Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Ahad, April 26, 2009

RM3j dibayar kepada pengusaha, penternak

KOTA KINABALU 15 April - Lebih RM3 juta sudah dibayar melalui Insentif Pengeluaran Makanan kepada pengusaha dan penternak di negeri ini sejak Julai 2008 hingga Februari lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Yahya Hussin berkata, insentif itu bertujuan meringankan masalah pengusaha dan penternak sekali gus meningkatkan produktiviti keluaran ternakan mereka.

''Kerajaan sangat prihatin dan sensitif terhadap masalah para pengusaha dan penternak, insentif ini diharap dapat membantu mereka," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Bulan Veterinar 2009 peringkat negeri Sabah di Kompleks Pertanian, di sini hari ini.

Yahya berkata, selain bantuan tersebut, kerajaan juga menyalurkan peruntukan RM565,000 bagi membantu golongan itu di bawah Program Bumi Hijau sepanjang tahun lalu.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, seramai 875 peserta telah pun menerima manfaat daripada program tersebut yang dilancarkan mengikut dua fasa utama.

''Mereka yang sudah dibantu oleh kerajaan melalui program itu ialah peserta ayam kampung berjumlah 585, peserta itik daging (12) dan peserta itik telur (278),'' katanya.

Menurutnya, Sabah kini sudah mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran telur, daging ayam, susu segar dan khinzir, yang mana sebahagiannya mampu dieksport.

Walaupun begitu katanya, tahap pengeluaran daging kambing, lembu dan kerbau hanya mampu mencapai 28 peratus tahap sara diri.

Jelasnya, sebahagian besar keperluan daging lembu dan kambing diimport dari New Zealand sementara daging kerbau pula dari India.

Yahya berkata, kerajaan akan meneruskan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk menambah biak ternakan ruminan khususnya lembu, kerbau dan kambing.

''Program transformasi 100 induk pembiak yang diperkenalkan merupakan usaha kerajaan untuk mentransformasi penternak tradisional atau pekebun kecil menjadi penternak komersial.

''Melalui program berkenaan, sasaran kita ialah setiap penternak memiliki sekurang-kurangnya 100 induk pembiak," katanya.

Tiada ulasan: