Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Isnin, Mac 02, 2009

Keluar masuk lembu dikawal

MARAN 1 Mac - Pergerakan keluar masuk ternakan lembu dan kerbau ke Pahang akan dihentikan sekiranya penyakit kuku dan mulut semakin menular di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, setakat ini penyakit tersebut hanya dikesan di Kuantan iaitu sekitar Felda Panching membabitkan kira-kira 20 ekor lembu.
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagaimanapun telah menjalankan suntikan vaksin dan kuarantin bagi mengelakkan ia merebak ke daerah lain.
"Pada masa ini, daerah lain termasuk Maran tiada laporan kejadian penyakit kuku dan mulut tetapi pihak JPV sentiasa menjalankan pemantauan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis program anak angkat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di komuniti Bestari Chenor Seberang dan Kertau di sini.
Tan Mohd. Aiminuddin diminta mengulas laporan akhbar semalam, mengenai 20 kes penyakit kuku dan mulut mula dikesan di negeri ini.
Menurutnya, selain tindakan proaktif JPV, kerjasama penternak juga amat diperlukan untuk mengesan ternakan disyaki menghidap penyakit tersebut bagi membolehkan suntikan vaksin dilakukan.
"Penyakit ini sangat berbahaya kepada haiwan ternakan khususnya lembu dan kerbau kerana ia sangat cepat merebak jika tiada pencegahan dilakukan.
''Jika penyakit itu tidak dikawal, ia akan menjejaskan usaha kerajaan negeri untuk mengekalkan kedudukan Pahang sebagai pengeluar daging segar utama di negara ini,'' katanya.
Beliau turut mengingatkan penternak supaya terlebih dahulu meminta kebenaran JPV di daerah masing-masing sekiranya hendak menyembelih ternakan atau memindahkannya untuk tujuan pembiakan dan sebagainya.

Tiada ulasan: