Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Selasa, September 08, 2009

Jabatan Veterinar Kawal Kemasukan Lembu Sepanjang Musim Perayaan

3 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan meningkatkan kawalan kemasukan lembu di kawasan sempadan menjelang musim perayaan Aidilfitri ini, kata Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Zairi Serlan.Menurutnya, langkah itu perlu bagi memastikan bekalan daging bebas daripada penyakit kuku dan mulut yang sebelum ini pernah menyerang ternakan di negeri ini.Beliau berkata, pihaknya menubuhkan pasukan penguatkuasaan bagi mengawasi dan meronda sepanjang kawasan sempadan Kelantan-Thailand bagi mengelak kegiatan penyeludupan ternakan itu berleluasa di sepanjang sempadan negara."Kita bimbang kemasukan ternakan yang tidak terkawal memandangkan keperluan bekalan daging dijangka bertambah pada musim perayaan ini akan mendedahkan penyakit berkenaan kepada ternakan tempatan," katanya kepada Bernama di sini, pada Khamis.Menurutnya, walaupun tiada kes terbaru penyakit kuku dan mulut dikesan di Kelantan tetapi pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengawal pergerakan kemasukan ternakan itu.

Dr Mohd Zairi berkata, langkah berjaga-jaga itu perlu berikutan pihak berkuasa mendapati ternakan lembu di Perlis dikesan dengan penyakit kuku dan mulut baru-baru ini.Menurutnya, penguatkuasaan dan kawalan itu bukan sahaja tertumpu di pintu-pintu masuk utama tetapi di sepanjang pangkalan haram yang dipercayai menjadi pintu keluar masuk penyeludup.Katanya, setakat ini Kelantan mempunyai tiga pusat kuarantin ternakan di pusat pemeriksaan utama kastam, iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubur, Tumpat dan Bukit Bunga, Jeli.Beliau berkata, sebuah lagi pusat kuarantin bersekali dengan Kompleks Kastam dan Imigresen di Bukit Nangka, belum disiapkan.Ditanya mengenai keperluan bekalan daging dan ayam menjelang musim perayaan ini, beliau berkata sebanyak 4,700 ekor lembu dan kira-kira sejuta ekor ayam diperlukan bagi menampung permintaan pengguna di negeri ini.Sehubungan itu, beliau menasihatkan penternak supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh jabatannya dalam pergerakan keluar masuk haiwan berkenaan dan syarat-syarat penyembelihan ternakan tersebut.

Tiada ulasan: