Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Sabtu, Februari 10, 2007

Bekas KPN Penternak Jaya Selangor

Bekas KPN Penternak Jaya Selangor

SHAH ALAM 23 Dis. – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai hari ini dinobatkan sebagai Penternak Jaya Ruminan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor hasil ketekunan beliau berkecimpung dalam bidang penternakan kira-kira 12 tahun lepas.

Norian, 60, kini merupakan pengusaha Ladang Mai di Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang di Hulu Selangor.

Beliau mula menceburi bidang penternakan kira-kira 12 tahun lepas melalui penternakan ayam pedaging di Kampung Gesir, Hulu Selangor dengan kapasiti pengeluaran 40,000 ekor sepusingan dan projek penternakan itu masih lagi beroperasi sehingga kini.

Norian mengusahakan tanah yang berstatuskan pemilikan sementara (TOL) di Kampung Gumut Tambahan itu sekitar tahun 1989 dengan tanaman pokok kelapa pandan dan ternakan ikan air tawar pada peringkat permulaan.

Pada tahun 2000, beliau melaksanakan sistem penternakan integrasi dengan mempelbagaikan aktiviti ladang seperti lembu, kambing, kerbau, rusa dan kolam ikan.

Ladang Mai mempunyai dua buah kandang untuk menempatkan lembu fidlot sebanyak 400 ekor dan lembu tempatan melebihi 250 ekor.

Bagi penternakan kambing pula, sistem yang digunakan adalah sistem insentif dan separa insentif dengan jumlah melebihi 2,200 ekor daripada baka Boer, Jamnapari dan kacukan.

Melalui rangkaian pemasaran yang luas, Norian telah mengembangkan perniagaan dengan membekalkan kambing baka, kambing untuk sembelihan, lembu/kerbau untuk korban, makanan ternakan, ubatan untuk penyakit cirit-birit bagi kambing, baja organik, probiotik, ikan segar, susu kambing, ikan masin dan puding kelapa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Raja Ideris Ahmad berkata, kerajaan mahu pertanian baru memiliki ciri-ciri mengaplikasikan teknologi mekanisasi dan automasi.

Selain itu, katanya, ia juga perlu memanfaatkan bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, berkemahiran dan terlatih manakala usahawan mematuhi persijilan tempatan dan luar negara.

Katanya, Selangor memperuntukkan RM8.16 juta untuk diagih kepada pesawah dalam bentuk pinjaman sebanyak RM500 setiap lot tiga ekar sawah sebagai modal pusingan untuk menjayakan program peningkatan hasil padi.

– Bernama

Tiada ulasan: