Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Ahad, Mac 08, 2009

Lawatan Ilmu Di Ladang Ternakan lembu Lampung, Palembang Indonesia

Pada 17-20 Jan 2009, rombongan dari Malaysia yang terdiri dari para pegawai JPV dan penternak serta pasukan JutawanTernak.blogspot.com telah melawat ladang contoh di Indonesia di daerah Lampung, Palembang. Rombongan Malaysia tertarik dengan beberapa insentif diberi pemerintah Indonesia kepada para petani dan penternaknya sehingga mampu memenuhi keperluan beras sendiri dan jagung untuk makanan ternakan. Tujuan lawatan ke daerah Lampung adalah bertujuan untuk mendapatkan seberapa ilmu -ilmu pengurusan ladang yang dijalankan disana.




Bergambar di rumah Penternak di Lampung Indonesia

Ternakan lembu dibelakang rumah sahaja


Konsep kandang kambing yang mampu milik, murah dan JIMAT!!!

Aduh Bapak-bapak dari Malaysia datang.... Domba( kambing) pun sama mahu pulang juga.. :)


Ladang ternakan Lembu Santori










Pihak Jutawan Ternak juga difahamkan bahawa Pemerintah Indonesia memberi galakan insentif seperti kadar faedah pinjaman serendah 4 hingga 5 peratus dikenakan kepada penternak lembu dan dibayar balik hanya selepas dua tahun memberi kesan positif peningkatan produktiviti.

"Kadar itu satu pertiga lebih rendah daripada kadar faedah komersil di Indonesia dan ini menarik untuk kita kaji dalam usaha meningkatkan pengeluaran pertanian kita," katanya kepada pemberita selepas melawat ladang ternakan lembu di sini, pada Jumaat.

Ladang ternak Santori itu merupakan antara yang terbesar di Indonesia dengan kemampuan menampung sehingga 20,000 ekor lembu bagi penggemukan pada satu-satu masa dan menghasilkan 80,000 ekor lembu untuk keperluan dalam negara setahun.

Ia juga dibangunkan bersepadu sejak 1995 dengan kilang makanan ternakan mereka sendiri serta menampung juga pengeluaran jagung untuk ternakan dihasilkan oleh kira-kira 200,000 petani setempat.

Jutawanternak juga percaya insentif itu merupakan antara faktor yang membolehkan Indonesia kini memenuhi sendiri keperluan beras dan jagungnya serta mensasarkan mencukupi keperluan daging sendiri pada tahun 2013.

"Keyakinan Indonesia itu kerana wilayah Lampung saja sudah mempunyai 700,000 ternakan lembu setiap tahun dan 400,000 hektar kawasan bertanam jagung sehingga rata-rata petaninya memperolehi pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan sekarang," katanya.

Beliau berkata peningkatan pendapatan petani dan penternak ini dan sekali gus kesejahteraan hidup mereka merupakan satu pencapaian yang boleh dipelajari Malaysia.

Cara para pengusaha industri hiliran Indonesia memanfaatkan sumber tempatan dan mempelbagaikan kegunaannya sehingga dapat mengeluarkan produk pertanian dengan kos yang rendah juga akan dikaji, katanya.

Jutawanternak dan delegasi berada di Indonesia dan melawat ladang ternak dan industri pertanian di sini dalam rangka lawatan kerja selama 3 hari .





Banyaknya lembu...


Para delegasi yang sedang tekun mendengar taklimat dari Ladang Santori.





Para ahli rombongan Pegawai JPV dan penternak di Ladang Santori


Bukti kami di Lampung, Palembang


Dikalangan ahli rombongan ke Lampung, Palembang


Untuk gambar kenangan di "Emas Hitam" 999





Rumput Napier ( Tebu Gajah) yang dituai oleh para perkerja yang siap dipotong halus.


Stok rumput Napier di Gudang
k


Inilah tempat rumput Napier

Tanaman Rumput Napier disekitar ladang ternakan lembu ( Oh sapi ya pak )

Notakami : Semoga menjadikan Malaysia sebuah negara penternakan ruminan berjaya akan menjadi kenyataan dengan penglibatan semua pihak samada pihak kerajaan mahupun para penternak. JutawanTernak ke arah globalisasi ternakan.

1 ulasan:

Heri Santo berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini HERI SANTOSO seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI SALEH di 0853-95881177 Untuk yg di luar indon telefon di +6285395881177, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya