusi perladangan tenusu persendirian yang amat berjaya dan satu daripada ladang tenusu yang paling canggih di Asia Tenggara.

Dengan keluasan kira-kira 3,200 hektar dan terletak 155 km dari Bangkok, ia memberi pengunjung satu pengalaman berada dalam kehidupan di alam semula jadi. Ia sebuah ladang yang lengkap, mempunyai tanamam rumput dan jagung sendiri untuk ternakannya, malah mempunyai simpanan rumput ternakan.

Ladang Tenusu Chokchai ialah satu projek agro-pelancongan yang menjalankan aktiviti pertanian seperti ternakan lembu tenusu dan lembu daging untuk kegunaan tempatan. Kawasan ini juga dibuka kepada orang ramai bagi tujuan pembelajaran.

Dengan tenusu sebagai asas kegiatan perniagaan, ladang ini telah memperluaskan bidang kegiatannya seperti pelancongan, hospitaliti, peruncitan, dan khidmat perundingan.

Ia mempunyai jabatan penyelidikan dan pengembangannya sendiri untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran dari ladang dan binatang ternakannya. Ladang tenusu Chokchai adalah ladang pertama di Thailand yang mengeksport ternakan tenusunya ke Malaysia, Laos dan Vietnam.

PASAR BORONG PERTANIAN

Begitu juga dengan Talaad Thai, pasar borong pertanian bersepadu utama di Thailand yang beroperasi 24 jam. Didirikan pada 1995 dan diuruskan oleh Thai Agro Exchange Co. Ltd, ia adalah pusat pengedaran bagi produk pertanian tempatan dan luar negara.

Terletak di kawasan seluas 80 hektar, pasar ini boleh memuatkan 15,000 metrik tan hasil pertanian sehari dan mempunyai ruang untuk buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan hasil laut, tanaman, bunga dan makanan kering.

Pasar ini menempatkan segala produk pertanian, ternakan dan perikanan yang dihasilkan petani dari seluruh Thailand, malah juga produk pertanian dari luar negara, untuk proses jual-beli yang sistematik.

Pasar ini merupakan sebuah pusat perdagangan produk pertanian termoden dan terbesar di Thailand dan Asia.

PROJEK DIRAJA CHITRALADA

Manakala projek pertanian Chitralada adalah unik kerana ia dipercayai menjadi projek yang pertama seumpamanya di dunia diilhamkan oleh keluarga diraja.

Projek ini mengambil tempat di Chitralada Palace, yang menjadi kediaman Raja Bhumibol Adulyadej sejak 1961, telah menjalankan pelbagai aktiviti sebagai kajian untuk peningkatan mutu dan hasil pertanian sesuai untuk diamalkan oleh petani.

Projek ini hasil keprihatinan istana untuk mengatasi masalah pertanian yang menjadi tulang belakang ekonomi rakyat negara itu.

Maka tidak hairanlah jika Istana Chitralada ini merupakan satu-satunya istana raja di dunia yang dikelilingi oleh bendang, ladang tenusu, kolam ikan dan puluhan kilang, termasuk bagi pembuatan lilin, minuman dari buah-buahan dan sayur-sayuran, roti, kertas dan buah-buahan dalam tin.

Apa yang istimewa mengenai projek ini ialah setiap kegiatan yang dijalankan mendapat perhatian daripada Raja Bhumibol secara peribadi.

Sesuatu yang menarik mengenai projek diraja ini ialah tidak ada sisa terbuang yang dihasilkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Misalnya, jika padi diproses menjadi beras, sekamnya pula tidak dibuang begitu saja dan dijadikan bahan bakar.

Malah kreativiti mereka nyata terserlah apabila minyak masak terpakai juga dihasilkan menjadi sabun dan lilin.

Sememangnya, masih banyak yang perlu dilakukan Malaysia jika ingin menjadi satu daripada pemain utama dalam sektor pertanian, apatah lagi untuk menjadi pengeluar bahan makanan utama dunia.

Namun, sebagaimana yang telah dibuktikan Thailand, sesukar manapun ia, dengan komitmen dan kesungguhan, tidak mustahil Malaysia mampu mencontohinya. Ia hanya memerlukan komitmen dan ketabahan untuk berjaya.

Jumaat, Oktober 24, 2008

RM112 juta masih belum digunakan bantu penternak

PEKAN 23 Okt. - Sebanyak RM112 juta peruntukan untuk membantu meringankan beban penternak akuakultur masih 'terperap' kerana hampir tiada permohonan dibuat oleh golongan itu.

Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan, Ismail Abu Hassan berkata, keadaan berlaku dipercayai ekoran sikap penternak yang enggan atau sukar untuk mengisi borang permohonan.

''Daripada RM113 juta yang diperuntukkan, hanya RM1 juta digunakan selepas menerima permohonan daripada penternak sejak diluluskan kerajaan Julai lalu.

''Ini amat menyedihkan kerana kerajaan membuat peruntukan yang amat besar demi membantu golongan terbabit mengatasi masalah kenaikan harga barangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis dialog dan ramah mesra bersama penternak Projek Khas Sangkar Air Payau Taman Kekal Pengeluaran Makanan - Zon Industri Akuakultur Cherok Paloh dan Tanjung Agas di sini hari ini.

Ismail berkata, bagi mendapatkan peruntukan tersebut, penternak akuakultur perlu mengisi lima borang pada awal permohonan dan beberapa borang lain untuk permohonan selanjutnya.

Katanya, penternak juga perlu mengemukakan resit belian benih, makanan dan jualan sebagai bukti mereka pengusaha.

''Mungkin para penternak merasakan perkara sedemikian menimbulkan beban bagi mereka," katanya.

Sehubungan itu, katanya, bagi mengatasi masalah tersebut, pihaknya akan mengadakan taklimat mengenai kaedah mengisi borang kepada penternak akuakultur selain meminta kerjasama daripada Agro Bank untuk melicinkan operasi.

''Peruntukan sebanyak RM113 juta untuk membantu penternak akuakultur adalah salah satu program yang terkandung dalam Dasar Jaminan Makanan Nasional (DJMN)," jelasnya.

Sabtu, Oktober 18, 2008

PROGRAM FIDLOT NASIONAL : 3600 EKOR LEMBU SUNGAI LAKA, KEDAH

STATUS PROJEK PENGHASILAN 3600 EKOR LEMBU SETAHUN DI SUNGAI LAKA, KUBANG PASU, KEDAH ( 300 Ekor X 4 Kandang X 3 kali pusingan).


MUKADIMAH

"Untuk mencapai sepenuhnya potensi sektor pertanian di dalam Koridor Utara, beberapa projek sedang dilaksanakan, termasuk projek ternakan lembu daging menggunakan sistem fidlot di Tobiar, Laka, Temin dan Chuping Kedah serta program membangunkan 3,000 hektar kawasan sawah. Di Koridor Sabah, projek kelompok industri berasaskan kelapa sawit di Lahad Datu dan pusat bersepadu ternakan Keningau sedang dilaksanakan. "- Begitulah petikan dari ucapan oleh Y.A.B Datuk Seri Abdullah Badawi berkaitan dengan bajet 2009.


Tanda Sempadan Projek Satelit Fidlot Nasional Sungai Laka, Kedah berhampiran dengan sempadan Thailand( Lihat Menara Kawalan PGA dan pagar sempadan Thailand disebelah kanan)- Gambar Oleh En Mohd Khalit Mohamad


LADANG SATELIT FIDLOT NEGARA SUNGAI LAKA, KUBANG PASU KEDAH

Ladang Satelit Fidlot Negara Sungai Laka, Kubang Pasu merupakan salah satu projek yang sedang di dalam pelaksanaan dibawah Projek Koridor Utara di dalam penghasilan makanan negara. Projek ini terletak di mukim Sungai Laka, dengan keluasan 185 Hektar yang dipajak kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan sebanyak 245 Hektar dalam tempoh 30 tahun

Peserta Projek Fidlot Zon Utara adalah sebanyak 14 peserta dimana pecahan terdiri daripada 10 peserta, 2 peserta di Padang Ragut Sik dan 2 peserta di padang ragut Tobiar, Pendang. Dimana bagi projek fidlot boleh menghasilkan 300 ekor lembu bagi setiap kandang, dimana terdapat 4 kandang fidlot dengan 3 pusingan setahun. Buat masa ini, terdapat 300 ekor lembu yang sedia ada di tapak projek

Terdapat 300 ekor lembu yang sedia ada di tapak projek
.

Projek ternakan lembu daging yang dalam perlaksanaan kini yang sedang dilaksanakan di Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah. Lokasi projek yang dihubungkan dari jalan besar Bukit Kayu Hitam 4.6 KM, berhampiran dengan kawasan industri Bukit Kayu Hitam 5.5 ke selatan dan bersebelahan dengan sempadan Thailand.

GAMBARAN LOKASI SUNGAI LAKA SEBELUM DIBANGUNKAN






Proses pembersihan kawasan ladang projek bermula

KERJA-KERJA PELAKSANAAN YANG TELAH DIJALANKAN

SEBELUM: Jalan ke tempat projek yang lecak

SELEPAS: Jalan ke Projek Satelit Fidlot Negara Sg. Laka Yang diletakkan batu kasaran

PEMBINAAN TUBE WELL


Pembinaan Tube Well bagi sumber minuman ternakan

PROSES PEMBINAAN PEMBENTUNG DI PINTU UTAMA PROJEK


PEMBINAAN SALIRAN PEMBENTUNGAN





PEMBINAAN 4 KOLAM





Pembinaan kolam


kolam yang sedia ada


PEMBINAAN PERIMAAN PENTERNAKAN
(Holding Yard & Loading Ramp)







Nota kami: Projek ini masih lagi dalam pembinaan dijangka siap pada pertengah 2009 bagi menjayakan Projek Fidlot Nasional khususnya di Zon Koridor Utara (NCER). Berjumpa lagi didalam perkembangan yang terkini di Projek Zon Koridor Utara secara rasminya di dalam blog Jutawanternak.blogspot.com
- Mohd Izwan jutawan ternak.

Rabu, September 03, 2008

Ais krim susu kambing jadi rebutan

Ramai orang enggan meminum susu kambing segar kerana baunya yang sedikit hamis walaupun mengandungi pelbagai khasiat untuk menjana kesihatan tubuh badan.

Sehubungan itu, sebuah syarikat penternakan, U Keng Farming Sdn. Bhd. (U Keng) memperkenalkan ais krim susu kambing bagi mendorong masyarakat memanfaatkan khasiatnya.

Eksekutif Pemasaran U Keng, Badri Kasnon berkata, ais krim tersebut telah berjaya menghakis stigma masyarakat terhadap susu kambing malah kanak-kanak turut menggemarinya.

Pada masa ini ujarnya, ais krim susu kambing itu belum dikomersialkan dan hanya boleh diperoleh secara eksklusif di ruang pameran syarikat itu di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008.

"Jualan kami di MAHA 2008 agak menggalakkan malah ada antara mereka yang telah mencuba ais krim susu kambing datang semula ke gerai kami untuk membelinya.

"Sambutan sebegini menunjukkan masyarakat meminati susu kambing, cuma produk itu perlu dipelbagaikan untuk menepati cita rasa mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Badri berkata, pihaknya menggunakan susu kambing baka Jamnapari yang dicampur dengan santan untuk membuat ais krim tersebut.

Katanya, rasa dan khasiat susu kambing masih dikekalkan cuma ia tidak berbau hamis.

"Inilah ais krim yang paling sihat untuk dimakan setiap hari oleh seisi keluarga.

"Insya-Allah dalam masa terdekat ia akan dikomersialkan di pasaran tempatan oleh sebuah syarikat terkenal dalam industri makanan negara," katanya.

Ais krim susu kambing boleh di peroleh di gerai nombor 8, Laman Jualan Produk Tambah Nilai Hasilan Ternakan MAHA 2008.

Teknologi ‘berbisik’ kepada lembu


PENYELIDIK Roy Libeau membetulkan kedudukan set kepala ‘Ear-A-Round’ kepada lembu yang diuji di Ladang Eksperimen Jornada ARS di Las Cruces, New Mexico, Amerika Syarikat- Gambar AP

SEMEMANGNYA diketahui, proses menternak haiwan masa sekarang sama ada menternak ayam, itik, kambing, ikan dan sebagainya telah banyak berubah berbanding cara ternakan masa dahulu.

Selain daripada memberi makanan yang mempunyai pelbagai khasiat, pembinaan kandang atau kolam juga kini lebih sofistikated dengan banyak proses dilakukan secara automasi seperti memberi makan, membersih kawasan dan sebagainya.

Kini teknologi Sistem Kedudukan Global (GPS) yang biasanya digunakan untuk mengesan kedudukan kenderaan di laut dan darat, telah digunakan pula untuk mengesan pergerakan haiwan seperti penyu di lautan dan gajah di hutan.

Kini teknologi tersebut digunakan pula untuk ternakan lembu di Amerika Syarikat.

Apa yang menarik, saintis haiwan Perkhidmatan Penyelidik Pertanian (ARS), Dean M. Anderson bukan sahaja meletakkan alat mengesan kedudukan haiwan itu tetapi juga set kepala seperti Walkman yang membolehkan dia atau pengembala `berbisik’ kepada lembu.

Lembu-lembu yang dipakaikan dengan `set kepala’ itu boleh dihubungi secara wayarles dan arahan boleh diberikan untuk mengawal pergerakan lembu-lembu tersebut ke tempat meragut atau kembali ke kandang.

Anderson dan rakan kajiannya situasi ini sememangnya suatu yang sangat tinggi teknologinya tetapi mereka merancang untuk membolehkan teknologi ini dilaksanakan dengan lebih murah di masa depan.

Ia sudah tentu bukan sahaja boleh mengawal ternakan di padang ragut tetapi juga boleh digunakan untuk memantau pergerakan binatang peliharaan seperti anjing dan kucing.

Selain itu, sudah tentu pergerakan haiwan-haiwan yang hampir pupus juga boleh dilakukan dengan lebih mudah dan murah.

Anderson menjalankan uji kaji itu di Ladang Eksperimen Jornada ARS di Las Cruces, New Mexico, Amerika Syarikat bersama pasukan kejuruteraan dari Massachusetts Institute of Technology.

Lembu-lembu itu dipakaikan dengan peranti dikenali sebagai `Ear-A-Round’ (EAR) yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan elektronik terkini.

Prototaip terbaru itu merupakan set kepala stereo berbentuk donut yang dipakaikan pada kedua-dua telinga lembu.

Pengetahuan Anderson mengenai ekologi haiwan digabungkan dengan pengetahuan elektronik dalam bidang robotik dan pengkomputeran bergerak oleh saintis MIT membolehkan teknologi ini dicipta.

Sebelum bekerjasama dengan MIT, Anderson telah mempatenkan teknologi untuk pagar maya dikenali sebagai Directional Virtual Fencing (DVF) yang akan memberikan garis panduan kepada lembu agar tidak keluar daripada laluan yang ditetapkan.

‘Pagar’ maya ini memastikan lembu tidak membelok ke kiri atau kanan kerana menggangap terhadap pagar di kawasan tersebut.

Penyelidik-penyelidik di Makmal Sains Komputer dan Kepintaran Buatan MIT telah membangunkan prototaip pakej elektronik mini untuk peranti DVF yang dijana oleh kuasa elektrik dan diletakkan di peranti set kepala.

Papan sirkit itu mengandungi pemproses, storan data, WiFi untuk komunikasi wayarles, penerima signal GPS dan sensor seperti ‘magnetometer’ dan `accelerometer’ yang merekod haluan perjalanan dan konfigurasi haiwan.

Sebenarnya bisikan yang diberikan terhadap lembu-lembu tersebut ialah berupa bunyi-bunyi yang biasa mereka dengar seperti bunyi sekumpulan lembu-lembu sedang berkumpul dan lagu-lagu yang biasa dinyanyikan koboi untuk daya tarikan.

Manakala, bunyi yang menjengkelkan seperti bunyi siren akan dibunyikan jika lembu itu memasuki kawasan yang tidak dikehendaki.

Koternak bantu banduan

SERDANG 20 Ogos - Koperasi Penternak dan Pengimport Ternakan Malaysia Bhd. (Koternak) bercadang memperkenalkan program untuk banduan bagi membantu golongan tersebut berdikari sebaik sahaja mereka keluar dari penjara.

Pengerusi Koternak Kebangsaan, Jagjit Singh berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar bagi mendapatkan kerjasama daripada kementerian itu untuk menjayakan projek tersebut.

''Kita bercadang memberi banduan-banduan ini latihan intensif dalam bidang ternakan ketika di dalam penjara supaya apabila keluar dari penjara kelak mereka sudah ada kemahiran yang boleh dipraktikkan," katanya ketika ditemui pemberita pada pameran Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di sini hari ini.

Menurut Jagjit, Koternak juga akan memastikan bekas-bekas banduan yang mempunyai kemahiran dalam bidang penternakan diberi bantuan kewangan supaya boleh memulakan perniagaan.

Jelas beliau, pihaknya bertindak demikian agar bekas- bekas banduan tersebut tidak terjebak kembali dalam kegiatan jenayah.

''Kita sebagai masyarakat perlu membantu bekas-bekas banduan ini untuk memulakan hidup baru dan bukannya meminggirkan mereka sehingga mendorong mereka terjebak semula dengan kegiatan jenayah," ujarnya.

Selain itu, beliau memberitahu, pihaknya juga berhasrat untuk membantu ibu tunggal, siswazah menganggur dan pesara tentera serta polis bagi membabitkan diri dalam industri penternakan negara.

''Sasaran kita ialah untuk melahirkan seramai 20,000 usahawan yang terdiri dari kalangan siswazah menganggur selain memberi latihan kepada pesara tentera untuk menceburi bidang perniagaan ternakan," katanya.

Tambahnya, industri itu membuka peluang yang sangat luas kepada individu yang berminat untuk menceburi bidang ternakan memandangkan permintaan daging lembu mahu pun kambing cukup tinggi di negara ini.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar sudah jalankan ternakan lembu, kambing

SEREMBAN 27 Ogos - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri telah menjalankan aktiviti penternakan lembu di bawah projek tanaman kelapa sawit dan kambing biri-biri di bawah tanaman getah sejak tahun 1995.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat (BN-Klawang) memberitahu, banyak program seumpama itu dijalankan di kawasan Felda.

''Ia dijalankan melalui projek khas yang dipanggil Kawasan Tumpuan Sasaran (TAC) dan telah menempatkan seorang pegawai khas untuk membangunkan penternakan di Felda," kata beliau menjawab soalan Datuk Aziz Shamsuddin (BN-Palong) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan kali Ke-12 hari ini.

Kata beliau, kawasan di daerah Jempol juga telah dipilih kerana ia berpotensi dimajukan sebagai kawasan pengeluaran makanan.

''Bagaimanapun selain kesesuaian kawasan, usia tanaman kelapa sawit dan hak milik tanah perlu juga diambil kira dalam memastikan aktiviti penternakan itu dapat dijalankan tanpa gangguan," jelas beliau.

Menurut Yunus, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), JPV telah diberi peruntukan sebanyak RM12.4 juta dan daripada jumlah itu RM5.4 juta digunakan untuk pembangunan industri ternakan kambing biri-biri.

''Sebanyak RM7 juta lagi untuk pembangunan industri ternakan lembu dan kerbau, manakala RM2.7 juga bagi pembangunan industri tenusu," kata beliau.

Kesemua peruntukan itu, katanya, untuk perolehan ternakan, peralatan ternakan dan ubatan ternakan selain aktiviti ragutan.

''Peruntukan ini digunakan untuk keseluruhan pembangunan ternakan seluruh negeri (enam daerah) dan tidak hanya tertumpu di kawasan Felda sahaja," ujar Yunus.

Melahirkan penternak kambing

BIDANG penternakan kambing kini semakin mendapat sambutan menggalakkan kerana berpotensi memberi pulangan lumayan kepada pengusahanya.

Sambutan yang diterima pula bukan setakat dari golongan penternak sahaja, malah golongan profesional seperti jurutera dan akauntan juga telah menunjukkan minat mereka untuk mengusahakan bidang ini.

Namun, bukan mudah bagi individu yang tiada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tersebut untuk menjalankan aktiviti itu secara komersial.

Usaha yang dijalankan oleh Jabatan Haiwan di setiap negeri untuk mendidik dan memberi pengetahuan kepada penternak harus dipuji kerana ia secara tidak langsung dapat meyakinkan orang ramai bahawa aktiviti penternakan ini adalah bidang yang menguntungkan.

Melihat kepada sambutan yang menggalakkan terhadap industri tersebut, sebuah syarikat swasta, Institut Pengetahuan Ar-Raudhah melalui Ladang Bioteknologi Ar-Raudhah mengambil inisiatif menganjurkan program usahawan penternakan kambing secara saintifik kepada mereka yang berminat.

Menurut Pengerusi Ladang Bioteknologi Ar-Raudhah Sdn. Bhd., Datuk Bistamam Ramli, ladang tersebut menyediakan pelbagai kemudahan dan latihan terbaik kepada penternak- penternak baru dan lama yang berminat menceburkan diri dalam bidang itu.

‘‘Kami di sini percaya pembangunan setiap industri perlulah disokong oleh pengetahuan dan kemahiran yang relevan bagi memastikan matlamat yang dirancang tercapai.

‘‘Kami mempunyai matlamat untuk mempertingkat serta memperluaskan pengetahuan dalam bidang ini dan seterusnya menyampaikan pengetahuan tersebut kepada para penternak untuk diaplikasikan,’’ katanya.

Program yang pertama kali dianjurkan itu telah menarik minat 25 orang penternak yang ingin mendalami bidang tersebut.

Penternak-penternak ini telah menjalani latihan selama tujuh hari pada bulan lalu untuk diberi pendedahan tentang bidang penternakan kambing secara menyeluruh.

Melalui program itu, mereka diajar tentang aktiviti pembiakan menggunakan pendekatan bioteknologi dengan memberi fokus kepada beberapa perkhidmatan utama seperti pengumpulan dan penilaian semen, penyejuk bekuan semen, permanian beradas, pengumpulan dan pemindahan embrio serta diagnosis kebuntingan.

Selain itu, penternak-penternak juga dilengkapkan dengan ilmu penternakan asas yang merangkumi aspek pemakanan, penjagaan kesihatan, pembiakbakaan, produksi dan reproduksi serta pengurusan sisa dari ladang ternakan.

Program ini memberi penekanan khusus kepada pembiakan beberapa jenis kambing bergenetik tinggi seperti Boer dan Kalahari yang mana dagingnya yang berkualiti dan rendah kolestrol mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

Peserta program ini telah mendapat tunjuk ajar daripada pakar veterinar dan bioteknologi, Dr. Mohd Azam Khan dan Prof. Madya Dr. Abdul Wahid Harun.

Mereka turut didedahkan dengan teknik pengurusan kewangan yang betul melalui penerangan yang diberikan oleh wakil dari Agrobank dan Majlis Amanah Rakyat.

Menurut seorang peserta , Sharuddin Zainuddin, 55, minatnya untuk menyertai bidang penternakan timbul setelah merasakan aktiviti tersebut mampu berkembang jika dilaksanakan dengan baik.

‘‘Saya yakin dengan program latihan yang ditawarkan oleh Ladang Bioteknologi Ar-Raudhah ini kerana mereka menggunakan pendekatan teknologi moden dan baka-baka yang bergenetik tinggi,’’ katanya.

Beliau yang merupakan bekas jurutera marin bercadang untuk menjadikan bidang penternakan sebagai aktiviti sepenuh masa sebaik sahaja program tersebut tamat.

Seorang lagi peserta, John Ng, 30 yang telah menceburi bidang penternakan kambing sejak empat tahun lalu turut berminat menyertai program tersebut.

‘‘Saya tertarik untuk menyertainya kerana program ini menawarkan pendedahan menyeluruh mengenai penternakan kambing dari segi pembiakan, penjagaan, pengurusan kewangan dan sebagainya,’’ katanya.

Melalui program itu, beliau berminat untuk mempelajari teknik-teknik pembiakan permanian beradas dan pemindahan embrio supaya ia dapat diaplikasikan dalam pengurusan ladangnya.

Satu-satunya peserta wanita pada program tersebut, Shamshinar Yahaya, 24, pula menyifatkan industri penternakan mempunyai potensi besar untuk berkembang pada masa depan.

Ini kerana, beliau yakin usaha penternakan yang dijalankan oleh penternak- penternak tempatan mampu untuk memenuhi permintaan terhadap daging kambing.

‘‘Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang ini, saya mengambil keputusan untuk menceburinya kerana kalau kita tak cuba kita tidak akan tahu manfaatnya,’’ katanya.

Akauntan yang berasal dari Perlis itu bercadang untuk membuka ladang ternakannya sendiri di Johor dengan bantuan rakan-rakannya.

Jumaat, Ogos 15, 2008

Malaysia-Australia Jalin Kerjasama Bangunkan Bidang Ternakan Kambing

Malaysia dan Australia bakal menjalin kerjasama bagi membangunkan industri ternakan kambing apabila perjanjian mengenainya ditandatangani oleh kedua-dua negara pada akhir minggu ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata perjanjian itu akan meliputi kesemua aspek dalam program pembangunan industri ternakan kambing, termasuk sokongan teknikal dan penyelidikan serta pembangunan.

"Prospek untuk kemajuan dalam sektor ternakan adalah besar, khususnya dalam bidang ternakan kambing, jadi kita sangat berminat untuk membangunkan industri kambing di negara ini dengan sokongan dari Australia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar 'Mengekalkan Industri Agrotani di Malaysia' di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di Serdang dekat sini hari ini.

Mustapa berkata inisiatif untuk menjalin kerjasama terbaru dengan Australia dibuat memandangkan negara itu mempunyai banyak pengalaman dan kelebihan dalam bidang tersebut.

Malaysia, yang juga merupakan negara pengimport kambing hidup terbesar Australia sebelum ini turut bekerjasama dalam bidang pembekalan daging lembu dan kambing biri-biri, selain bidang penyelidikan dan pembangunan bagi industri ternakan.

Ditanya sama ada Malaysia bersedia untuk menjadi pengeksport daging kambing pada masa depan, Mustapa berkata keutamaan kini diberikan untuk menampung keperluan domestik, di mana mengikut perkiraan, negara ini hanya mampu menampung 25.6 peratus daripada keseluruhan keperluan pada 2015.

Namun katanya, usaha sedang giat dilakukan bagi menambah bilangan ternakan kambing di negara ini termasuklah melalui kaedah bioteknologi dan pihak swasta turut digesa untuk menyertainya.

Ratu Cantik Tok Janggut


PERTUNJUKAN Rodeo Malaysia menarik perhatian pengunjung yang melawat MAHA 2008 di Sedang, semalam.
- Gambar MOHD. NAIM AZIZ
ORANG ramai melihat seekor kambing Pejantan Unggul Jamnapari Tulin yang dipamerkan di MAHA 2008, Serdang, semalam.


Pengunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2008) esok akan dapat menyaksikan pertandingan 'Ratu Cantik Tok Janggut' di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

Selain pencarian kambing dan bebiri pejantan unggul, pertandingan mencari induk comel juga akan diadakan di tapak pameran Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

MAHA yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan yang terbesar di Asia Tenggara membabitkan penyertaan 13 buah negara merangkumi 553 khemah pameran di tujuh buah laman yang berbeza.

Sejak dilancarkan pada 1999, MAHA menjadi platform kepada perniagaan dan perdagangan pertanian khusus kepada pengusaha tanaman, ternakan dan pengusaha industri asas tani di negara ini untuk memajukan produk masing-masing.

Selain pertandingan tersebut, pengunjung juga berpeluang membeli biji benih bermutu tinggi dan baka lembu terbaik dalam sesi jualan dan lelongan yang akan berlangsung esok.

MAHA yang bermula semalam akan berlangsung sehingga 23 Ogos depan. Pameran itu dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 7 malam.

Orang ramai yang berminat mengunjungi pameran itu boleh mendapatkan tiket pada harga RM5 menerusi kaunter-kaunter tiket di sekitar pintu masuk tapak pameran itu di sini.

Mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan bas awam boleh menaiki bas di stesen berdekatan Stadium Bukit Jalil, kawasan belakang Palace of Justice di Putrajaya, Universiti Putra Malaysia di sini dan di stesen bas di Stadium Kajang bermula pukul 9.30 pagi hingga 7.45 malam setiap hari.

Sementara itu, pengguna tren transit aliran ringan (LRT) perlu berhenti di LRT Hentian Bandar Tasik Selatan bagi pertukaran ke Serdang menggunakan tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk tiba di tapak pameran.

Jamnapari King boleh capai berat 120 kilogram


MOHD. Fauzi Daud menunjukkan kambing baka Jamnapari King (kiri) yang mempunyai saiz berbeza dengan kambing baka kampung di tapak pesta MAHA 2008, Serdang, semalam.
Eksperimen berterusan selama 11 tahun oleh sebuah ladang ternakan, United Falco Sdn. Bhd. untuk menghasilkan baka kambing Jamnapari terbesar mula membuahkan hasil apabila seekor penjantan miliknya yang berusia tiga tahun sudah mencapai berat badan 120 kilogram (kg).

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati susuk badan kambing yang diberi nama Jamnapari King itu umpama seekor anak lembu dengan ketinggian satu meter dan panjang badannya pula mencecah dua meter.

Pengarah Eksekutif United Falco, Mohd. Fauzi Daud berkata, pihaknya amat berbangga dengan baka Jamnapari King kerana ia dihasilkan melalui proses pembiakan secara semula jadi tanpa membabitkan permanian beradas mahupun pemindahan embrio.

Katanya, berat badan seekor Jamnapari King yang berusia tiga tahun boleh mencecah 120kg berbanding baka Jamnapari biasa yang hanya mempunyai purata berat badan 50kg.

"Sebanyak 120 ekor penjantan baka Jamnapari King telah dibiakkan di ladang kami di Lenggeng, Negeri Sembilan dan ia dibuka untuk jualan kepada pihak yang berminat," katanya kepada Utusan Malaysia pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di sini hari ini.

Katanya, sebanyak empat pakej telah diperkenalkan dan setiap satunya berharga RM11,500, RM20,000, RM50,000 dan RM100,000.

"Sebagai contoh, pakej asas bernilai RM11,500 akan mengandungi seekor penjantan Jamnapari King berharga RM2,500, lima ekor kambing Jamnapari betina bernilai RM950 setiap seekor, kandang kambing dan kursus penternakan selama tiga hari dua malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai baka Jamnapari King, orang ramai boleh menghubungi Mohd. Fauzi di 019-6509690 atau Mohd. Shah di 012-2689872

Khamis, Julai 31, 2008

Insentif RM213 juta bantu penternak

RAWANG 27 Julai - Kerajaan memperuntukkan RM213 juta dalam bentuk insentif pengeluaran kepada para penternak lembu, kambing dan ayam bagi membantu mereka menyerap kesan kenaikan harga minyak.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pengagihan insentif kepada penternak yang berdaftar dengan kementeriannya akan dilaksanakan bermula bulan depan hingga Disember ini.

Katanya, menjadi keutamaan untuk menerima insentif itu ialah penternak berskala kecil.

"Insentif ini adalah untuk menampung sebahagian daripada kos pengeluaran yang semakin meningkat seperti harga makanan palet.

"Semua penternak berdaftar akan menerimanya, sebagai contoh 21,000 penternak kambing di seluruh negara namun yang paling ramai ialah penternak ayam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat ladang ternakan kambing dan makmal bioteknologi milik Ar Raudhah Bio-Tech Farm Sdn. Bhd. (Ar Raudhah) di sini hari ini.

Syarikat berkenaan melaburkan RM1 juta untuk membangunkan makmal berkenaan dan ia merupakan satu-satunya ladang milik swasta yang mempunyai kepakaran melakukan permanian beradas dan pemindahan embrio kambing di negara ini.

Mengiringi beliau dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin dan Pengerusi Ar Raudhah, Datuk Bistamam Ramli.

Mustapa berkata, jumlah insentif yang akan diterima setiap penternak yang layak adalah berbeza berdasarkan jenis perusahaan dan kapasiti pengeluarannya.

Katanya, pengusaha ternakan ayam yang memiliki lebih 20,000 ekor ayam bagaimanapun tidak layak menerimanya manakala penternak lembu dan kambing tidak tertakluk kepada jumlah haiwan ternakan.

"Antara contoh jumlah insentif ialah penternak lembu susu yang menghasilkan 50 liter susu setiap hari akan menerima RM300 sebulan.

"Bagi penternak yang mengeluarkan daging 30 ekor lembu fidlot pada setiap tiga bulan, mereka layak menerima RM3,000," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap lebih banyak syarikat swasta membuat pelaburan dalam bidang ternakan kambing untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap daging import.

Katanya, pada masa ini negara hanya memiliki 300,000 ekor kambing dan pada tahun 2015 kerajaan meletakkan sasaran untuk meningkatkannya kepada 1.1 juta ekor.

Pusat kambing RM10 juta dirancang

Sebuah pusat penyelidikan dan teknologi kambing bernilai RM10 juta dirancang dibina di Serating, Marang, menerusi inisiatif perladangan ternakan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pusat penyelidikan itu, Taman Teknologi Kaprima Bestari, akan dibangunkan di kawasan 10 hektar dalam kawasan Taman Pengeluaran Makanan Kekal, kata Sekretariat ECER dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Langkah itu bertujuan mencapai sara diri bekalan daging kambing memandangkan negara memerlukan 10 juta kambing setahun.

Malaysia kini mengimport kambing, kebanyakannya dari Australia.

Taman teknologi kambing, yang akan dibangunkan dan diurus oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPHT), akan mengumpul maklumat dan menjalankan penyelidikan mengenai pembiakan kambing selain memodenkan industri penternakan kambing negara, dengan ECER sebagai hab utama, katanya.

"Taman Teknologi itu disasarkan menjadi pusat penyelidikan dan maklumat untuk penternak kambing, terutama di Asia," kata Pengarah JPHT Dr Azizol Mohd Sharun.

"Kami akan memperkenalkan teknologi dan teknik terbaru dari luar negara.

Teknologi baru itu akan membantu penternak meminimumkan kos pengeluaran selain mendapat pulangan yang lebih baik.

Sementara itu, para penternak dan mereka yang berminat terhadap industri berkenaan, boleh mengikuti kurus penternakan kambing, katanya.

"Kami menjangkakan taman kambing itu akan menawarkan prospek ekonomi yang lebih baik dan peluang pekerjaan kepada usahawan dan graduan tempatan dalam bidang kajian yang berkaitan." Taman teknologi kambing itu akan dilengkapi rumah ladang, pusat penyembelihan mini, kilang pemprosesan baja, restoran, dewan pameran pengeluaran, masjid, dan asrama pekerja.

Selain aktiviti penyelidikan dan penternakan kambing, taman itu juga bersedia menerima pelancong serta mesra kanak-kanak, di mana mereka membolehkan memegang dan memberi kambing makan.

Terengganu menyasarkan lebih 3.5 juta pelancong ke negeri itu tahun ini.

Kebanyakan destinasi pelancongannya disasar untuk pencinta alam semula jadi dan taman kambing ini dijangka turut mendapat perhatian pelancong.

Penggunaan perkapita negara bagi daging kambing meningkat daripada 0.67kg pada 2006 kepada 0.74kg pada 2007.

Malaysia secara tradisinya merupakan pasaran eksport terbesar Australia, mengimport kira-kira 15,000 tan daging kambing dan 50,000 ekor kambing.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), ECER disasar menambah aktiviti penternakan kambing sebanyak tujuh peratus dalam tempoh lima tahun bagi memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa yang semakin meningkat.

Ia akan memberi tumpuan terhadap kambing yang menghasilkan daging yang tinggi bagi menggantikan ternakan tempatan.

Bagi mencapai matlamat 35 peratus sara diri dalam pengeluaran kambing menjelang 2015, ia memerlukan 18,000 ekor kambing tambahan.

Sasarannya ialah ECER menghasilkan 2,020 tan metrik pada 2020, katanya.

Penternakan kambing di Malaysia melibatkan 75 peratus penternakan tradisional manakala 15 peratus diusahakan separuh komersial dan 10 peratus lagi membabitkan ladang komesial.

Selasa, Julai 29, 2008

SEJARAH MAHA DULU DAN KINI






Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA2008) kali ini mensasarkan penyertaan kira-kira 3,000 syarikat dan agensi berkaitan pertanian untuk memperagakan produk dan perkhidmatan masing-masing.

Pameran anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan berlangsung dari 11-23 Ogos di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.

Pameran MAHA menjadi medan kepada pembeli dan penjual, pencipta teknologi, pembekal perkhidmatan serta pengusaha sektor pertanian berkumpul dan mempamerkan hasil usaha, ciptaan dan teknologi terkini mahupun perkhidmatan dan peluang pelaburan yang ditawarkan.

Dengan kejayaan MAHA 2006 mencatat sebagai pameran yang terbesar di Malaysia dalam "The Malaysian Book of Records", BERNAMA telah menemubual Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz untuk membicarakan dengan lebih dekat mengenai sejarah permulaan pameran MAHA.

BERMULA PADA ZAMAN PENJAJAH

Menurut beliau, pameran pertanian yang julung kali diadakan di negara ini dianjurkan oleh Persatuan Penternak Kelang pada tahun 1920 dengan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Susulan kejayaan itu telah menggerakkan Persatuan Pertanian Hortikultur Malaya (MAHA), sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh ahli-ahli sains dan botani dari negara anggota Komanwel, untuk menganjurkan pameran MAHA yang pertama pada tahun 1924.

Pameran tersebut, kata Shariff, mendapat sokongan dari Jabatan Pertanian di bawah Pentadbiran British. Bahan-bahan pameran dikumpulkan dari pameran di peringkat mukim, daerah dan negeri manakala pemenang di setiap pameran layak menyertai pameran tahunan MAHA di Kuala Lumpur.

PENYERTAAN HEBAT

Pameran di peringkat mukim, daerah dan negeri mendapat sambutan hangat di kalangan petani dan penternak dengan masing-masing menaruh impian untuk menyertai pameran kemuncak di Kuala Lumpur.

Peserta ketika itu bolehlah diibaratkan merasakan seperti mengambil bahagian dalam pertandingan Akademi Fantasia hari ini.

Pada zaman penjajah dahulu, rakyat jelata tidak berpeluang untuk berpesta seperti hari ini, di mana terdapat pelbagai sambutan yang diraikan bersama oleh berbilang kaum.

"Justeru pameran di peringkat mukim, daerah dan negeri ini juga diiringi dengan persembahan hiburan dan pertandingan uji bakat sebagai daya tarikan", katanya.

Ternyata sekali, pameran MAHA pada peringkat awal bukan sahaja menghidangkan hasil pertanian dan ternakan yang terbaik di seluruh tanah air, malahan dapat mencungkil bakat terpendam penduduk luar bandar.

Shariff berkata, pada pameran pertanian di Butterworth, Pulau Pinang, 1948, syarikat Malay Film Productions turut mengesan bakat semula jadi seorang anak muda bernama Teuku Zakaria bin Teuku Nyal Putih, yang kemudian dikenali sebagai seniman agung Malaysia, Tan Sri P.Ramlee.

Dalam masa yang sama, seorang ahli jawatankuasa MAHA, Tan Sri V.M Hutson mendapati rakyat Tanah Melayu ketika itu meminati pertunjukan haiwan di dalam sangkar di pameran berkenaan.

Beliau kemudian mewujudkan mini zoo pada MAHA 1958 dan ternyata ia menerima sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengunjung.

Rentetan daripada kewujudan mini zoo itu membawa kepada penubuhan Zoo Negara di Ulu Klang pada 1962, tambah beliau lagi.

DIHENTIKAN SEMENTARA WAKTU

Menurut Shariff, MAHA terpaksa dihentikan semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua iaitu pada 1940 hingga 1945 dan disambung semula selepas tamat tempoh penjajahan.

Penghasilan tanaman dan penternakan yang positif dianggap sebagai pengubat kedukaan yang dialami rakyat ketika zaman penjajahan.

Pameran MAHA terus berkembang setiap tahun dan mencapai kemuncaknya apabila penyertaan pertama kali dari Sarawak dan Sabah setelah Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 1963.

Sekitar tahun 1964 dan seterusnya, penekanan terhadap perkembangan sektor perindustrian dan pembuatan sedikit demi sedikit menyebabkan tumpuan kepada pertanian beralih.

Kemajuan ekonomi yang dicapai Malaysia menyebabkan generasi muda di kawasan pedalaman tidak lagi meminati bidang pertanian, jelas Shariff.

Mereka mula berhijrah ke bandar Petaling Jaya dan Shah Alam untuk bekerja di kilang-kilang yang wujud ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Masing-masing tidak melepaskan peluang dengan pertumbuhan ekonomi yang kian berkembang.

Situasi ini secara tidak langsung membawa kepada penurunan penyertaan rakyat dalam MAHA.

Akhirnya, pameran MAHA menutup tirainya pada tahun 1968 dengan berlangsungnya edisi terakhir di Jalan Klang Lama (sekarang dikenali sebagai Kampung Medan)

PEMULIHAN

Setelah hampir tiga dekad berkubur, pameran MAHA dihidupkan semula.

Pada Julai 1999 Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad merasmikan pameran MAHA di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur sempena hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan.

Aktiviti baru seperti program homestay agro-budaya yang memberi peluang pelancong merasai kebudayaan dan kehidupan masyarakat desa turut diperkenalkan.

Selaras dengan kemajuan ini, MAHA kini dikenali sebagai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-pelancongan, mendapat sokongan sepenuhnya daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Kementerian berkenaan melalui FAMA dan beberapa agensi lain menjadi tulang belakang di sebalik Pameran MAHA. Pengalaman luasnya dan perangkaian antarabangsa yang meluas penting dalam menarik penyertaan antarabangsa dalam MAHA, kata Shariff.

Pada MAHA 2002 di The Mines Wonderland, Seri Kembangan, Selangor, satu keputusan dicapai agar MAHA dijadikan program dwi-tahunan, bagi memberi masa kepada hasil pertanian dan ternakan untuk matang.

MOA juga pada masa sama sentiasa berusaha mengaktifkan semula sektor pertanian bagi menjadikan ia industri yang dinamik serta berupaya memberikan pulangan lumayan kepada sektor ekonomi.

Bagi meyakinkan orang ramai bahawa sektor pertanian adalah pelaburan yang menguntungkan dan mampu memberi ganjaran lumayan, cogan kata "Pertanian adalah Perniagaan" yang digunapakai ketika MAHA 2006 diteruskan untuk pameran tahun ini.

LOKASI TAPAK KEKAL

Pada masa kini MAHA adalah pameran pertanian terbesar Malaysia dan berjaya menarik minat 500,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa. Selaras dengan imejnya, MOA telah memajukan 100 hektar Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), sebagai lokasi kekal untuk pameran itu.

MAEPS menawarkan kemudahan tempat perjumpaan, insentif, konvensyen dan pameran.

Dengan MAEPS sebagai lokasi tetap MAHA, ia diharapkan dapat menyaingi pameran pertanian terkemuka yang lain seperti Pameran Pertanian Diraja di England, yang telah dianjurkan sejak 100 tahun lepas..


ATURCARA MAJLIS MAHA2008

Aktiviti dan Acara Kemuncak MAHA2008

Tempat Pameran
Dewan A – Pameran Jabatan Kerajaan & Agensi Kerajaan
Dewan B - Pameran Syarikat-Syarikat Antarabangsa/Negara Jemputan dan Syarikat-Syarikat Swasta pergabungan dengan Syarikat -Syarikat Antarabangsa
Dewan C – Pameran Korporat Tempatan
Dewan D1 – Makanan “Popular” Malaysia
Dewan D2 - Agrobazaar
Dewan D3 –“Walk-in Seminars” & Upacara Perasmian & Penutup

Agrobazaar @ Dewan D2

Jualan Produk Segar dan Proses dari Perusahaan Kecil & Serdehana Buah-buahan dan Sayur-sayuran Segar

“Malaysia Truly Asia Kitchen”
Makanan Kegemaran Malaysia @ Dewan D1

Seminar
“Walk-in Seminars” @ Dewan D3
-Peluang-Peluang Meningkatan Eskport Pertanian dan Makanan
-Kejayaan Usahawan Pertanian dan Makanan
-Peluang-Peluang Perniagaan Pertanian dan Makan Dosmetik

Pameran Ternakan Hidup

Pameran Teknologi dan Produk Berasaskan Ternakan
-Pameran Teknologi Ternakan
-Jualan Produk Tambahnilai Hasilan Ternakan
-Demonstrasi Memasak oleh Chef Selebriti seperti Chef Ismail, Chef Florence dan Chef Razak

Interaksi/ Reakreasi
Petting Zoo (guinea pig, chipmunk, arnab, hamster dll)
Pameran dan Pertandingan Kucing, Pameran dan Demonstrasi Anjing
Menunggang Unta & Gajah
Menjelajah Zoo
Aktiviti Berkuda spt Pony Ride, Carriage Ride & Musical Ride
Pameran Kuda, Pameran Arnab
Jualan Cenderamata
Bergambar Dengan Haiwan
Kempen Kesedaran
Aktiviti Kambing spt Kambing Berlitar & Menyusukan Anak Kambing

Jualan dan Lelongan Ternakan

Tapak Pameran Haiwan Hidup
Pertandingan Ternakan (Lembu, Kambing, Induk, Pejantan Unggul)
“Petting Zoo” (Haiwan Kesayangan)
Pameran dan Pertandingan Kucing dan Anjing
Menunggang Unta, Kuda Kerdil &Gajah
Bergambar dengan Haiwan
Jualan & Lelong
Bistro

Persembahan Rodeo

http://www.new-wave-events.com/images/rodeo/rodeo1.jpg
Lembu Jantan Muda Bergusti
“Bull Riding”
Menunggang Kuda tanpa Pelana (“Bareback Riding”)
"Saddle Bronc”
“Rope & Tie”
“Team Roping” dan “Breakway Roping”
“Ladies Barrel Race”
“Steer Undercorating”

Pertandingan Ternakan (Lembu & Kambing)
Induk Comel
Pejantan Unggul

Pastura Muzium
Pameran dan jualan biji benih, baja organik, makanan ternakan, pesticide dan racun rumpai

Pusat Demonstrasi
Kutipan Air Mani Kambing (“Semen Collection”)
Pemerahan Susu Lembu Baka Jersey

Rumah Negeri (“ State Pavilions”)

Peluang Pelaburan
Produk Negeri

Amphitheatre
Persembahan Artis-Atris Terkenal & Kebudayaan
Pertandingan Karaoke terbuka
Pertandingan “Liveband”
Pertandingan Angkat Berat

Taman-Taman
Bunga-bungaan, Palma, Herba-Herba, Padi, Nenas,
Sayur-Sayuran dan landskap
Ladang Hortikultur

Pameran Kentera Pertanian @ Ladang Jentera

Pameran @ Tasik
Ternakan Ikan Sangkar

Pameran Pproduk Berasaskan Nanas
Pertandingan Masakan Berasaskan Nanas
Demontrasi Teknik Gubahan Dan Hiasan Buah Nanas
Demontrasi Tanaman Nanas

Pertandingan Melukis & Mewarna

Bidang Demonstrasi & Produk
Teknologi Mekanisasi Pertanian Terkini
Pameran Haiwan & Penuaian
Jualan Jentera dan Peralatan Pertanian
Demonstrasi Penuaian Jagung dan Vitato
Penanaman Nanas
Galeri Jentera Pertanian Antik dan Mordern

Location Map