Borang yang saya isi adalah seperti dibawah. Sementara menunggu mendapatkan tandatangan dan surat sokongan dari pegawai Veterinar, datang pula seorang pegawai dari MINDEF, membawa borang permohonan yang sama seperti saya. Saya bertanya kepada pegawai tentera tersebut, bahawa 2 orang pegawai atasan dari MINDEF yang akan bersara memohon kursus ternakan ini. saya terfikir lagi, mungkin mereka akan mengikuti jejak langkah Tan Sri Norian Mai yang menjadi Penternak Jaya Ruminan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor 2006.
Bila telah mendapatkan sokongan dari Pegawai Veterinar Dr.Shariffudin. Terima kasih kerana menyokong usaha saya.
Tanpa berlengah lagi saya terus ke Institut Pengurusan Veterinar, Cheras untuk menghantar borang permohonan ini. Pegawai Di IPV, Cheras memaklumkan bahawa saya akan mengikuti kursus sangkut ternakan kambing di Ladang Mai. tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan