Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Sabtu, Jun 30, 2007

Berita Karnival ternakan di MARDI, Serdang

Tingkatkan pengeluaran daging negara

SERDANG 15 Jun – Negara perlu meningkatkan hasil pengeluaran daging sebanyak 200,000 tan setahun berbanding 100,000 tan sekarang bagi menampung keperluan bekalan daging tempatan.

Jumlah keluaran tersebut sekiranya dicapai akan menjimatkan kos import daging yang mencecah RM650 juta setahun.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan menetapkan sasaran pengeluaran 40 peratus dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang berbanding 25 peratus sekarang.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan mahu pihak swasta turut terlibat secara aktif dalam industri ternakan lembu, kambing dan biri-biri bagi meningkatkan hasil pengeluaran daging.

‘‘Kita masih belum berjaya menyediakan bekalan daging yang mencukupi.

‘‘Kerajaan berpendapat dalam usaha kita untuk meningkatkan hasil pengeluaran daging negara, pembabitan lebih meluas sektor swasta amat diperlukan,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Haiwan sempena Pameran Ternakan 2007, di sini hari ini.

Karnival anjuran Jabatan Perkhidmatan Haiwan itu berlangsung sehingga Ahad ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) berhampiran Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dekat sini.

Menurut Muhyiddin, bagi menggalakkan pembabitan pihak swasta, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif kepada para penternak komersial.

Beliau menjelaskan, kerajaan menyediakan tanah lengkap dengan kemudahan asas untuk dipajak dengan kadar sewa berpatutan mengikut jenis ternakan.

Selain itu, tambah beliau, kemudahan pinjaman turut disediakan oleh bank perdagangan.

Kerajaan juga, jelasnya, menyediakan rangkaian pemasaran yang luas di dalam dan luar negara bagi membolehkan hasil pengeluaran mereka dipasarkan.

Terdahulu, Muhyiddin menyampaikan Insentif Tenusu 2005/ 2006 bernilai RM94,849.23 kepada 10 penternak yang berjaya menghasilkan produk tenusu dalam kuantiti yang besar serta berkualiti.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin.

Tiada ulasan: