Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Jumaat, Oktober 24, 2008

RM112 juta masih belum digunakan bantu penternak

PEKAN 23 Okt. - Sebanyak RM112 juta peruntukan untuk membantu meringankan beban penternak akuakultur masih 'terperap' kerana hampir tiada permohonan dibuat oleh golongan itu.

Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan, Ismail Abu Hassan berkata, keadaan berlaku dipercayai ekoran sikap penternak yang enggan atau sukar untuk mengisi borang permohonan.

''Daripada RM113 juta yang diperuntukkan, hanya RM1 juta digunakan selepas menerima permohonan daripada penternak sejak diluluskan kerajaan Julai lalu.

''Ini amat menyedihkan kerana kerajaan membuat peruntukan yang amat besar demi membantu golongan terbabit mengatasi masalah kenaikan harga barangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis dialog dan ramah mesra bersama penternak Projek Khas Sangkar Air Payau Taman Kekal Pengeluaran Makanan - Zon Industri Akuakultur Cherok Paloh dan Tanjung Agas di sini hari ini.

Ismail berkata, bagi mendapatkan peruntukan tersebut, penternak akuakultur perlu mengisi lima borang pada awal permohonan dan beberapa borang lain untuk permohonan selanjutnya.

Katanya, penternak juga perlu mengemukakan resit belian benih, makanan dan jualan sebagai bukti mereka pengusaha.

''Mungkin para penternak merasakan perkara sedemikian menimbulkan beban bagi mereka," katanya.

Sehubungan itu, katanya, bagi mengatasi masalah tersebut, pihaknya akan mengadakan taklimat mengenai kaedah mengisi borang kepada penternak akuakultur selain meminta kerjasama daripada Agro Bank untuk melicinkan operasi.

''Peruntukan sebanyak RM113 juta untuk membantu penternak akuakultur adalah salah satu program yang terkandung dalam Dasar Jaminan Makanan Nasional (DJMN)," jelasnya.

1 ulasan:

ana mohezar berkata...

heloooo.....saya student PhD kat uni south australia...topik research saya IT integration in Malaysian food supply chain operation....leh tak kalau saya nak minta kerjasama daripada penternak2 utk fill up questionnaire??pls....

suhana..