Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Khamis, Januari 31, 2008

BENGKEL BICARA TANI DISETIAP DAERAH


SILA LAWAT LAMAN BICARA TANI DAN DAFTAR SEGERA BENGKEL YANG AKAN DIADAKAN SELURUH DAERAH DIMALAYSIA. http://www.bicaratani.com.my

Bicara Tani merupakan sebuah program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi meyakinkan orang ramai, terutama generasi muda, bahawa pertanian adalah perniagaan yang menguntungkan.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata peserta program berbentuk forum sehari itu akan diberi maklumat terkini mengenai hala tuju, strategi, bantuan dan sokongan disediakan agensi berkaitan.

Katanya, program itu mensasarkan penyertaan seramai 24,500 petani, usahawan industri asas tani, graduan, generasi muda yang mahu menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan serta ahli persatuan, koperasi dan pertubuhan berkaitan pertanian.

“Bicara Tani ini diadakan kerana kita dapati orang ramai masih kurang yakin pertanian adalah satu perniagaan yang boleh memberi pulangan menguntungkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan prapelancaran Program Bicara Tani di sini, semalam.

Program selama dua bulan itu akan dilancarkan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah, pada 12 Februari ini.

Borang penyertaan boleh didapati di Jabatan Pertanian negeri dan daerah atau menerusi laman web www.agrolink.moa.my atau www.bicaratani.com.my atau menghubungi urus setia di talian 03-9058 188.


Muhyiddin berkata, walaupun kementerian berjaya melahirkan lebih 8,000 usahawan tani menerusi pelbagai program yang dijalankan sejak tiga tahun lalu, usaha menarik minat generasi muda menyertai sektor pertanian akan diteruskan.

Katanya, ini penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani yang terbabit secara langsung dalam rantaian bekalan, termasuk peringkat pemprosesan dan pemasaran.

“Selama ini petani kita hanya pakar dalam tanaman, mereka tidak mengambil berat aspek logistik dan rantaian bekalan makanan kerana menyerahkannya kepada orang lain.

“Oleh itu, mereka tidak memperoleh hasil pendapatan maksimum kerana yang untung orang tengah,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, stok penimbal beras Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) yang kini hanya dapat bertahan dua minggu perlu ditambah bagi menjamin bekalan dan harga berikutan peningkatan permintaan tempatan dan dunia.

Katanya, keperluan beras negara kini adalah kira-kira 2.4 juta tan setahun dengan 1.6 juta tan dipenuhi menerusi pengeluaran domestik manakala selebihnya diimport.

“Ada negara menambah stok beras kerana peningkatan permintaan dan ada negara yang tidak mempunyai stok penimbal beras sebelum ini juga mahu berbuat demikian.

“Justeru, kita perlu menyediakan bekalan stok penimbal beras lebih daripada sekarang mungkin untuk tempoh tiga bulan supaya tidak berlaku kekurangan bekalan,” katanya sambil menambah mesyuarat pertama Majlis Harga Kebangsaan dijadualkan selepas mesyuarat Kabinet minggu depan.

Nota kami: ProjekCendawan Dan Usahawan Tani Trading telah pun mendaftar sebagai peserta bengkel ini. Anda bila lagi?? Jangan lepaskan peluang ini.

Sabtu, Januari 19, 2008

Timur: Penduduk miskin ternak kambing berkelompok

Setiap kumpulan diberi peruntukan RM27,000 untuk bina kandang, beli baka dan makanan


KOTA BHARU: Kerajaan Pusat kini melaksanakan projek ternakan kambing secara kelompok, membabitkan penyertaan penduduk miskin negeri ini dalam usaha meningkatkan pendapatan mereka.

Projek terbabit disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, yang mengenal pasti mereka yang layak sebelum dibahagikan mengikut kelompok 10 peserta.


Setiap kumpulan itu diberi peruntukan RM27,000 untuk membina kandang, membeli baka, makanan ternakan dan menjaganya secara bersama sebelum dapat menikmati hasil usaha mereka dalam masa lapan bulan.

Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad, berkata projek perintis projek itu kini membabitkan peserta sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melor, Kadok dan Kok Lanas dengan peruntukan RM99,900.

"Sekitar Parlimen Ketereh, empat kelompok dibentuk membabitkan 40 keluarga miskin. Ini adalah sebahagian usaha terbaru Kerajaan Pusat membantu penduduk miskin di Kelantan.

"Setiap kandang yang dibina akan menempatkan sekurang-kurangnya seekor kambing jantan sebagai induk yang mampu mengawan kira-kira 30 kambing betina.

"Baka kambing yang diternak peserta ialah Jamnapari dan Boer, induk jantan kambing itu berharga sekitar RM3,000 seekor," katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas menyampaikan induk kambing kepada kelompok projek itu di Kampung Kadok dekat Ketereh, semalam. Turut hadir Pengarah JKM Kelantan, Md Noor Chik.

Pada majlis sama, Md Alwi turut menyampaikan bantuan persekolahan iaitu 63 basikal bernilai RM9,135 kepada 63 murid miskin daripada sekitar Parlimen Ketereh.

Dalam perkembangan berasingan, Md Alwi meminta semua Orang Kurang Upaya (OKU) di Kelantan supaya segera mendaftarkan diri masing-masing dengan JKM bagi pemantauan dan bantuan dihulurkan kepada mereka.

"JKM adalah satu badan yang menjaga kebajikan rakyat, sama ada miskin atau OKU, bantuan akan dihulurkan mengikut keperluan dan kelayakan," katanya.

Insentif pertanian ditambah


TINGKAT PERTANIAN: Muhyiddin pada majlis prapelancaran Pameran Biobisnes 2008 Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Kabinet semalam mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengkaji mekanisme pemberian insentif untuk membantu pengeluar bahan makanan meningkatkan hasil dan mengurangkan beban kenaikan kos input pertanian sejak tahun lalu.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kajian yang dijangka siap dalam tempoh dua minggu itu akan mencadangkan kaedah pelaksanaan pemberian insentif kepada petani, penternak dan nelayan serta menyatakan implikasi kos yang perlu ditanggung kerajaan.

"Pada mesyuarat Kabinet tadi (semalam), saya menjelaskan bahawa sektor pertanian perlu dibantu, kalau bukan subsidi boleh diberi dalam bentuk insentif dan jemaah menteri nampaknya tidak menolak," katanya pada sidang media selepas prapelancaran Pameran Biobisnes 2008 Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), di sini, semalam.


Pameran Biobisnes 2008 di Stesen Mardi Kluang pada 31 Januari hingga 1 Februari ini akan mempamerkan lebih 200 hasil penyelidikan dan teknologi institut itu dalam bioteknologi, herba, hortikultur, tanaman ladang, kejuruteraan pertanian dan makanan.

Muhyiddin berkata, walaupun pengeluaran bahan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan ikan meningkat, penawaran masih tidak mencukupi kerana permintaan terus bertambah.

Justeru, katanya, pengeluar bahan makanan seperti petani berdepan dengan masalah pertambahan kos berikutan peningkatan harga baja dan racun serangga di antara 40 hingga 50 peratus akibat kenaikan harga minyak mentah dunia.

"Semua ini beban kepada penanam tetapi kita tahu dasar kerajaan ialah tidak mahu meningkatkan lagi nilai subsidi yang sudah pun besar," katanya sambil menambah setiap tahun kerajaan membelanjakan RM1.5 bilion untuk subsidi padi dan RM1 bilion untuk subsidi diesel.

Mengenai wang sagu hati kepada petani yang terbabit kejadian banjir di beberapa negeri baru-baru ini, Muhyiddin meminta Bahagian Keselamatan Negara (BKN) segera menyalurkan sumbangan itu kepada mereka terbabit menerusi cawangan Bank Pertanian di seluruh negara.

Jumaat, Januari 18, 2008

IPTA Digesa Lahirkan Lebih Ramai Siswazah Sektor Pertanian

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hari ini digesa menghasilkan lebih ramai siswazah dalam usaha memajukan sektor pertanian di negara ini selain menjadikannya sebagai kerjaya yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Dr Zulkifli Idris berkata IPTA bertanggungjawab melahirkan tenaga mahir dalam sektor itu bagi menghakis mentaliti golongan muda yang beranggapan bidang pertanian sebagai tidak popular.

"IPTA terutamanya Universiti Putra Malaysia (UPM) berperanan menjalankan kajian dan melahirkan tenaga mahir dalam sektor pertanian bagi membantu kerajaan merealisasikan hasrat menjadikan sektor ini sektor moden, berdaya saing dan menjadikannya satu sumber kekayaan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku `50 Years of Malaysian Agriculture: Transformational Issues, Challenges and Future Direction' di UPM dekat sini.

Buku yang dihasilkan oleh ahli akademik UPM itu merumuskan tentang perjalanan industri pertanian negara sepanjang 50 tahun selepas negara mencapai kemerdekaan.

Zulkifli berkata penerbitan buku itu sejajar dengan matlamat UPM untuk menghasilkan pelbagai bahan ilmiah bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan disiplin pertanian.

"Usaha itu juga selari dengan iltizam universiti itu untuk berkongsi informasi dan intipati penting mengenai transformasi sektor pertanian dan sumbangannya terhadap pembangunan masyarakat serta menjana kemajuan ekonomi negara," katanya.

Usahawan Bumiputera Digesa Rebut Peluang Di Koridor Ekonomi

Usahawan Bumiputera Digesa Rebut Peluang Di Koridor Ekonomi

PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) -- Usahawan bumiputera digesa merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) di semua pembangunan koridor ekonomi di negara ini, kata Setiausaha Parlimennya Datuk Samsu Baharun Abdul Rahman.

Katanya MECD telah melaksanakan pelan tindakan bagi membantu usahawan bumiputera merebut peluang perniagaan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Koridor Pembangunan Ekonomi Wilayah Utara (NCER), Koridor Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER), Koridor Pembangunan Ekonomi Wilayah Sabah dan Sarawak.

"Agensi kementerian seperti Mara, UDA, Bank Pembangunan dan Bank SME akan menyediakan premis perniagaan serta kemudahan dana bagi usahawan yang berminat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Minggu Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah 1429, di Pusat Membeli-belah Alamanda di sini hari ini.

Beliau mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha MECD Datuk Musa Muhamad dan Datuk Mohtar Abas, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Samsu Baharun, antara peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh usahawan adalah dalam sektor pertanian, pelancongan, logistik, pelajaran, pengeluaran dan perkhidmatan.

Katanya UDA dan Mara akan membangunkan pusat membeli-belah bagi membuka peluang kepada usahawan bumiputera menjalankan perniagaan.

Mengenai Minggu Hijrah, beliau berkata program hari ini yang membabitkan pameran produk keluaran usahawan bumiputera adalah cetusan idea Jabatan Perdana Menteri, dan MECD merupakan agensi yang dipertanggungjawab untuk menganjurkannya.

Katanya MECD berharap usahawan bumiputera akan menggunakan peluang ini untuk menjalin hubungan sesama mereka, selain memperluaskan pasaran produk.

Sebanyak 38 gerai usahawan bumiputera dan pelbagai agensi kerajaan terbabit mempamerkan produk dan perkhidmatan, termasuk syarikat berasaskan bioteknologi, BioTeam Sdn Bhd, PPUB dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sementara itu, Mohamed Khaled dalam ucapannya yang dibacakan oleh Samsu Baharun, berkata MECD melalui program utamanya seperti Gerak Usahawan, Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Showcase Usahawan, menyediakan saluran promosi dan pemasaran yang pada masa yang sama mewujudkan peluang perniagaan, membudayakan keusahawanan kepada masyarakat, khususnya bumiputera.

Katanya program Gerak Usahawan yang dilaksanakan tahun lepas mewujudkan lebih 5,000 peluang perniagaan baru dengan nilai kontrak berjumlah RM4,147 juta, Program SDSI mencatat nilai jualan kontrak RM6.74 juta manakala Program showcase Usahawan merekodkan nilai jualan RM3.1 juta.

Katanya kunci kejayaan yang mampu mengubah kedudukan bumiputera dalam bidang ekonomi adalah melalai penghijrahan paradigma dan minda.

Siswazah sahut cabaran ceburi bidang ternakan


Lambang kejayaan... Harfirdaus Che Lah bersama kakitangannya di hadapan kedai jualan mereka di Saujana Impian, Kajang.

Tidak ada yang lebih istimewa bagi seorang siswazah apabila berpeluang menimba pengalaman sebagai pengurus operasi perniagaan peruncitan dan pemborong sedangkan baru sahaja menggenggam segulung ijazah.

Lebih istimewa, kerjaya barunya menuntut lebih usaha untuk mendapatkan pengetahuan kerana ia berkaitan pemasaran produk berasaskan ternakan sedang, ijazah yang dimiliki dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Justeru, `haluan' yang dipilih nyata menyimpang jauh daripada ilmu yang ditimba di universiti tetapi bagi Harfirdaus Che Lah, dalam usia yang baru mencecah 23 tahun, dia menganggapnya sebagai satu cabaran yang memerlukan kecekalan, keberanian selain tidak berputus asa untuk menambah pengetahuan.

“Saya sudah jatuh cinta dengan perniagaan ini, ujarnya,‘’ ketika ditemui di pejabatnya di Kajang baru-baru ini.

Harfirdaus Che Lah yang memegang jawatan Eksekutif Operasi, Perfect Fresh and Frozen nyata enggan menambah bebanan fikirannya bahawa bidang yang agak asing baginya boleh menjadi batu penghalang mencapai kejayaan.

Malah dia yang pernah bertugas sebagai pelatih pengurus di sebuah syarikat makanan segera akan memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk memajukan syarikat berkenaan yang baru membuka outlet di Jalan Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor.

Syarikat yang diuruskan oleh KMJ Supplies Sdn. Bhd. itu beroperasi sebagai pemborong dan peruncit bekalan daging lembu, kambing Boer, rusa, unta, burung unta, arnab dan ayam kampung.

Selain itu, syarikat terbabit juga memasarkan ayam turki, burung puyuh, itik dan susu kambing.

Syarikat terbabit menawarkan sistem francais kepada mana-mana pengusaha yang berminat memasarkan produk-produk berkenaan, dengan tujuan membantu pengusaha ladang di peringkat pengeluaran untuk memasarkan hasil mereka.

“Ada masa ini, kami memperoleh bekalan dari merata tempat di seluruh negara dan ini sekali gus dapat pengusaha memasarkan hasil ladang mereka,” kata Harfirdaus.

Sebagai contoh, bekalan ayam kampong diperoleh dari projek penternakan membabitkan ibu tunggal di Kuala Selangor, burung puyuh (Pulau Pinang), itik (Tampin), arnab (Broga) dan burung unta dari Beranang, Selangor.

Pengusaha menghantar bekalan daging mereka selepas diproses manakala syarikat terbabit membungkusnya dengan potongan dengan saiz tertentu memudahkan suri rumah menyediakannya untuk dimasak.

Apa yang pasti, konsep pemasaran bekalan produk berasaskan daging itu memperkenalkan konsep baru dalam pemasaran daging yang bukal sahaja, segar tetapi halal dan bersih.

Menurut Harfirdaus, meskipun baru dibuka pada 24 November lepas, pengunjung sudah mula memenuhi outlet tersebut sejak awal pagi khususnya pada hari cuti.

Ini kerana konsep yang mudah untuk membuat pilihan dan jenis daging ternakan yang pelbagai, mendorong mereka mendapatkan produk yang diperlukan.

Meskipun tidak semua daging yang dijual hasil daripada ladang ternakan tempatan, syarikat terbabit menjanjikan produk yang segar dan berkualiti.

Malah, selain pasaran runcit, pengguna juga boleh membuat tempahan untuk mendapatkan daging yang dikehendaki dan akan dihantar ke destinasi yang diminta

Menurut Harfirdaus, pihaknya juga menyasarkan kepada syarikat penyajian makanan (catering) kerana ia menawarkan satu pasaran besar bagi bekalan daging mentah.

Selain itu, syarikat terbabit juga membekalkan susu kambing segar berjenama Vcals ke beberapa buah hospital selain dijual secara runcit.

Pada masa ini, syarikatnya mampu mengedar antara 400 dan 500 botol sehari kepada pelanggan terbabit.

Dengan modal awal sebanyak RM250, 000 bagi melengkapkan outlet yang menempatkan pusat jualan, bilik pemotongan serta bilik sejuk beku serta kakitangan seramai empat orang setakat ini, Harfidaus ternyata mempunyai tanggungjawab berat memajukan perniagaannya,

Kita kena berani bersemangat dan yakin dengan diri.

Mengenai konsep francais, beliau percaya dapat mengembangkan lagi usaha tersebut melibatkan 10 buah cawangan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Info ringkas mengenai industri penternakan ruminan:

* Kadar sara diri (SSL) bagi lembu dan kambing masih rendah iaitu masing-masing 18 peratus dan sembilan peratus.

* Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) serta Pelan Imbangan Dagangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meletakkan sasaran SSL 40 peratus bagi lembu dan 35 peratus bagi kambing menjelang 2010.

* Bagi mencapai sasaran tersebut, pengeluaran lembu dan kerbau yang diperlukan ialah sebanyak dua juta ekor.

* Lebih 723,000 ekor lembu betina dan lebih 338,000 ekor lembu disembelih dengan mengambil kira 60 peratus kelahiran dan 40 peratus lagi baka pembiak.

* Bagi industri kambing pula, lebih satu juta ekor diperlukan dengan bilangan pembiak lebih 380,000 ekor dan yang disembelih 3000,000 ekor setahun menjelang 2010.

* Pada masa ini, dianggarkan terdapat 23,800 pernternak terdapat di negara ini meliputi semua komoditi ternakan.

- Penternak lembu- 13,950 orang

- Penternak kambing-3,544 orang

- Industri kambing:

- Penternak tradisional- 75 peratus

- Penternak semi komersial- 15 peratus

- Penternak komersial-10 peratus

Antara projek utama:

* Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara seluas 4-5 hektar dio Pondok Tanjung, Taiping Perak

* Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan

Info:
* Khidmat penyajian makanan berbeku kambing Boer disediakan

* Waktu perniagaan: Pukul 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.

* Khidmat penghantaran disediakan bagi tempahan melebihi RM30.

* Alamat: Perfect Fresh and Frozen, No 15, Jalan Impian Murni 1/5, Saujana Impian, 43300 Kajang Selangor.

* Telefon : 012-2686845

Sabtu, Januari 12, 2008

USAHAWAN TERNAKAN PROJEK PEMBIAKAN KAMBING BOER NASIONAL

Kepada yang berminat untuk terlibat di dalam projek pembiakan kambing boer nasional. Jangan lepaskan peluang ini.



DOWNLOAD BORANG PENYERTAAN DI
http://agrolink.moa.my/jph/dvs/borang-nbbc01.pdf

Rabu, Disember 05, 2007

Malaysia pengeluar daging boer terbesar

Malaysia pengeluar daging boer terbesar

KUALA LANGAT 4 Dis. – Malaysia bakal muncul sebagai pusat pengeluar baka dan daging kambing boer terbesar di rantau ini dan Timur Tengah dalam tempoh 10 tahun lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Beliau berkata, sasaran tersebut berdasarkan keputusan kementerian untuk membangunkan kawasan penternakan kambing boer seluas 1,480 hektar di Pondok Tanjung, Taiping, Perak.

Beliau berkata, setakat ini 800 hektar tanah sudah dibersihkan dan 200 hektar daripadanya akan digunakan sebagai ladang nukleus pembiakbakaan kambing boer.

Menurut beliau, tanah bersebelahan ladang nukleus itu akan digunakan untuk pembinaan infrastruktur dan sebahagiannya akan dipecahkan kepada 50 lot (20 hektar satu lot) supaya penternak berpengalaman yang berminat boleh mengambil bahagian dengan pelbagai bantuan daripada kerajaan.

“Sasaran kita apabila ladang itu dibangunkan sepenuhnya, kita boleh menghasilkan 100,000 ekor kambing boer pada satu-satu masa.

“Tapi itu pun tak mencukupi kerana jika mengikut bilangan penduduk, kita memerlukan antara 5 juta hingga 10 juta ekor pada satu-satu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Lawatan Kerja ke Daerah Kuala Langat di sini hari ini. Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.

Setakat ini kata Muhyiddin, pihaknya telah membawa masuk 100 ekor baka kambing boer dari Afrika Selatan yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Selasa, September 25, 2007

Program Usahawan Ternakan Lembu Dibawah Konsep Hadhari Cattle



Sekiranya anda berminat untuk menternak lembu didalam kontrak penternakan di bawah Syarikat Hadhari Cattle. Sila daftar di dalam laman web ini.

DAFTAR SEGERA!!!


p/s: Untuk zon tengah, temuduga sedang dijalan kan pada 26 September di Hotel Vistana. Kuala Lumpur

Selasa, September 11, 2007

Penternak Mengeluh Harga Makanan Haiwan Ternakan Naik Setiap Bulan

KUALA TERENGGANU, 6 Sept (Bernama) -- Para penternak di Terengganu meminta kerajaan supaya campur tangan dalam isu berhubung kenaikan harga makanan haiwan ternakan, yang menurut mereka meningkat setiap bulan, bagi mengelak penternak yang mengusahakan perusahaan secara kecil-kecilan gulung tikar.

Setiausaha Persatuan Ternak Terengganu (PTT), Ibrahim Abdul Rahman berkata walaupun belum ada penternak lembu, kambing dan ayam di Terengganu yang gulung tikar akibat kenaikan tersebut setakat ini, perkara itu perlu ditangani segera supaya ia tidak bertambah parah.

"Ramai kalangan penternak mula bersungut, kita bimbang jika perkara ini berterusan, ada antara penternak yang terpaksa menutup perusahaan mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata harga makanan ayam mula meningkat sejak Sept tahun lepas sehingga kini kerana syarikat-syarikat pengeluar bahan makanan itu terpaksa menaikkannya berikutan harga jagung, yang digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut, meningkat di pasaran luar negara.

Sebagai contoh, katanya harga makanan ayam pada Sept tahun lepas ialah RM53 bagi satu beg seberat 50 kilogram tetapi meningkat sehingga RM67 kini, manakala harga makanan lembu dari RM17 (50kg) kepada RM32, sementara harga makanan kambing dari RM24 (50kg) kepada RM37.

"Harga makanan ternakan ini boleh dikatakan naik setiap bulan antara 50 sen hingga RM2 bagi satu beg seberat 50kg sejak Sept tahun lepas. Keadaan seumpama ini tidak pernah dihadapi penternak sebelum ini. Biasanya, kalau naik pun (harga makanan) setahun sekali," katanya.

Setakat ini, Ibrahim berkata pendapatan penternak ayam begitu terjejas kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada makanan ayam yang diproses menjadi pellet, berbanding penternak lembu dan kambing yang boleh mencampurkan pellet dengan rumput.

Namun begitu, Ibrahim berkata pada masa ini, pengeluaran ayam di Terengganu masih lagi stabil dan beliau memberi jaminan bahawa bekalan daging ayam untuk bulan puasa ini adalah mencukupi bagi keperluan orang ramai.

Bagi daging lembu, katanya bekalan bahan makanan itu juga mencukupi namun harganya meningkat sebanyak RM1, kepada RM16 sekilogram, sejak beberapa hari lepas.

Notakaki: Pada hemat saya, kenaikan harga makanan haiwan ternakan meupakan sikap rakus pengeluar makanan untuk mendapatkan keuntungan amat dikesali. Bagi kami penternak yang sedia ada sudah mulai merasai bahang kenaikan ini. Ada penternak yang sudah gulung tikar. Kepada Persatuan penternak-penternak, kalian harus bersuara!!!! Diamakah suara anda??

Jumaat, September 07, 2007

Petikan dari Bajet 2008: Bagi sektor Pertanian Dan Penternakan



PETIKAN DARI BAJET 2008

YANG DIBENTANG OLEH YAB DATO’ SERI ABDULLAH BIN HJ. AHMAD BADAWI

PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN


Sektor Pertanian


39. Teras utama pembangunan sektor pertanian ialah untuk menjadikan sektor ini
salah satu sumber utama pertumbuhan ekonomi negara. Untuk tujuan ini, sebanyak 6.5
bilion ringgit diperuntukkan bagi sektor pertanian. Antara program yang akan
dilaksanakan ialah meningkatkan pengeluaran padi, menggalakkan penanaman florikultur,
herba dan rempah ratus. Bagi sub sektor perikanan, peruntukan disediakan untuk
meningkatkan hasil tangkapan ikan dan pengeluaran produk industri perikanan serta
membangunkan industri akuakultur di bawah 39 projek berimpak tinggi. Peruntukan juga
disediakan untuk pembangunan industri ternakan haiwan.


40. Di samping itu, beberapa sumber pertumbuhan baru dalam sektor pertanian telah
dikenal pasti untuk dimajukan, seperti projek perintis pemprosesan minyak kelapa dara
(virgin coconut oil), pengkomersilan produk nira nipah dan penternakan baka Kambing Boer. Peruntukan juga akan disediakan bagi projek perintis penghasilan baja organik,
penanaman menggunakan teknik penggabungan pembajaan dan pengairan serta
pelaksanaan mekanisasi dan automasi untuk pekebun kecil.

Sumber dari : http://www.treasury.gov.my/



Nota kami: Pada hemat saya, setelah mendengar pembentangan bajet 2008 pada 7hb Sepetember 2007 yang lalu, kerajaan juga memfokuskan industri ternakan khususnya penternakan kambing boer. Melihat dengan jadual 3.9 (Sumber http://www.treasury.gov.my/) dapat merangkum dan membuat kesimpulan bahawa peningkatan keperluan daging termasuk daging kambing telah meningkat. Banyak peluang yang boleh digunakan berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Bajet ekonomi. Kepada para penternak, ini merupakan satu langkah yang proaktif oleh pihak kerajaan untuk manjayakan bahawa PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN. Semoga para penternak dapat melihat bajet tahun depan sebagai peluang yang cerah untuk memajukan industri penternakan kambing baka boer. - izwan

Rabu, Ogos 29, 2007

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 50


31 Ogos 2007 tahun ini genaplah hari kemerdekaan ke 50. Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 50 Dari kami: http://www.projekcendawan.com dan http://jutawanternak.blogspot.com

Yang benar

MOHD IZWAN BIN MOHD KHALIT

Selasa, Ogos 28, 2007

Salah Faham Mengenai Daging Kambing.


Bagi mereka yang bijak dan teliti menilai makanan, tentu memeranjatkan apabila ada di antara mereka mempunyai tanggapan yang salah apabila bercakap tentang daging kambing yang selalu disebut "mutton" di dalam bahasa Inggeris.

Bertentangan dengan apa yang difahami selama ini, "mutton" sebenarnya bukanlah daging kambing sebaliknya adalah daging kambing biri-biri yang sudah tua.

Di negara-negara Barat, daging kambing sering disebut sebagai "Chevon". Manakala daging kambing muda, disebut sebagai "cabrito" atau "capretto".

Masih ramai yang tidak menyedari bahawa 63 peratus daripada daging merah yang dimakan setiap hari di seluruh dunia adalah daging kambing dengan Australia sebagai pembekal terbesar daging kambing yang berkualiti.

Di Malaysia, permintaan terhadap daging kambing tidak begitu tinggi. Ini disebabkan oleh dua faktor.

Pertama, pengguna tidak tahu di mana hendak membeli daging kambing. Kebanyakan pasar raya hanya menjual daging biri-biri tua dan daging biri-biri.

Faktor kedua pula, salah tanggapan bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, oleh itu tidak sihat untuk jantung manusia.

SALAH TANGGAPAN

Salah tanggapan ini menyebabkan orang Malaysia mengelak makan daging kambing, yang khasiatnya bertentangan dengan daging biri-biri tua.

Persatuan Jantung Amerika menyarankan daging kambing untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.

Salah tanggapan yang biasa terhadap daging kambing ialah daging tersebut dianggap sebagai 'mutton', yang mengandungi kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, berbau hamis dan hanya sesuai dimasak dengan kari.

Tidak seperti daging biri-biri atau biri-biri tua, daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu yang jauh lebih rendah dan hidangannya juga boleh dipelbagaikan berbanding daging lembu dan daging biri-biri.

Struktur molekul daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam. Amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.

Jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit.

Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing tanpa sebarang hormon, bahan kimia dan pencemaran bakteria.

RASA LEBIH BAIK

Secara keseluruhannya tidak ada daging kambing yang dapat menandingi kambing Boer dari Afrika Selatan dari segi rasa dan kelazatannya. Inilah sebabnya daging tersebut mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara seperti Australia dan Amerika Syarikat.

Kambing Boer juga memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain. Disebabkan ototnya yang sekali ganda lebih banyak, kambing Boer memiliki daging yang lebih banyak berbanding kumpulan kambing yang lain.

Daging kambing yang baik kualitinya dapat dihasilkan berdasarkan kepada pelbagai faktor. Bermula dengan kualiti penternakannya.

Usia untuk disembelih adalah faktor utama yang menjamin keseluruhan rasa serta nilai nutrisi daging tersebut. Daging kambing dari Lembah Boer disembelih apabila mencapai usia 8-12 bulan.

Pada usia ini, dagingnya mengandungi nutrisi yang tinggi, lebih rendah lemak tepu dan kolesterolnya. Dagingnya juga lebih lembut dan basah.

Faktor lain pula ialah kandungan lemak. Apabila kandungan lemaknya rendah, daging tersebut tidak berbau kuat seperti yang sering terdapat pada daging kambing atau biri-biri yang lain.


Makanan tambahannya adalah daripada serat yang dihasilkan daripada isi buah kelapa sawit, kulit kacang soya dan jagung.

Ia bertujuan memastikan haiwan ternakan tersebut mendapat sumber serat dan protein yang tinggi.

Selain daripada itu, kambing-kambing ini juga memerlukan air galian yang tinggi kualitinya. Sumber ini diperoleh daripada sumber air galian semula jadi daripada air terjun Lata kinjang berdekatan Tapah.

BOLEH DIPELBAGAIKAN

Kebanyakan orang mendapati daging kambing memiliki bau yang sangat kuat. Apabila dimasak dengan kari, rempah yang digunakan dapat melindungi bau tersebut.

Lebih ramai orang Melayu dan India yang makan daging kambing berbanding kaum Cina. Masyarakat Cina kurang mahir memasak menggunakan kari, tetapi dengan adanya daging kambing Boer, bau yang sinonim itu dapat diatasi.

Daging kambing ini dapat menghasilkan hidangan kari India yang sangat lazat dan apabila dibakar, mengeluarkan aroma dan rasa yang sungguh enak.

Apabila rakyat Malaysia memahami bahawa daging kambing memberikan alternatif yang lebih sihat berbanding daging lain yang selalu dimakan, permintaan ke atasnya akan meningkat.

Dibandingkan dengan daging lembu dan daging babi, daging kambing lebih popular di pasar kerana ia tidak melibatkan batasan agama. Sesiapa sahaja boleh menikmatinya, kata beliau.

Memandangkan masyarakat Malaysia yang gemarkan makanan yang sihat, inilah masanya restoran-restoran menyediakan resipi-resipi baru dan mempromosikan daging kambing, khususnya daging kambing boer.

Dalam masakan, daging kambing boleh dipelbagaikan dengan cara masakan yang berbeza.


- Jom kita promosikan daging kambing. :)

Berita: Sokongan Paklah Kepada Penternakan Kambing


KUALA TERENGGANU 27 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah meminati bidang pertanian terutama produk buah-buahan dan sayur- sayuran.

Menurutnya, disebabkan minat itu Jeanne mengusahakan kebun ulam-ulaman di Seri Perdana, Putrajaya.

‘‘Allahyarham Datin Seri Endon dulu minat batik, songket dan kraf tangan tetapi Jeanne suka pertanian, sayur-sayuran dan buah-buahan.

‘‘Di Seri Perdana kami pun ada kebun tetapi kebun yang dipilih ialah kebun ulam-ulaman,” kata Abdullah sambil berseloroh ketika berucap merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2007 di Dataran Batu Burok di sini hari ini.

Bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau turut mengamalkan dasar Kepimpinan Melalui Teladan, Abdullah berkata, beliau turut menanam buah-buahan ‘rock melon dan ‘golden Langkawi’ secara fertigasi.

Perdana Menteri berkata, beliau juga membela dua ekor kambing yang dihadiahkan kepadanya di kampungnya di Kepala Batas, Pulau Pinang.

‘‘Dahulu saya galakkan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) perbanyakkan ladang kambing Boer dan dia sedang usahakan kerana kambing itu jenis baik dan cepat membesar.

‘‘Saya pun ada kambing Jamnapari, depa bagi dua ekor. Saya hantar balik ke Kepala Batas suruh Shariff Omar (Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani) jaga. Saya pun lama tak tanya khabar tentang kambing itu.

‘‘Selepas itu saya teringat, apa khabar kambing saya, berapa ekor anaknya. Saya tanya Datuk Osman Desa, Setiausaha Politik saya, dia senyap membisu. Saya tanya, Man dengar tak saya tanya, dia jawab dengar Datuk Seri.

‘‘Saya tanya habis kenapa tak jawab, dia kata susah sikitlah Datuk Seri... kambing Datuk Seri orang curi. Saya kata kambing Perdana Menteri pun kena curi, macam mana ini?” kata Abdullah sambil disambut dengan hilai tawa kira-kira 10,000 hadirin.

Bagaimanapun, Abdullah memberitahu, kambing tersebut telah diganti dan kini sudah mempunyai 10 ekor anak.

Sebelum itu, Abdullah yang tiba di Terengganu pagi ini diberikan sambutan meriah termasuk diiringi 50 motosikal berkuasa tinggi, 50 beca berhias, paluan gendang kaum Cina dan India serta muzik rodat.

Bertemakan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’, sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2007 diadakan selama seminggu bermula dari 27 Ogos sehingga 2 September ini.

Majlis penutup program itu akan disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 September ini.

Selasa, Ogos 07, 2007

IMPORT DAN EKSPORT TERNAKAN KAMBING/LEMBU

EKSPORT

PENERANGAN

Apakah tujuan diadakan peraturan-peraturan tersebut?

Tujuan utamanya ialah untuk meastikan haiwan serta bahan hasilannya yang diimport tidak membawa sebarang penyakit eksotik ternakan serta yang bersifat zoonotik (iaitu penyakit dari haiwan berjangkit kepada manusia). Ini akan dapat menentukan negara ini bebas daripada penyakit-penyakit eksotik ternakan dan akan menggalakan pegembangan dan pengeluaran ternakan dan hasilan ternakan tempatan. Di samping itu, ianya juga dapat memberi pengesahan bagi haiwan serta hasilannya untuk eksport setelah memenuhi syarat-syarat pengimportan yang diwajibkan oleh negara pengimport.

Apakah komoditi yang tertakluk kepada peraturan ini?

Peraturan-peraturan ini melibatkan semua haiwan seperti lembu, kambing, anjing, kucing, anak ayam baka, unggas serta hasilannya sama ada dalam bentuk mentah, diproses, sudah ditinkan dan sebagainya seperti daging, keju, mil tulang, kulit, baja haiwan, vaksin ternakan dan lain-lain.

Untuk memberi kemudahan yang lebih selesa kepada pelangan, "Konsep Pusat Bayaran Setempat" dilaksanakan dimana pengimport haiwan serta bahan hasilanya perlu berurusan untuk mendapatkan dokuman-dokumen tertentu dengan Jabatan ini sahaja bagi tujuan import/eksport.

Apakah komoditi-komodit yang tidak dibenarkan diimport/eksport ke/dari negara ini dan manakah negara-negara yang tidak boleh berurusan ?

KOMODIT

Pada masa ini komoditi-komoditi yang tidak dibenarkan pengimportannya adalah seperti berikut:

1. Ayam Tua

*

Ayam tua untuk tujuan pemperosesan dan pengetinan dari singapura.
*

Anak Ayam Komersial
*

Itik Hidup
*

Anak Itik Daging
*

Khinzir Hidup
*

Kepak Ayam & Daging Ayam
*

Telur Pelbagai Unggas
*

Susu Cair
*

Daging Lembu / Kerbau dan Kambing / Bebiri yang tidak halal (bukan dari Rumah Sembelih yang diluluskan oleh Kerajaan)
*

Ternakan dan Haiwan di lindungi oleh CITES
*

Kecuali dari Singapura.

Ini adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan penternak dan pengusaha tempatan supaya terus dapat menyumbang usaha membangunkan industri ternakan negara dan menjadikan terus kekal sebagai pengeluar bahan-bahan yang tersebut ke tahap saradiri dan untuk eksport.

Untuk tujuan eksport pula.Pihak Jabatan tiada halangan dan sentiasa menggalakan kegiatan ini untuk kemajuan industri ternakan negara. Pengeksport dan pengimport boleh membuat urusan dagangan untuk barang-barang mereka keseluruh dunia kecuali dengan Negara Israel.

Apakah Akta/Undang-undang yang diperuntukan kepada Jabatan ini bagi menjalankan peraturan-peraturan tersebut?

Peraturan-peraturan tersebut digubal berdasarkan akta-akta dan undang-undang yang disahkan oleh badan perundangan negara. Untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, akta-akta dan undang-undang yang digunakan adalah:

ORDINAN BINATANG

1.

Ordinan Binatang 1953
2.

Kaedah-kaedah Binatang 1962
3.

Kaedah Pengimportan Binatang 1962
4.

Undang-undang Kecil Stesen Kuarantin Binatang Persekutuan 1984

Bagi Negeri Sabah dan Sarawak perundangan yang diperuntukan ailah Sabah Animal Ordinance 1962 bagi negeri Sabah dan Ordinan Kesihatan Umum 1962 bagi Negeri Sarawak.

Mengapakah ada perbezaan perundangan diantara Semenanjung Malaysia dan Negeri Sabah dan Sarawak?

Perbezaan ini timbul ekoran dari Negeri Sabah dan Sarawak mendapat kemerdekaan melalui Malaysia dan hal-hal yang berkaitan dengan bahan pertanian (termasuk urusan import/eksport) seperti haiwan dan hasilannya adalah dibawah urusan Kerajaan Negeri yang berkenaan berpandukan peruntukan undang-undang yang berbeza.

Apakah agensi Kerajaan selain daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terlibat dalam urusan import dan eksport haiwan dan bagaimana kaitannya?

Agensi kerajaan yang terlibat itu ialah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Pengeksport atau pengimportan hidupan liar (wildlife) seperti buaya,rusa dan beberapa jenis burung yang tertakluk dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan CITES atau Convetion of International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora, memerlukan surat kebenaran import/eksport dari Jabatan PERHILITAN sebelum Jabatan ini dapat mengeluarkan permit tersebut.


---------------------------------------------------------------------------------------------
IMPORT

PENERANGAN

Apakah langkah pertaman yang perlu diambil untuk mengimport haiwan hidup dan hasilnya?

Adalah dinasihatkan agar anda menghubungi Ibu Pejabat Haiwan atau Pejabat Perkhidmatan Haiwan Negeri yang berdekatan bagi mendapatkan kepastian dan syarat-syarat pengimportan haiwan dan bahan hasilanya yang dimaksudkan itu. Ini adalah kerana syarat-syarat pengimport tersebut tertakluk kepada status penyakit ternakan di negera pengeksport tersebut.

Adakalanya pengimport haiwan dan bahan hasilanya dari negara yang bebas penyakit ternakan ditahan kerana berlakunya wabak penyakit di kalangnan haiwan ternakan di negara-negara tersebut.Walau bagaimana larangan ini akan ditarik balik setelah penyakit tersebut dapat dikawal dan aktiviti pengimportan akan dibenarkan.

Apakah pula syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mengimport haiwan dan bahan hasilanya?

SYARAT-SYARAT

1. UNTUK HAIWAN HIDUP

*

Sijil Kesihatan dari Penguasa Veterinar negara pengeksport
*

Mendapat AP dengan mengemukakan Borang Kastam JK 69 yang telah diisi untuk pengimport unggas,telur SPF,telur belangkas, ubur-ubur dan sarang burung sahaja.Borang boleh didapati dari Jabatan Percetakan Negara.
*

Bayaran untuk Permit Import
*

Pengimportan haiwan hidup adalah tertakluk kepada syarat-syarat kuarantin

2. UNTUK DAGING-DAGING LEMBU/KERBAU/KAMBING/BEBIRI

*

Mendapatkan AP dengan mengemukakan Borang Kastam JK 69 yang telah diisi.Borang bolehadidapati dari Jabatan Percetakan Negara.
*

Sijil Kesihatan Veterinar/Sijil Pemeriksaan daging daripada Penguasa Veterinar Negara pengeksport
*

Sijil Penyembelihan Halal dari Pertubuhan Islam atau orang perseorangan yang menyatakan ternakan tersebut disembelih mengikut cara islam dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
*

Invois
*

Bayaran untuk Permit Import
*

Permit Import.

Sila sertakan bersama 3 salinan foto untuk dokumen yang dinyatakan diatas iaitu (ii),(iii) dan (iv).Import haiwan hidup dan bahan hasilnya dari Negeri Sabah dan Sarawak tidak memerlukan AP

3. UNTUK BAHAN-BAHAN TERNAKAN YANG LAIN

Memerlukan Sijil Kesihatan Veterinar/Sijil Pemeriksaan Veterinar dari pihak Berkuasa Veterinar di negara pengeksport.Semua dokumen-dokumen yang dinyatakan mestilah memenuhi syarat-syarat pengimportan yang telah dutetapkan.

Selasa, Julai 31, 2007

NCER: Perancangan Besar Untuk Memodenkan Pertanian Luar Bandar Di Utara


KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Wawasan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melaksanakan secara menyeluruh sektor pertanian dijangka menjadi kenyataan sebaik sahaja inisiatif yang disasarkan untuk meningkatkan industri itu di bawah pelan induk bagi Koridor Utara (NC) dilaksanakan.

Pelan induk Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri di Kedah pada 30 Julai, antara lain, menggariskan strategi utama untuk merangsang pertumbuhan dalam sektor pertanian, yang biasanya dikaitkan dengan penduduk luar bandar dan petani tradisional.

Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd Datuk Ahmad Zubir Murshid yang menjadi arkitek pelan induk itu berkata satu teras ialah untuk meningkatkan pendapatan petani di luar bandar, dengan memberi nafas baru terhadap pertanian, pengedaran dan pemasaran.

Pelan induk itu menyasarkan untuk meningkatkan purata pendapatan petani berkenaan di atas paras RM1,500 sebulan menjelang 2012 daripada kurang RM500 dalam 2005, sejajar dengan objektifnya untuk menghapuskan kemiskinan dan pertumbuhan ekonomi, katanya.

Di bawah pelan itu, yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak utara, isu pemilikan tanah yang berkeluasan kecil akan ditangani dengan mewujudkan pengurusan seperti koperasi, katanya dalam temubual ekslusif dua jam dengan Bernama baru-baru ini.

KEKURANGAN TANAH PERTANIAN YANG LUAS

Ahmad Zubir berkata kebanyakan tanah dalam NCER masih tidak digunakan atau digunakan tidak sepenuhnya, di mana 52 peratus daripadanya diwartakan sebagai kawasan sensitif alam sekitar.

"Jika dilihat tanah di NC, kita kekurangan kawasan tanah yang luas yang bersambungan. Tiada kawasan yang luas. Hanya terdapat 48 peratus tanah yang boleh digunakan. Kira-kira 40 peratus daripada tanah di NCER diperuntukkan bagi pertanian dan baki 52 peratus lagi merupakan rezab hutan."

Daripada 52 peratus itu, lima peratus diperuntukkan bagi penyediaan air minuman dan empat peratus bagi kawasan binaan untuk industri lain dan perumahan.

Salah satu cabaran utama pelan NCER ialah mengenai isu pemilikan tanah persendirian. Kira-kira 40 peratus daripada tanah NCER diperuntukkan bagi pertanian tetapi 83 peratus atau 800,000 ha milik pekebun kecil persendirian, katanya.

"Ini masalahnya. Sebab itu mustahil dilaksanakan pertanian besar-besaran kerana 83 peratus daripada 40 peratus (tanah pertanian) berkenaan adalah milik tanah persendirian.

Sebagai contoh, bagi penanaman padi, purata petani memiliki kira-kira satu hektar...keluasan itu merupakan kira-kira 2.2 ekar sahaja. Ia tidak besar sangat."

TERAS UTAMA BLUPRINT NCER

"Itu merupakan cabaran utama di segi pelaksanaan pertanian berskala besar. Tanah itu terlalu kecil untuk diperkenalkan penggunaan jentera. Di NC ini, cadangan utama kami ialah untuk memperkenalkan pertanian berskala koperasi estet mini," kata Ahmad Zubir.

Di bawah pelan itu, para pemilik tanah tidak akan diminta menjual tanah masing-masing tetapi sebaliknya akan digalakkan untuk melantik satu syarikat profesional bagi menguruskan tanah masing-masing yang bakal memberikan pulangan pendapatan tetap bulanan dan perkongsian keuntungan hasilnya.

Antara lain, pelan itu mencadangkan pengenalan kaedah pertanian moden, mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian, pengenalan tanaman baru dan memudahkan penggunaan teknologi dan amalan terbaik.

NCER adalah salah satu wilayah ekonomi yang dikenal pasti di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, yang akan dimajukan dalam tempoh 20 tahun. Pelan itu menyasarkan untuk mencapai pembangunan seimbang dan sama rata di empat buah negeri, yang mempunyai tiga teras ekonomi utama -- pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.

Penanaman tanaman utama dalam NCER ialah padi (28 peratus), getah (3.0 peratus), kelapa sawit (66 peratus) dan tebu (3.0 peratus).

PENAMBAHBAIKAN PRASARANA

Langkah untuk menambah baik prasarana merupakan teras utama lain bluprint NCER.

Katanya terdapat kawasan tanaman padi seluas 40,000 ha yang tidak menerima pengairan, yang terletak di luar kawasan Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (MADA) dan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP), di mana para petani memiliki tanah kurang satu ha setiap seorang dan hanya boleh ditanam dalam satu musim sahaja. Ia mencatatkan pengeluaran kurang tiga tonne sehektar.

"Kawasan seluas 40,000 ha inilah yang kita benar-benar perlu tambah baik seperti di segi aspek pengurusan air pengairan," katanya.

"Sistem pengairan kita tidak disepadukan sepenuhnya. apabila berlaku hujan lebat, 70 hingga 80 peratus air kita mengalir ke laut. Jika berlaku kemarau, keseluruhan kawasan atau tempat atau terusan, akan kering.

Apa yang kita hendak perkenalkan ialah mewujudkan "sistem litar tertutup." dengan mewujudkan pelbagai paras sistem pengairan terusan di mana air akan disimpan dan sesetengah terusan yang lebih besar akan digunakan bagi pemeliharaan ikan," katanya.

MERANCAKKAN SEKTOR PERTANIAN

Ahmad Zubir, perancang pelan induk NCER menjelaskan seterusnya pelan pembangunan itu. Berikut ialah petikan temubual itu:

Q: Apakah bidang yang sedang dikaji di segi menggiatkan lagi sektor pertanian?

Ahmad Zubir: Di segi sektor pertanian, kemiskinan masih lagi menjadi satu isu utama, keselamatan makanan negara juga satu isu. Selain itu, kita mesti mengkaji industri hiliran.

Ini adalah lawasan pemprosesan taman pertanian. Inilah apa yang sentiasa dikatakan oleh PM. Kita mesti mempunyai satu taman pemprosesan pertanian, iaitu, untuk mengeluarkan produk ini. Sebagai contoh padi...kita mesti menjadikan padi sebagai beras, dan secara asasnya tiada produk sampingan.

Di Jepun, mereka menjadikan hampas padi menjadi produk sampingan...kertas dari padi..konsep dari bahan buangan kepada yang boleh menghasilkan kekayaan.

PM sekali lagi menggalakkan kita mengkaji konsep dari bahan buangan ditukar menjadi sumber kekayaan, iaitu sebagai contoh produk sampingan padi...jika tidak, penanam padi akan kekal sebagai penanam padi. Kita tidak mempunyai produk sampingan atau perniagaan hiliran.

MEMPROMOSIKAN INDUSTRI HILIRAN

Q: Bagaimanakah anda merancang melakukan sedemikian?

Ahmad Zubir: Kita akan melaksanakannya dalam tiga fasa. Pertama bawa masuk pelabur untuk menimbangkan penanaman tanaman komersial, menambah baik kewujudan industri hiliran dan mewujudkan penjenamaan di sini.

Selepas itu, kita mahu dapatkan menyertaan pelabur tempatan dan kita mahu mengembangkan industri hiliran dan membabitkan lebih ramai pelabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan penjenamaan dan akhir sekali kita mahu berkembang ke peringkat global. Satu hari nanti, kita akan mempunyai jenama Malaysia sendiri.

Ini merupakan sebahagian daripada program berkenaan. Program I, mempromosikan pertanian komersial secara perkongsian dengan komuniti tempatan, iaitu secara koperasi, para pemilik tanah bersama dengan kita dan melakukan pertanian kontrak dan dihubungkan dengan pasaraya besar utama dan memproses produk berkenaan.

Program II ialah dengan mengkaji tanaman baru..ini merupakan sesetengah daripada aktiviti yang kita sedang kaji. Kesemuanya bukannya dibazirkan dengan tanaman seperti mangga, durian, buah naga malah anggur....PM menyatakan anggur ditanam di Perlis. Terdapat penanaman anggur di Perlis. Dan diikuti jagung, kentang dan seterusnya.

Ini merupakan bidang yang berpotensi..ini kita telah kaji dan sesetengah tanaman sesuai diusahakan. Mulai dari situ, kita bukan sahaja akan mengeluarkan hasilnya. Kita mesti ceburi ke bidang industri pertanian hiliran, iaitu sebaik anda mula melakukan tuaian, hasil berkenaan boleh dijadikan makanan dan bukan makanan.

PEMASARAN, PENGEDARAN DAN PENJENAMAAN

Jadi, kita jangan terlalu memberi perhatian kepada bidang makanan, malah, turut memberi perhatian kepada bidang bukan makanan. Ini merupakan aktiviti hiliran yang kita nyatakan...seperti kentang. Orang bercakap mengenai "chips and fries", tetapi kini kita boleh juga menceburi bidang bio-plastik dan bidang pembungkusan yang boleh dilupuskan secara semula jadi. Ini merupakan aspek teknologi tinggi yang sedang kita kaji..perkara nilai tambah..bukan semata-mata makanan tetapi juga bukan makanan sabagai satu potensi -- jagung sebagai contoh...bio-plastik bio-fuel juga merupakan satu bidang yang berpotensi. Untuk menjayakan matlamat itu, kita mesti melaksanakan penjenamaan (Program III).

Untuk membolehkan kita mempunyai nilai tambah, kita perlu melihat kepada penjenamaan ..di sini, kita melihat kepada beberapa agensi dan juga diselaraskan dengan MAFC (Perbadanan Makanan Pertanian Malaysia), rangkaian Khazanah (Nasional Bhd). jadi kita saling melengkapi antara satu sama lain.

Kita perlu menambah baik pemasaran dan rangkaian pengedaran..jadi kita bermula dari belakang ke hadapan...kita akan memastikan ini dilaksanakan sebelum kita bergerak ke hadapan...kita akan memastikan kita mempunyai rangkaian pengedaran yang baik dan kita juga perlu melksanakan penjenamaan.

Lihat anggur California yang terkenal, daging lembu dari New Zealand..kita perlu mempunyai jenama bagi menambah nilai produk kita, jika tidak, produk kita akan sentiasa dibandingkan dengan produk murah yang lain seperti daging lembu dari India, yang sangat murah dan kita tidak akan berupaya untuk memasarkan produk kita pada harga yang lebih tinggi.

Ini merupakan bidang yang kita sedang kaji. Kita perlu bergantung kepada pasaran besar untuk memastikan produk pertanian mencapai paras untuk dipasarkan..iaitu konsep dari kebun ke kilang. Kilang bermakna prmprosesan serta pasaraya besar.

TEKNOLOGI AWAL

Apabila kita memperkatakan mengenai pertanian, kita perlu mempunyai rantaian nilai sepenuhnya. Pertama: anda mesti mempunyai kawalan terhadap teknologi awal. Kedua anda mesti mempunyai kemudahan pemprosesan, iaitu nilai tambah. Ketiga anda mesti mempunyai pengedaran dan pemasaran dan Keempat, anda mesti mempunyai jenama.

Jika anda tidak mempunyai jenama anda, anda akan menjadi mangsa pihak seperti Wal-Mart, Tesco, Giant dan yang lain. Mereka akan membeli produk anda pada harga paling murah dan menjenamakannya sebagai milik mereka sendiri. Sebagai contoh, rambutan Malaysia dibungkus sebagai laici Singapura.

Q: Selain menyiapkan bluprint, apakah peranan Sime Darby dalam NCER?

Ahmad Zubir: Kami sedang mengkaji teknologi awal. Kami sedang mengkaji untuk membuat pelaburan di segi teknologi awal dengan satu rakan kongsi asing. Kami sedang membangunkan satu pusat R&D teknologi awal di Perlis untuk menyediakan teknologi awal berkualiti baik dan juga untuk memajukan teknoloji awal bagi rantau ini.

Dalam masa yang sama, kita mesti mengukuhkan insentif untuk menggalakkan aktiviti hiliran pertanian. Kami sedang mengkaji untuk memperkenalkan usahawan tani untuk menggalakkan pembabitan mereka dalam bidang ini. Kami juga sedang mengkaji pertanian komersial, iaitu, menarik minat syarikat besar untuk mengambil bahagian dalam industri hiliran dan membabitkan diri dalam industri huluan, yang merupakan pertanian berskala besar.

Q: Berapa banyak pelaburan anda?

Ahmad Zubir: Kami akan melabur kira-kira RM25 juta untuk melaksanakan projek awal di Perlis. PM akan mengumumkan rakan kongsi kami di Perlis semasa majlis pelancaran berkenaan.

Perlis telah dikenal pasti bagi pengkulturan industri awal disebabkan iklim dan keadaan tanahnya. Di seluruh dunia, industri awal dinilaikan sekitar AS$26 bilion (kira-kira RM90 bilion) dan dikuasai oleh lima pelabur. Kita tidakpun mencapai tahap itu. Selain itu, Perlis akan mempunyai kelompok tanaman bermusim bagi penanaman tanaman menjalar seperti anggur.

Kita juga mengkaji untuk mewujudkan fidlot lembu (penyepaduan fidlot dan lembu) di Selama dengan Permodalan Nasional Bhd, melalui pelaburan lebih RM20 juta.

FAKULTI PERTANIAN

Q: Bagaimana anda merancang untuk menggunakan tanah yang tidak digunakan?

Ahmad Zubir: Sekarang ini, kita telah mengenal pasti lebih 3,500 ha tanah yang tidak digunakan yang boleh ditukar bagi kegunaan pertanian. Sesetengahnya juga merupakan tanah perindustrlan yang sepatutnya diperuntukkan bagi estet perindustrian tetapi tidak digunakan langsung.

Kita telah meminta negeri berkenaan untuk menggunakan tanah sedemikian untuk tujuan pertanian. Satu bidang ialah bagi pertanian. Kini tiada satu fakulti pertanianpun di sebelah utara...Kita mempunyai Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia. Tidak satupun daripadanya yang mengkhusus dalam bidang pertanian.

Jadi, kami mencadangkan kemungkinan Universiti Putra, di Serdang, membuka satu fakulti pertanian di sana. Kita juga ,menggalakkan pemberian biasiswa agar lebih ramai peljar berminat dalam pertanian dan perniagaan makanan pertanian.

Bidang lain yang sedang kami lihat termasuk penyediaan prasarana yang dikongsi, iaitu bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan bagi penyediaan kelompok pemprosesan pertanian, perikanan, pusat akua, pemprosesan getah dan pusat pengeluaran pemeliharaan ternakan. Ini kita mahu galakkan.

Peranan Kandang dalam industri penternakan kambing

Panduan membina kandang

kandang adalah perlu bagi tujuan ternakan kambing di Malaysia. Ia disebabkan oleh keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik yang menyebabkan kambing-kambing perlukan perlindungan.




Kedudukan kandang boleh dibuat supaya:
  • mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya seperti kawasan ragut atau sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan jika boleh. ( Masa muda, kita ada tenaga, bila dah tua, tenaga kita kurang kan :):):) )
  • Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak diantara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah bertujuan untuk mengelak penyakit.


Apabila membina kandang, keperluan yang penting perlu diambil bagi menentukan kesihatan dan keselesaan kambing antaranya:

  • Sistem pengudaraan yang baik
  • Cahaya matahari yang mencukupi terutamanya matahari pagi.
  • Kedudukan kandang Utara Selatan
  • Tidak mudah menjadi lembab dan ada sistem perparitan
  • tidak kena angin kencang
  • terlindung dari hujan dan panas
  • kotoran seperti najis dan tinja boleh dikaut dan dikumpulan
  • ruang makan minum yang mencukupi.
  • lantai adalah besesuaian dan tidak membahayakan ternakan kambing






Pelan Ringkas untuk membina kandang kambing menggunakan atap nipah bagi skala kecil.

coo




Contoh pelan sisi bagi atap untuk tujuan perlindungan dan pengudaraan.


Contoh kandang yang boleh memuatkan 100-300 ekor kambing.


Contoh Kandang Kambing beratapkan daun nipah dan rumbia bagi skala ternakan 20-30 ekor kambing.


p/s: Banyak yang perlu diketahui di dalam aspek pembinaan kandang yang baik dan menjimatkan. - izwan

Rabu, Julai 25, 2007

Kenali Pastura / rumput : Makanan Bagi ternakan


Bergambar di berlatar belakangkan Rumput Napier.


PANDUAN MENANAM PASTURA DAN FODDER

PENDAHULUAN
Faktor paling utama yang perlu difikirkan sebelum memelihara ternakan ruminan ialah makanan yang mana sebahagian besarnya adalah makanan hijau terdiri daripada rumput pastura dan foder,ataupun rumput yang disipan sebagai hay atau silag. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya yang akan menentukan kesihatan, kadar pembesaran, kebolehan membiak dan penghasilkan daging atau susu.
Oleh itu rumput pastura dan foder dari jenis yang boleh mengeluarkan hasil lumayan dan bermutu tinggi perlu dihasilkan untuk diberikan kepada ternakan. Perancangan yang teliti tentang pemakanan ternakan akan dapat meningkatkan kecekapan dalam pengurusan menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan.

PASTURA/FODER BERMUTU
Ciri-ciri Pastura / foder yang diingini
Hasil yang tinggi sepanjang masa (iaitu kandungan bahan kering)
Nilai zat makanan yang tinggi, terutama kandungan protin kasar
Mempunyai nilai penghadaman yang baik
Tahan lasak, iaitu tahan kepada keadaan-keadaan yang buruk seperti kemarau dan ragutan berlebihan serta mudah pula penjagaannya
Kadar pembesaran dan pertumbuhan semula (selepas dipotong / diragut) yang cepat
Kadar daun berbanding dengan batang adalah lebih tinggi
Mudah bercampur dengan spesis lain terutama kekacang
Berekonomik untuk diusahakan




Pemilihan jenis pastura/foder dan kekacang yang hendak ditanam adalah bergantung kepada:-
Jenis ternakan (lembu, kambing/bebiri)
Keadaan topografi dan jenis tanah
Kegunaan samada untuk diragut atau dipotong









Nota kami: Makanan ternakan merupakan salah satu faktor kejayaan di dalam ternakan. Pilihlah yang terbaik untuk makanan ternakan anda bagi mendapatkan hasil yang menguntungkan. - Izwan

Ahad, Julai 22, 2007

PAMERAN TERNAKAN ASIA 2007 : LIVESTOCK ASIA


Baru-baru ini saya baru sahaja mendapat kad jemputan berkaitan dengan Pameran dan Forum Ternakan Asia 2007 yang akan berlangsung di KLCC. Didalam pameran ini akan ditunjukkan pameran dari semua teknologi ternakan dari pemakanan ternakan hinggalah teknologi kandang yang berteknologi tinggi.


Saya difahamkan Pameran dan forum ini akan diadakan pada 23 oktober 2007.


Sekiranya anda berminat untuk hadir sila dapatkan tiket secara elektronik yang boleh di dapati di http://www.livestockasia.com/. Tiket ini adalah PERCUMA!!!!


p/s: jom kita mendapatkan ilmu disana.

HASIL HILIRAN DARI INDUSTRI TERNAKAN: BAJA ORGANIK DARI TERNAKAN

Hasil hiliran seperti tinja atau najis haiwan ternakan boleh mendatangkan hasil yang lumayan. Penggunaan tinja sebagai salah hasil hilran menguntungkan. Ia termasuk didalam 3 G iaitu

Red Gold = Daging
White Gold = Susu
Balck Gold = Hasil Tinja untuk baja Organik

Penggunaan cacing sebagi menghasil baja organik.








p/s: Menternak cacing untuk baja organik pun sudah lumayan kan - izwan