Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Selasa, September 08, 2009

Felda Kenalpasti Empat Jenis Makanan Untuk Gedung Makanan Negara

Cili Kulai, pisang berangan, lembu berdaging dan ikan talapia dikenalpasti sebagai empat jenis makanan yang akan diusahakan oleh Felda untuk projek Gedung Makanan Negara (GMN).Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata GMN, iaitu projek perusahaan makanan berskala besar yang akan dilaksanakan di tanah rancangan Felda itu dijangka melibatkan pelaburan sebanyak hampir RM750 juta."Ini akan meningkatkan pendapatan tambahan para peneroka (Felda). Umpamanya kalau kita libatkan tanaman cili Kulai (para peneroka) akan dapat pendapatan tambahan sebanyak RM220 sebulan."Pisang berangan pula (mereka) akan dapat RM629 sebulan, lembu berdaging RM1,000 sebulan dan ikan talapia RM510 sebulan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan Felda di sini Khamis.

Beliau berkata pengeluaran empat jenis makanan itu akan turut membantu memenuhi keperluan negara di mana melalui projek tanaman cili Kulai, "kita akan menampung pengeluaran sebanyak 48,000 metrik tan atau 18 peratus dari segi keperluan negara dan pisang berangan 14 peratus ataupun 45,000 metrik tan." Najib berkata kawasan untuk GMN sudahpun dikenalpasti yang melibatkan tanah rancangan Felda di seluruh negara selain tanah terbiar yang akan disewa daripada penduduk kampung untuk diusahakan."Projek GMN melibatkan kawasan lapang yang boleh dihasilkan dan tanah berdekatan pun saya minta pihak Felda kaji untuk sewa daripada orang kampung untuk dilibatkan di bawah projek ini," katanya.Pada Julai lepas, Najib telah meluahkan hasrat untuk menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai GMN yang mampu mengeluarkan tanaman berskala besar, sekaligus meningkatkan pendapatan peneroka serta memenuhi keperluan rakyat negara ini.

Tiada ulasan: