Kerajaan telah menambah tiga barangan baru dalam Skim Kawal Harga Musim Perayaan (SKHMP) dari 13 Sept hingga 27 Sept sempena hari raya puasa tahun ini.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa tahun ini ubi kentang import (Indonesia dan China), kacang tanah import dan juga bawang putih import (China) telah dimasukkan ke dalam senarai SKHMP.Barangan yang dikawal harga pada tahun ini termasuk ayam hidup; ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal); daging lembu tempatan, daging kerbau import (India);
Yang lain termasuk telur ayam gred A, B dan C; kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing); cili merah; tomato; kelapa biji (kawalan borong), kelapa parut (kawalan runcit); ubi kentang import (Indonesia dan China); kacang tanah import; bawang merah kecil (India); bawang putih (China); dan ikan kembung (8 hingga 11 ekor sekilogram).
PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.
PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan