Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Sabtu, Oktober 01, 2011

Kambing : Pengurusan Am Ternakan Kambing

Pengurusan Am

Merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:

Pengurusan

Keterangan

Kawasan

Kebersihan kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan. Perparitan di sekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempurna. Najis dibuang jauh dari kandang. Kawasan pastura untuk ragutan atau potong perlu dipagar, memudahkan pengurusan meragut dan mengelakkan percampuran yang menyebabkan perkahwinan tidak diingini.

Buruh

Kerja-kerja mesti teratur dan mudah, sementara menunggu kambing dilepaskan meragut, bersihkan dahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan kandang pula dibersihkan.

Jadual Pengurusan

Penyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa ke semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mengkacuk, beranak, mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat cacing perlu diatur dengan sistematik. Jadual lain seperti jangkamasa meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai mestilah diatur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib.

Pengenalan Ternakan

Rekod ternakan perlu disediakan apabila seekor anak dilahirkan. Pengenalan- memasang tag plastik ataupun ditattoo di telinganya..

Pengasian

Pengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka dilakukan pada umur 4-5 minggu- mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untuk penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.

Mematikan Tanduk

Dilakukan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara sesamanya, disebabkan perkelahian atau kemalangan. Tanduk yang telah tumbuh, ianya perlu dipotong.

Memotong Kuku

Kambing yang dikurung jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya menjadi panjang, menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit .

Menggunting Bulu

Kambing kacukan mempunyai bulu yang agak panjang dan perlu dibersihkan. Bulu yang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakkan kutu. Bulu di sekitar ambing digunting untuk memudahkan pemerahan dan mengelakkan bulu bercampur dengan susu.

Kawalan Kutu

Sembur ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam mandi kutu, bagi membunuh kutu pada badan kambing.

Sistem Berkurung (intensif)

  • Memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut
  • Makanan dan minuman diberi setiap hari - konsentrat, rumput dan garam jilat.
  • Kebiasaannya diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka
  • Kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi
  • Kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.

Ciri-ciri Sistem Ragut Lepas

  • Kawasan ragutan yang luas.
  • Kambing meragut sepanjang masa
  • Kos yang tinggi
  • Pengurusan rumit-ternakan merayau

Sistem Separuh Berkurung (separa-intensif)

  • Kambing dilepaskan pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam.
  • Faedah perlindungan pada malarn hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik.
  • Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya.
  • Permeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.

Tiada ulasan: