Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Sabtu, Februari 07, 2009

Malaysia kaji modul pertanian Indonesia

LAMPUNG (Sumatera Selatan) 26 Jan. - Malaysia akan mengkaji modul yang digunakan oleh Indonesia dalam mengembangkan industri pertaniannya sehingga mampu memenuhi keperluan domestik dalam masa singkat.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, mengikut modul itu, Indonesia dalam masa yang singkat telah meningkatkan pengeluaran padi dan jagung sehingga tidak perlu lagi mengimport keperluan itu.
"Antara yang boleh dikaji dan disesuaikan dengan keperluan di Malaysia ialah insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada para petani di Indonesia.
"Antaranya kadar faedah pinjaman yang rendah iaitu satu pertiga daripada kadar faedah semasa komersial atau sekitar empat hingga lima peratus," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat ladang penternakan lembu dan kilang pengeluaran makanan ternakan di sini baru-baru ini.
Menurut Mustapa, kadar faedah pinjaman yang rendah itu diberi kepada penternak sebagai insentif untuk mereka menghasilkan baka sendiri.
Selain itu, ujar beliau, penternak terbabit juga diberi pengecualian bayaran balik pinjaman selama dua tahun.
Hasil daripada modul itu, katanya, penternak di Lampung saja telah menternak 700,000 ekor lembu.
Lembu-lembu itu, kata Mustapa, diimport dari negara luar dan digemukkan di sini sebelum dijual untuk pasaran tempatan.
Sehubungan itu, kerajaan Indonesia, tambah beliau, menyasarkan pada tahun 2013 dapat menghasilkan baka lembu tempatan sepenuhnya.
Peningkatan jumlah lembu yang diternak juga, katanya, membuka peluang kepada pertumbuhan industri hiliran iaitu dalam menyediakan makanan haiwan tersebut.
Berikutan itu, katanya, 400,000 hektar jagung ditanam di Lampung yang merupakan bahan utama untuk makanan ternakan selain 30 peratus kacang soya yang masih diimport.
Katanya, penanaman jagung untuk makanan ternakan memberi pendapatan yang lumayan kepada para petani iaitu RM1,000 bagi satu hektar dan kini terdapat 200,000 penanam jagung di Lampung.
"Seperkara yang boleh dipelajari di Indonesia ialah bagaimana mereka mengurangkan kos pengeluaran," katanya.

Tiada ulasan: