Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Kumpulan JutawanTernak 2 ulasan


Bergambar di berlatar belakangkan Rumput Napier.


PANDUAN MENANAM PASTURA DAN FODDER

PENDAHULUAN
Faktor paling utama yang perlu difikirkan sebelum memelihara ternakan ruminan ialah makanan yang mana sebahagian besarnya adalah makanan hijau terdiri daripada rumput pastura dan foder,ataupun rumput yang disipan sebagai hay atau silag. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya yang akan menentukan kesihatan, kadar pembesaran, kebolehan membiak dan penghasilkan daging atau susu.
Oleh itu rumput pastura dan foder dari jenis yang boleh mengeluarkan hasil lumayan dan bermutu tinggi perlu dihasilkan untuk diberikan kepada ternakan. Perancangan yang teliti tentang pemakanan ternakan akan dapat meningkatkan kecekapan dalam pengurusan menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan.

PASTURA/FODER BERMUTU
Ciri-ciri Pastura / foder yang diingini
Hasil yang tinggi sepanjang masa (iaitu kandungan bahan kering)
Nilai zat makanan yang tinggi, terutama kandungan protin kasar
Mempunyai nilai penghadaman yang baik
Tahan lasak, iaitu tahan kepada keadaan-keadaan yang buruk seperti kemarau dan ragutan berlebihan serta mudah pula penjagaannya
Kadar pembesaran dan pertumbuhan semula (selepas dipotong / diragut) yang cepat
Kadar daun berbanding dengan batang adalah lebih tinggi
Mudah bercampur dengan spesis lain terutama kekacang
Berekonomik untuk diusahakan




Pemilihan jenis pastura/foder dan kekacang yang hendak ditanam adalah bergantung kepada:-
Jenis ternakan (lembu, kambing/bebiri)
Keadaan topografi dan jenis tanah
Kegunaan samada untuk diragut atau dipotong









Nota kami: Makanan ternakan merupakan salah satu faktor kejayaan di dalam ternakan. Pilihlah yang terbaik untuk makanan ternakan anda bagi mendapatkan hasil yang menguntungkan. - Izwan

2 ulasan:

anakmemmet berkata...

Maklumat foder, pastura dan kekacang ini adalah hak milik dan diterbitkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar

cnmawar berkata...

Salams Tuan,

Saya perlukan sedikit input mengenai tanaman Napier Indian Hibrid NK091, iaitu jarak masa untuk menanam bagi
Keperluan lembu Frisien Holstein 200 ekor. Contoh sekiranya
Keperluan sehari ialah 2ekar/ 1petak, jadi berapa jarak waktu yang perlu untuk tanam petak seterusnya.

Terima kasih. Nor Mawar/ email : cnmawar@gmail.com