Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Selasa, April 17, 2007

Konsep Kandang Santai dan Pangkin : Ladang Ternakan Kambing Mai Farm


Menjimatkan dan Pratikal bagi mereka yang ingin membuat konsep kandang santai atau pangkin.



Tahukah anda, apabila saya mengikuti kursus Pratikal Amal di Ladang Mai Farm, dalam fikiran saya terus terbayang kandang kambing yang tinggi. Namun saya terkejut dengan teknologi kandang kambing jenis santai atau pangkin yang digunakan oleh Pengurusan Mai Farm. ini merupakan idea yang realistik dan pratikal serta menjimatkan.


Mungkin ada dikalangan kita mula untuk membuat kandang kambing mula membuat kira-kira bajet bagi sebuah kandang kambing. Jika kalau diperhatikan konsep yang digunapakai oleh Maifarm amatlah pratikal dan menjimatkan kos. Hanya menggunakan kayu-kayu yang terpakai sahaja. Tidak perlu membuat kandang kambing yang mahal kosnya bahkan kita boleh menjimat kos penyediaan kandang kambing. Ingat! kita ingin menternak kambing bukannya memcantikkan kandang kambing.


Seperti yang diucapkan oleh Dr Mustafa, Timbalan Pengarah JPH, " Berniaga Makan UNTUNG, Bukan Berniaga Makan MODAL". - 11 April 2007, Ladang Ternakan Kambing Mai Farm.

1 ulasan:

doBot berkata...

Menarik membaca kisah saudara ini. Boleh tak kita tukar ID yahoo messenger??? Untuk pengetahuan saudara, saya pernah berkerja di Mai Farm. Rujuk sini, http://www.dobot.com.my/v3/?p=65

Anyway, salam perkenalan.