Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Khamis, Mac 12, 2009

Kambing: Pengurusan Ternakan

Pengurusan Ternakan

Bermula dari kelahiran sehingga bunting dan beranak kembali. Pengurusan ternakan dibahagikan kepada

  • Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)
  • Cerai susu hingga bunting
  • Pengurusan Kambing dewasa
  • Pengurusan kambing bunting hingga lahir
  • Pengurusan baka jantan
  • Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
  • Lahir hingga 3 bulan

Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)

  • Anak kambing diberi susu permulaan (kolostrum) dalam masa 6 jam selepas dilahirkan
  • Susu kolostrum dikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepas beranak.
  • Kebiasaanya anak kambing menghisap sendiri, jika gagal hendaklah diperah dan diberikan melalui botol.
  • Pengambilan susu kolostrum paling penting untuk antibodi bagi melawan penyakit juga mernbantu merangsang sistern cernaan supaya berfungsi dengan sempurna.
  • Pusat anak-anak kambing disapu dengan 'iodine' supaya cepat kering, juga menghindar dari jangkitan kuman. Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti penyakit.
  • Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selarna 3 hingga 4 bulan. Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anak-anak kambing boleh dicerai susu dan di mana ianya akan memakan rurnput sepenuhnya
  • Penceraian susu dilakukan secara beransur-ansur, bilamana makanan tambahan, rurnput dan juga susu di peringkat peralihan diberi. Anak dan ibu di kurung dalam kandang, Selepas 4 atau 6 minggu dilepas meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.
  • Kandang ternpat menernpatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering dan bersih. Ternpat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.
  • Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih boleh digunakan untuk merangsang pergerakan usus.
  • Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari yang lain dengan memerah dan menyusu melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. tepung juga boleh dibancuh dan diberikan. lembu yang dicampurkan dengan I - 2 titik minyak ikan setiap kali hendak menyusu. Susu diberi sebanyak 170 gm (lebih kurang I cawan) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkat mengikut umur.

Selepas Cerai Susu Hingga Dewasa

Selepas cerai susu dalam lingkungan 3 - 4 bulan anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka diasingkan kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Pemakanan hendaklah dijaga baik kerana berat badan biasanya mudah turun. adalah kerana tekanan (stress) akibat penceraian ibu dan juga susu.

Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasing daripada betina, ini adalah kerana apabila meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak yang tidak sesuai dijadikan baka bolehlah dijual.

Pengurusan Ternakan

Pengurusan Kambing Dewasa

Penjagaan terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga I tahun

Ibu Bunting dan Selepas Kelahiran

Ibu-ibu yang telah bunting dan baru melahirkan hendaklah diasingkan untuk menjauhkan anak dari terpijak oleh yang dewasa. Ini juga menyenangkan program pengurusan. Ibu-ibu bunting memerlukan pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu sebelum dan selepas beranak, makanan yang bermutu diberikan kepada mereka. Ini adalah untuk menentukan kesihatan ibu dan anakanak. Guni yang bersih boleh digunakan untuk mengalas bahagian lantai atau dinding untuk melindungi anak dari kesejukan.

Baka Jantan

Baka-baka jantan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang betina. Mereka dicampurkan hanya bila hendak dibiakkan. Setiap ekor kambing jantan baka biasanya disimpan dalam kandang berasingan supaya pergaduhan dan kecederaan dapat dielakkan.

Setiap ekor jantan bolehlah digunakan untuk 20 ekor betina.

Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik dari segi makanan dan juga kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak senaman dan pergerakan. Jika ini tidak mencukupi ianya boleh menjadi malas dan ticlak cergas. Ternakan berkenaan hendaklah mempunyai kaki yang baik dan juga kuku hendaklah sentiasa dipotong supaya ianya tidak terlalu panjang dan tidak mengganggu semasa mengawan dan menjejaskan kesihatan.

Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur 9 bulan, tetapi dinasihatkan tidak digunakan sebelum umur setahun.

Pengurusan Penggemukan

Jika kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging, penjagaan kambing-kambing ini adalah mudah. Faktor penting di dalam pemeliharaan cara begini adalah makanan. Makanan diberi mestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.

Anak-anak kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enam bulan. la mernerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat badan mencapai 20 - 25 kg. Ini. bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan kenaikan berat badan kambing tersebut. Dalam masa satu atau dua bulan sebelum dijual, adalah lebih baik, jika diberikan makanan berkualiti dan mempunyai nilaian protein yang tinggi.

Pengurusan Kambing Sakit/Cedera

Kambing yang sakit atau cedera perlu diasingkan dari. kumpulannya dan diberi rawatan segera.hubungi Pejabat Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan rawatan atau nasihat selanjutnya,

Tiada ulasan: