Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Khamis, Februari 26, 2009

Formula Seragam Penting Untuk Pengeluaran Makanan Haiwan

(Bernama) -- Formula yang seragam untuk pengeluaran makanan haiwan amat penting bagi memastikan kualiti dalama memenuhi permintaan dan penawaran di pasaran, sekali gus menyediakan penetapan harga yang berdaya saing untuk anggota Lapan Negara Membangun (D8).Satu pasukan bertindak mengenai Makanan Haiwan diketuai oleh timbalan pengarah besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Datuk Dzulkifli Abdul Wahad akan membincangkan formula yang boleh dikongsi di kalangan negara-negara D8 bagi memenuhi standard dalam pengeluaran makanan haiwan.Antara isu yang akan dibincangkan ialah kemungkinan usaha sama di kalangan sektor swasta negara-negara D8 dalam pengeluaran makanan haiwan dan Perjanjian Perdagangan Keutamaan.Sambil menegaskan kepentingan standard dalam pengeluaran makanan haiwan, Dzulkifli berkata ia adalah untuk memastikan yang haiwan ternakan mendapat keseimbangan khasiat dan diet untuk berkembang."Contohnya lembu, ia memerlukan standard tertentu makanan haiwan. Jadi formula akan dikongsi di kalangan negara-negara ini," kata beliau kepada Bernama di luar Mesyuarat Menteri-menteri Lapan Negara Membangun mengenai Keselamatan Makanan yang berlangsung selama tiga hari.Selain daripada tuan rumah Malaysia, tujuh negara lain yang menghadiri mesyuarat itu ialah Iran, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Turki, Mesir dan Nigeria, sementara Arab Saudi, Brunei dan Qatar bertindak sebagai pemerhati.Mesyuarat akan menjurus kepada pelaksanaan tiga inisiatif bagi kerjasama strategik di kalangan negara-negara anggota. Ianya adalah pengeluaran baja yang berkualiti, makanan haiwan dan pembentukan tabung benih.Dzulkifli berkata makanan haiwan dihasilkan dengan menggunakan jagung, dedak isirong kelapa sawit (PKE) dan pelepah kelapa sawit (OPF) dalam bentuk pelet.Felda, terlibat dalam pengeluaran makanan haiwan, menghasilkan 2,000 tonne makanan haiwan berasaskan PKE setiap bulan.Ia turut memperkenalkan makanan haiwan berasaskan OPF awal tahun ini.Dzulkifli berkata produk itu ialah untuk menampung permintaan pasaran tempatan dan bagi kegunaan dalaman.Aktiviti utama anak syarikatnya, Felda Farm Products Sdn Bhd ialah penternakan lembu dalam ladang kelapa sawit dan pengeluaran makanan haiwan berasaskan PKE dan OPF.

Tiada ulasan: