Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Sabtu, Februari 10, 2007

Bekas KPN Penternak Jaya Selangor

Bekas KPN Penternak Jaya Selangor

SHAH ALAM 23 Dis. – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai hari ini dinobatkan sebagai Penternak Jaya Ruminan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor hasil ketekunan beliau berkecimpung dalam bidang penternakan kira-kira 12 tahun lepas.

Norian, 60, kini merupakan pengusaha Ladang Mai di Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang di Hulu Selangor.

Beliau mula menceburi bidang penternakan kira-kira 12 tahun lepas melalui penternakan ayam pedaging di Kampung Gesir, Hulu Selangor dengan kapasiti pengeluaran 40,000 ekor sepusingan dan projek penternakan itu masih lagi beroperasi sehingga kini.

Norian mengusahakan tanah yang berstatuskan pemilikan sementara (TOL) di Kampung Gumut Tambahan itu sekitar tahun 1989 dengan tanaman pokok kelapa pandan dan ternakan ikan air tawar pada peringkat permulaan.

Pada tahun 2000, beliau melaksanakan sistem penternakan integrasi dengan mempelbagaikan aktiviti ladang seperti lembu, kambing, kerbau, rusa dan kolam ikan.

Ladang Mai mempunyai dua buah kandang untuk menempatkan lembu fidlot sebanyak 400 ekor dan lembu tempatan melebihi 250 ekor.

Bagi penternakan kambing pula, sistem yang digunakan adalah sistem insentif dan separa insentif dengan jumlah melebihi 2,200 ekor daripada baka Boer, Jamnapari dan kacukan.

Melalui rangkaian pemasaran yang luas, Norian telah mengembangkan perniagaan dengan membekalkan kambing baka, kambing untuk sembelihan, lembu/kerbau untuk korban, makanan ternakan, ubatan untuk penyakit cirit-birit bagi kambing, baja organik, probiotik, ikan segar, susu kambing, ikan masin dan puding kelapa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Raja Ideris Ahmad berkata, kerajaan mahu pertanian baru memiliki ciri-ciri mengaplikasikan teknologi mekanisasi dan automasi.

Selain itu, katanya, ia juga perlu memanfaatkan bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, berkemahiran dan terlatih manakala usahawan mematuhi persijilan tempatan dan luar negara.

Katanya, Selangor memperuntukkan RM8.16 juta untuk diagih kepada pesawah dalam bentuk pinjaman sebanyak RM500 setiap lot tiga ekar sawah sebagai modal pusingan untuk menjayakan program peningkatan hasil padi.

– Bernama

Pelan Kandang Kambing

Pembinaan Kandang

Adalah di cadangkan bagi penternakan kambing secara komersil, di bina kandang kambing yang berukuran 100 kaki x 40 kaki dengan ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki daripada paras tanah yang dapat menampung bilangan kambing dalam lingkungan 250 ekor dan bagi kandang penternakan biasa adalah bergantung dengan jumlah bilangan ternakan yang kecil.

Luas sesuai untuk kambing Jamnapari adalah 1.5m² bagi seekor. Sebagai contoh, dalam pemeliharaan 10 ekor kambing, ianya memerlukan kawasan kandang seluas 15m². Kawasan kandang juga boleh disekat-sekat bagi memisahkan kambing jantan dengan kawanan kambing betina, dan kambing yang sihat dengan kambing yang sakit atau bunting. Ini lebih memudahkan pengurusan ternakan dan pengawasan yang di jalankan.

Pelan pembinaan kandang ( 40'x 100' )










Ehsan dari web: http://www.jamnapari.com

Daftar Kursus dan latihan ternakan di Institut Pengurusan Veterinar, Cheras

Hari ini 9 Feb 2007, saya terus mengisi borang telah saya download dari laman web http://agrolink.moa.my/jph/ . Selepas mengisikan borang tersebut, saya terus pergi ke pejabat haiwan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk mendapatkan sokongan bagi menjalankan kursus ternakan ini.

Borang yang saya isi adalah seperti dibawah. Sementara menunggu mendapatkan tandatangan dan surat sokongan dari pegawai Veterinar, datang pula seorang pegawai dari MINDEF, membawa borang permohonan yang sama seperti saya. Saya bertanya kepada pegawai tentera tersebut, bahawa 2 orang pegawai atasan dari MINDEF yang akan bersara memohon kursus ternakan ini. saya terfikir lagi, mungkin mereka akan mengikuti jejak langkah Tan Sri Norian Mai yang menjadi
Penternak Jaya Ruminan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor 2006.

Bila telah mendapatkan sokongan dari Pegawai Veterinar Dr.Shariffudin. Terima kasih kerana menyokong usaha saya.

Tanpa berlengah lagi saya terus ke Institut Pengurusan Veterinar, Cheras untuk menghantar borang permohonan ini. Pegawai Di IPV, Cheras memaklumkan bahawa saya akan mengikuti kursus sangkut ternakan kambing di Ladang Mai. tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian.









Outstation lagi Dari KL Ke Miri - Kuching, Sarawak

Selamat Pagi Encik... Itulah kata-kata aluan oleh daripada pramugari kepada saya yang masuk ke perut kapal terbang MAS. Saya telah menunggu lebih awal di KLIA. elak dari tertinggal. Nanti kena caj lewat pula. Saya tak tahulah, kali berapa saya ke Sarawak. Maklumlah kerja berkaitan dengan Teknologi Maklumat yang melibatkan rangkaian di Sekolah Bestari di Seluruh Malaysia

Sambil melabuhkan diri di kerusi nombor 26D, saya mencapai surat khabar News Strait Times. Saya tertarik dengan artikel yang bertarikh 7 Feb 2007. Antara artikel yang membuatkan saya tertarik untuk membacanya. "No regrets leaving bank job" begitulah tajuknya. Dari seorang Pegawai bank yang terkemuka ke alam dunia ternakan. Saya terfikir sejenak. Kalau masa kecil dulu saya bercita-cita untuk akauntan, Doktor dan macam-macam lagi, Yang bekerja di dalam pejabat dengan kesejukan penghawa dingin. Cukup bulan tunggu gaji masuk. Senangnya kerja kan duduka di dalam pejabat. Tapi bila terbaca artikel ini, rezeki yang melimpah ruah Allah berikan kepada hambanya yang BERUSAHA UNTUK BERJAYA. Lebih-lebih lagi di dalam dunia PERNIAGAAN. 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Insyallah saya pun mengkut jejak seperti usahawan-usahawan yang berjaya di dalam dunia penternakan. Insyallah... Sambil membaca artikel ini, saya terus menulis di notebook untuk dimasukkan di dalam Blog nanti. Kalau tengok artikel dibawah ini, Salah satu Penternak jaya yang muda telah dinobatkan antara anak melayu yang berjaya di dalam bidang penternakan lembu di Selangor. Masih muda dan telah berjaya hingga pasaran nya melibatkan gedung membeli belah terkemuka seperti Mydin, Giant dan Pasar-pasar sekitar negeri Selangor. Tahniah buat anda Syarikat HS Nada Sdn. Bhd