Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Khamis, Februari 26, 2009

Kerajaan Tumpu Ternakan Kambing Skala Besar Di Terengganu

Kerajaan akan memberi tumpuan dan membangunkan sektor ternakan kambing berskala besar di Pantai Timur khususnya di Terengganu kerana ia memberi pulangan yang baik kepada penternak dalam tempoh yang singkat.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata sektor itu dilihat sangat berpotensi untuk diusahakan di kawasan berkenaan dan sekaligus dapat meningkatkan pendapatan penduduk."Melalui kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Terengganu yang terletak di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dikenalpasti untuk dibangunkan dengan ternakan kambing," katanya ketika melawat ladang kambing Cosmopal Sdn Bhd di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating dekat sini, Khamis.Cosmopal Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada 2000 dan merupakan anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd adalah pengimport, pengedar dan penternak kambing baka terbesar di Pantai Timur.Syarikat berkenaan yang mempunyai tujuh kandang, kini mempunyai 1,400 ekor kambing dan jumlah itu akan ditambah kepada 4,000 ekor lagi dalam tempoh terdekat.Mustapa berkata kerajaan juga menggalakkan penternak kecil di kampung-kampung mengusahakan ternakan kambing kerana ia dapat membantu meningkatkan ekonomi mereka."Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan beri segala khidmat yang diperlukan termasuk perkhidmatan teknikal serta menyediakan baka kambing kepada mereka yang layak," katanya.

Pada majlis ramah mesra dengan masyarakat nelayan sempena bulan sektor perikanan di sini pula, beliau berkata kerajaan akan menimbang untuk menyediakan peruntukan bagi membaiki infrastruktur perikanan di seluruh negara termasuk Terengganu dalam Rancangan Malaysia Ke-10."Ini kerana, semasa berjumpa nelayan hari ini, mereka melahirkan pelbagai masalah seperti kekurangan jeti untuk pendaratan, air cetek, tiada benteng pemecah ombak dan sebagainya," kata beliau.Pada majlis itu, Mustapa menyampaikan 223 lesen sampan kepada nelayan iaitu daripada jumlah 864 lesen yang diluluskan. Melalui skim itu, nelayan yang tidak mempunyai lesen, tidak layak mendapat subsidi serta elaun sara hidup berjumlah RM200 sebulan.--

Tiada ulasan: