Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Memaparkan catatan dengan label Projek NCER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Projek NCER. Papar semua catatan

Ahad, Mac 08, 2009

Pelan kandang Fidlot Lembu NCER di Sg Laka, Kedah

Contoh pelan kandang Fidlot Nasional Di NCER Sg. Laka Kedah




Status Pembangunan Kota Putra Durian Burung Daerah Padang Terap, Kedah 2009

Pada tahun 2004, saya berkesempatan merakamkan video suasana pintu masuk negara melalui Negeri Kedah iaitu Kota Putra, Durian Burung yang terletak di Daerah Padang Terap. Selepas sahaja Pilihanraya Umum yang ke 11, saya melihat banyak perubahan yang berlaku selaras dengan pembangunan yang diwar-warkan oleh pemimpin negeri ketika itu. Video rakaman ini bolehlah dilihat di laman youtube.



Kini saya kembali melihat semula kawasan pembangunan CIQ yang dibangunkan sejak tahun 2004 kini berubah wajah. Pintu masuk kedua negara selepas Bukit Kayu hitam, Kota Putra akan menjana ekonomi negeri bahkan penduduk tempatan akan merasai bersama kemajuan bersama. Tidak kiralah siapa sahaja kepimpinan negeri yang mentadbir, bagi saya pemimpin yang adil dan berjiwa rakyat akan melunaskan tanggungjawab amanah yang diberi oleh rakyat. mandat yang diberikan adalah amat besar tanggungjawab untuk dilaksanakan. Negeri Kedah merupakan negeri pertanian yang memerlukan impak berskala besar bagi menjayakan negeri pertanian bertaraf moden selain disuntik dengan nilai-nilai islam didalam apa jua bidang bidang.


Jalan di sekitar Kota Putra, Durian Burung, Padang Terap


Bangunan Kastam, Imegresen dan Kuarantin CIQ di pintu masuk Kota Putra, Duriang Burung




Pintu masuk utama Kota Putra ke Thailand





Nota kaki: Saya menjadi pemerhati bebas bagi mewacanakan impak yang akan dinikmati oleh rakyat. Semoga rakyat mendapatkan impak ekonomi hasil daripada pintu masuk kedua ini. Insyallah

Ahad, November 02, 2008

Padang Terap bakal berubah wajah

KUALA NERANG 27 Ogos - Daerah Padang Terap yang mempunyai kira-kira 60,000 penduduk kini berwajah baru apabila pelbagai program pembangunan dirangka bagi memajukan kawasan tersebut.

Daerah yang terletak di Kedah Timur itu dijangka menikmati limpahan pembangunan dengan terlaksananya projek-projek seperti Lebuh Raya Trans Eastern Kedah Interland (Tekih); Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kota Putra, Fish Protech, pertanian dan pendidikan di sekitar daerah berkenaan.

Projek-projek yang sesetengahnya dalam pembinaannya itu secara langsung akan membantu menaik taraf kehidupan penduduk di situ.

Pembinaan Lebuh Raya Tekih yang menghubungkan Durian Burung-Pedu-Kupang di Baling sepanjang kira-kira 115 kilometer dijangka dapat membangunkan kawasan Kedah Timur yang sering kali dikaitkan dengan kemunduran.

Ia juga bakal merancakkan pembangunan di Pedu, Baling dan Sik selain turut memberi kemudahan kepada orang ramai berulang alik ke Kulim atau Butterworth.

Pelaksanaan projek pembinaan lebuh itu adalah sejajar dengan perancangan untuk membuka CIQ Kota Putra di Durian Burung dekat sini.

CIQ berkenaan akan menjadi pintu sempadan kedua di Kedah selepas Bukit Kayu Hitam di Kubang Pasu yang sekali gus memberi peluang kepada pembangunan di daerah berkenaan.

"Dengan pembukaan pintu masuk kedua Malaysia-Thailand di Kota Putra pada tahun hadapan, siapnya Tekih dan naif taraf jalan raya Alor Star-Durian Burung, lingkaran perhubungan dalam daerah ini akan menjadi pemangkin pembangunan pelbagai sektor serancak dengan pembangunan di pantai barat Kedah.

"Demikian juga apabila siapnya kerja-kerja menaik taraf lapan jambatan dari Naka ke Nami yang sedang dalam pembinaan," kata Pegawai Daerah Padang Terap, Mat Noh Ahmad ketika berucap pada Majlis Perasmian Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap di sini, baru-baru ini.

Perasmian kompleks tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Kompleks pentadbiran baru di Bukit Gedong itu dibina sejak 1 Mac 2006 dan siap pada 15 November tahun lalu dengan menelan belanja sebanyak RM3.6 juta sebelum beroperasi sepenuhnya mulai 13 Ogos lalu.

Menurut Mat Noh, pembinaan Institut Kemahiran Belia Negara dan projek Fish Protech di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Naka yang telah pun bermula akan menggerakkan transformasi pertumbuhan penempatan baru yang lebih pesat.

"Kesan dari dua projek berkenaan pada masa ini sudah dirasai apabila kita terpaksa membuat unjuran semula Pelan Rancangan Tempatan Pekan Naka," ujar beliau.

Dalam bidang pendidikan pula, katanya, selain mercu tanda Kolej Mara Kuala Nerang dan 23 buah sekolah sedia ada, daerah berkenaan juga mempunyai dua pusat latihan yang semakin berkembang maju iaitu Dusun Minda Resort dan Teras Naka.

Malah, beliau percaya apabila Kolej Komuniti dibangunkan di pekan Kuala Nerang nanti bakal membuka ruang pendidikan teknikal dan menarik penyertaan lebih ramai anak tempatan.

Sementara itu, kata Mat Noh, dua projek berimpak besar yang dalam peringkat akhir untuk dilaksanakan iaitu Projek Pengairan Bukit Sena di Pedu dan Projek Pembangunan Mampan Bukit Kura akan merancakkan lagi pembangunan aktiviti ekonomi di kawsan terbabit.

"Dua projek ini akan membuka dimensi baru pembangunan ekonomi khususnya peningkatan kadar penanaman padi dan penternakan lembu fidlot.

"Penduduk Padang Terap juga amat berharap agar projek ternakan ikan dalam sangkar di Tasik Pedu yang mana memorandum persefahaman (MoU) untuk maksud tersebut dimeterai pada tahun lalu akan dapat dilaksanakan segera," katanya.

Sabtu, Oktober 18, 2008

PROGRAM FIDLOT NASIONAL : 3600 EKOR LEMBU SUNGAI LAKA, KEDAH

STATUS PROJEK PENGHASILAN 3600 EKOR LEMBU SETAHUN DI SUNGAI LAKA, KUBANG PASU, KEDAH ( 300 Ekor X 4 Kandang X 3 kali pusingan).


MUKADIMAH

"Untuk mencapai sepenuhnya potensi sektor pertanian di dalam Koridor Utara, beberapa projek sedang dilaksanakan, termasuk projek ternakan lembu daging menggunakan sistem fidlot di Tobiar, Laka, Temin dan Chuping Kedah serta program membangunkan 3,000 hektar kawasan sawah. Di Koridor Sabah, projek kelompok industri berasaskan kelapa sawit di Lahad Datu dan pusat bersepadu ternakan Keningau sedang dilaksanakan. "- Begitulah petikan dari ucapan oleh Y.A.B Datuk Seri Abdullah Badawi berkaitan dengan bajet 2009.


Tanda Sempadan Projek Satelit Fidlot Nasional Sungai Laka, Kedah berhampiran dengan sempadan Thailand( Lihat Menara Kawalan PGA dan pagar sempadan Thailand disebelah kanan)- Gambar Oleh En Mohd Khalit Mohamad


LADANG SATELIT FIDLOT NEGARA SUNGAI LAKA, KUBANG PASU KEDAH

Ladang Satelit Fidlot Negara Sungai Laka, Kubang Pasu merupakan salah satu projek yang sedang di dalam pelaksanaan dibawah Projek Koridor Utara di dalam penghasilan makanan negara. Projek ini terletak di mukim Sungai Laka, dengan keluasan 185 Hektar yang dipajak kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan sebanyak 245 Hektar dalam tempoh 30 tahun

Peserta Projek Fidlot Zon Utara adalah sebanyak 14 peserta dimana pecahan terdiri daripada 10 peserta, 2 peserta di Padang Ragut Sik dan 2 peserta di padang ragut Tobiar, Pendang. Dimana bagi projek fidlot boleh menghasilkan 300 ekor lembu bagi setiap kandang, dimana terdapat 4 kandang fidlot dengan 3 pusingan setahun. Buat masa ini, terdapat 300 ekor lembu yang sedia ada di tapak projek

Terdapat 300 ekor lembu yang sedia ada di tapak projek
.

Projek ternakan lembu daging yang dalam perlaksanaan kini yang sedang dilaksanakan di Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah. Lokasi projek yang dihubungkan dari jalan besar Bukit Kayu Hitam 4.6 KM, berhampiran dengan kawasan industri Bukit Kayu Hitam 5.5 ke selatan dan bersebelahan dengan sempadan Thailand.

GAMBARAN LOKASI SUNGAI LAKA SEBELUM DIBANGUNKAN






Proses pembersihan kawasan ladang projek bermula

KERJA-KERJA PELAKSANAAN YANG TELAH DIJALANKAN

SEBELUM: Jalan ke tempat projek yang lecak

SELEPAS: Jalan ke Projek Satelit Fidlot Negara Sg. Laka Yang diletakkan batu kasaran

PEMBINAAN TUBE WELL


Pembinaan Tube Well bagi sumber minuman ternakan

PROSES PEMBINAAN PEMBENTUNG DI PINTU UTAMA PROJEK


PEMBINAAN SALIRAN PEMBENTUNGAN





PEMBINAAN 4 KOLAM





Pembinaan kolam


kolam yang sedia ada


PEMBINAAN PERIMAAN PENTERNAKAN
(Holding Yard & Loading Ramp)







Nota kami: Projek ini masih lagi dalam pembinaan dijangka siap pada pertengah 2009 bagi menjayakan Projek Fidlot Nasional khususnya di Zon Koridor Utara (NCER). Berjumpa lagi didalam perkembangan yang terkini di Projek Zon Koridor Utara secara rasminya di dalam blog Jutawanternak.blogspot.com
- Mohd Izwan jutawan ternak.