Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Sabtu, Jun 30, 2007

Gambar Kandid sepanjang Karnival Ternakan 2007 di MARDi, Serdang


Suasana dari tempat letak kereta di Karnival ternakan 2007 MARDI, Serdang.

Kambing-kambing kacukan boer

Taman Beruk.. Beruk pun nak join sekali dalam karnival nih. :)

Beruk import dari Kelate nih. Tak tahu, kot lah boleh kecek kelate nih. :)


"Selamat Datang.."



Di kawasan muzim Pastura, Muzium rumputlah tu :)


Suasana di tapak ekspo karnival




Berita Karnival ternakan di MARDI, Serdang

Tingkatkan pengeluaran daging negara

SERDANG 15 Jun – Negara perlu meningkatkan hasil pengeluaran daging sebanyak 200,000 tan setahun berbanding 100,000 tan sekarang bagi menampung keperluan bekalan daging tempatan.

Jumlah keluaran tersebut sekiranya dicapai akan menjimatkan kos import daging yang mencecah RM650 juta setahun.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan menetapkan sasaran pengeluaran 40 peratus dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang berbanding 25 peratus sekarang.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan mahu pihak swasta turut terlibat secara aktif dalam industri ternakan lembu, kambing dan biri-biri bagi meningkatkan hasil pengeluaran daging.

‘‘Kita masih belum berjaya menyediakan bekalan daging yang mencukupi.

‘‘Kerajaan berpendapat dalam usaha kita untuk meningkatkan hasil pengeluaran daging negara, pembabitan lebih meluas sektor swasta amat diperlukan,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Haiwan sempena Pameran Ternakan 2007, di sini hari ini.

Karnival anjuran Jabatan Perkhidmatan Haiwan itu berlangsung sehingga Ahad ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) berhampiran Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dekat sini.

Menurut Muhyiddin, bagi menggalakkan pembabitan pihak swasta, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif kepada para penternak komersial.

Beliau menjelaskan, kerajaan menyediakan tanah lengkap dengan kemudahan asas untuk dipajak dengan kadar sewa berpatutan mengikut jenis ternakan.

Selain itu, tambah beliau, kemudahan pinjaman turut disediakan oleh bank perdagangan.

Kerajaan juga, jelasnya, menyediakan rangkaian pemasaran yang luas di dalam dan luar negara bagi membolehkan hasil pengeluaran mereka dipasarkan.

Terdahulu, Muhyiddin menyampaikan Insentif Tenusu 2005/ 2006 bernilai RM94,849.23 kepada 10 penternak yang berjaya menghasilkan produk tenusu dalam kuantiti yang besar serta berkualiti.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin.

Ahad, Jun 10, 2007

Video Nota Potensi Penternakan Kambing Di Malaysia



Video Nota Penternakan Kambing: Prospek Penternaklan Kambing Di Malaysia. Tajuk ini merupakan tajuk pengenalan bagi mereka yang ingin menternakan penternakan kambing. Tunggu Kemunculan penuh Nota Ternakan Kambing Komersil bersama-sama Rancangan Perniagaan. Tunggu sahaja kemunculan Video Nota Ternakan Kambing ini- Izwan

Sabtu, Jun 09, 2007

Berita Harian: Ternak lembu, kambing guna kandang bertingkat

Graduan kolej ceburi bidang ternakan secara komersial guna kaedah moden hasilkan daging berkualitiTUARAN: Ketika pemuda lain seusianya sibuk mencari kehidupan di bandar, seorang anak muda berkelulusan bidang telekomunikasi dari sebuah kolej sanggup bersahabat dengan kambing dan lembu yang diternaknya secara komersial di daerah ini sejak Mei 2004.

Tiga tahun berlalu, Ridzuan Lassim, 33, kini mampu menarik nafas lega kerana segala usaha dan pengorbanannya selama ini berbaloi dengan hasil yang dinikmatinya sekarang.Kejayaan itu bukan saja membanggakan diri dan keluarganya, malah turut dikongsi bersama masyarakat yang berminat mengetahui rahsia di sebalik pencapaian anak muda berwawasan jauh itu.Ridzuan yang belum berumah tangga menjalankan penternakan kambing dan lembu secara besar-besaran itu di Jalan Pantai Dalit, Tuaran, dan aset perniagaannya kini mencecah RM250,000.Beliau adalah pengusaha ternakan moden pertama di Sabah menggunakan kaedah kandang kambing bertingkat hingga menarik minat dan perhatian ramai penternak lain, selain agensi kerajaan berkaitan."Kaedah menggunakan kandang bertingkat yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran penternak lain, berupaya menempatkan lebih 1,500 kambing baka tempatan dan luar negara untuk menghasilkan daging kambing berkualiti."Saya bangga dengan kejayaan kaedah itu dalam bidang penternakan kambing di ladang ini dan saya harap usaha ini akan menjadi ikutan penternak Bumiputera lain yang ingin berjaya dalam bidang sama," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.Ridzuan mewarisi kebolehan berniaga daripada bapanya, Lassim Abdul Rahman, 68, seorang usahawan Bumiputera berjaya di negeri ini.Terbaru, kaedah ternakan kambing menggunakan kandang bertingkat itu menarik perhatian Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr Zulkifli Idris, yang meluangkan masa melawat kemudahan itu.Kandang kambing berkenaan mengandungi satu blok kandang bertingkat dan empat blok kandang biasa, menempatkan baka kambing import 'feral' dan 'boer' dari Australia; 'japnapari' dari Sarawak serta baka kambing tempatan iaitu 'katjang'.Projek ternakan kambing itu dimulakan dengan 250 baka kambing pemberian Jabatan Haiwan dan Perusahaan Ternak menerusi program tranfomasi pada Mei 2004.Beliau berkata, kadar kelahiran kambing di kandang itu ialah 120 peratus manakala kematian pula lapan peratus, menggunakan pembiayaan sendiri sehingga berjaya mendapat anugerah khas Q Industri Ternakan Sabah 2006.Perusahaan ternakan kambing itu diselenggara menggunakan sistem pengurusan 'fid lot' dengan perbelanjaan bulanan lebih RM20,000, membabitkan 12 pekerja termasuk di ladang ternakan lembu tenusunya.Ridzuan mengakui hasil menternak kambing tidak mampu menampung permintaan pasaran tempatan yang meningkat setiap bulan walaupun jumlah haiwan itu bertambah dari semasa ke semasa.Daging kambing bersih dijual RM20 sekilogram, manakala kambing hidup pula berharga RM1,000 sekor. Sebanyak 20 hingga 30 ekor kambing mampu dijual setiap bulan.Selain kambing, beliau turut menternak lembu tenusu. Bermula dengan 40 baka sumbangan Jabatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, bilangannya kini melebihi 400 ekor bagi menghasilkan lebih 600 liter susu sehari."Untuk memudahkan kerja memerah susu lembu, ladang ini dilengkapi peralatan canggih bernilai lebih RM100,000, sekali gus menjadikannya perusahaan termoden di Tuaran," katanya.Susu lembu segar dari ladang itu dibekalkan kepada Jabatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Tuaran untuk diproses dan dijual.Ridzuan berkata, kambing dan lembu di ladang itu diberi makan baja dan rumput gajah dua kali sehari bagi memastikan pembesarannya terjaga dan mengikut kehendak sebelum boleh dijual dan diperah susunya.Anak muda itu turut menyimpan hasrat membesarkan perusahaan ternakan kambing dan lembunya bagi memenuhi permintaan pasaran luar negara pada masa depan.Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran, Abdul Kassim Razali, berkata perusahaan yang dijalankan Ridzuan itu bukan saja membanggakan PPK, malah boleh menjadi pendorong kepada penternak lain di daerah ini.Beliau berharap penternak yang berminat mempelajari kaedah penternakan kambing dan lembu secara betul, mendekati pengusaha berjaya itu untuk mencari ilmu sebelum mencuba sendiri.

Rabu, Jun 06, 2007

KARNIVAL HAIWAN SEMPENA PAMERAN TERNAKAN 2007

KARNIVAL HAIWAN SEMPENA PAMERAN TERNAKAN 2007

15-17 JUN 2007

TAMAN EKSPO PERTANIAN MALAYSIA (MAEPS) MARDI SERDANG SELANGOR

AKTIVITI2:
-PAMERAN BAKA LEMBU
-PAMERAN BAKA KAMBING
-PAMERAN PRODUK HILIRAN
-PAMERAN TEKNOLOGI TERNAKAN

AKTIVITI BERKUDA & INTREAKSI & REAKRASI
-PETTING ZOO(ARNAB,IGUANA,GUINEA PIG,HAMSTER,ANAK RUSA,ANAK KAMBING, DAN PELABAGAI SPESIS UNGGAS.
-PAMERAN AMFIBIA
-PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA

PAMERAN KUCING
PAMERAN TAMAN PASTURA
RODEO & LELONGAN TERNAKAN
JUALAN PRODUK INDUSTRI ASAS TANI, CENDERAMATA & PERALATAN HAIWAN KESAYANGAN

KLINIK HAIWAN BERGERAK

SEKIAN TERIMA KASIH….

*Pameran dan jualan produk pertanian dan asas tani serta pusat jualan dan lelongan kambing dan lembu di Karnival Haiwan 2007 pada 15 - hingga 17 Jun di tapak MAHA ,Serdang hubunggi En Jalil daripada JPH untuk menyertai No tel : 019 262 7016 atau Tuan Hj Ridzuan Idrus Setiausaha GPMM no tel: 019- 240 7454.