Kerajaan akan memberi tumpuan dan membangunkan sektor ternakan kambing berskala besar di Pantai Timur khususnya di Terengganu kerana ia memberi pulangan yang baik kepada penternak dalam tempoh yang singkat.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata sektor itu dilihat sangat berpotensi untuk diusahakan di kawasan berkenaan dan sekaligus dapat meningkatkan pendapatan penduduk."Melalui kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Terengganu yang terletak di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dikenalpasti untuk dibangunkan dengan ternakan kambing," katanya ketika melawat ladang kambing Cosmopal Sdn Bhd di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating dekat sini, Khamis.Cosmopal Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada 2000 dan merupakan anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd adalah pengimport, pengedar dan penternak kambing baka terbesar di Pantai Timur.Syarikat berkenaan yang mempunyai tujuh kandang, kini mempunyai 1,400 ekor kambing dan jumlah itu akan ditambah kepada 4,000 ekor lagi dalam tempoh terdekat.Mustapa berkata kerajaan juga menggalakkan penternak kecil di kampung-kampung mengusahakan ternakan kambing kerana ia dapat membantu meningkatkan ekonomi mereka."Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan beri segala khidmat yang diperlukan termasuk perkhidmatan teknikal serta menyediakan baka kambing kepada mereka yang layak," katanya.
Pada majlis ramah mesra dengan masyarakat nelayan sempena bulan sektor perikanan di sini pula, beliau berkata kerajaan akan menimbang untuk menyediakan peruntukan bagi membaiki infrastruktur perikanan di seluruh negara termasuk Terengganu dalam Rancangan Malaysia Ke-10."Ini kerana, semasa berjumpa nelayan hari ini, mereka melahirkan pelbagai masalah seperti kekurangan jeti untuk pendaratan, air cetek, tiada benteng pemecah ombak dan sebagainya," kata beliau.Pada majlis itu, Mustapa menyampaikan 223 lesen sampan kepada nelayan iaitu daripada jumlah 864 lesen yang diluluskan. Melalui skim itu, nelayan yang tidak mempunyai lesen, tidak layak mendapat subsidi serta elaun sara hidup berjumlah RM200 sebulan.--
PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.
PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011
Khamis, Februari 26, 2009
Formula Seragam Penting Untuk Pengeluaran Makanan Haiwan
(Bernama) -- Formula yang seragam untuk pengeluaran makanan haiwan amat penting bagi memastikan kualiti dalama memenuhi permintaan dan penawaran di pasaran, sekali gus menyediakan penetapan harga yang berdaya saing untuk anggota Lapan Negara Membangun (D8).Satu pasukan bertindak mengenai Makanan Haiwan diketuai oleh timbalan pengarah besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Datuk Dzulkifli Abdul Wahad akan membincangkan formula yang boleh dikongsi di kalangan negara-negara D8 bagi memenuhi standard dalam pengeluaran makanan haiwan.Antara isu yang akan dibincangkan ialah kemungkinan usaha sama di kalangan sektor swasta negara-negara D8 dalam pengeluaran makanan haiwan dan Perjanjian Perdagangan Keutamaan.Sambil menegaskan kepentingan standard dalam pengeluaran makanan haiwan, Dzulkifli berkata ia adalah untuk memastikan yang haiwan ternakan mendapat keseimbangan khasiat dan diet untuk berkembang."Contohnya lembu, ia memerlukan standard tertentu makanan haiwan. Jadi formula akan dikongsi di kalangan negara-negara ini," kata beliau kepada Bernama di luar Mesyuarat Menteri-menteri Lapan Negara Membangun mengenai Keselamatan Makanan yang berlangsung selama tiga hari.Selain daripada tuan rumah Malaysia, tujuh negara lain yang menghadiri mesyuarat itu ialah Iran, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Turki, Mesir dan Nigeria, sementara Arab Saudi, Brunei dan Qatar bertindak sebagai pemerhati.Mesyuarat akan menjurus kepada pelaksanaan tiga inisiatif bagi kerjasama strategik di kalangan negara-negara anggota. Ianya adalah pengeluaran baja yang berkualiti, makanan haiwan dan pembentukan tabung benih.Dzulkifli berkata makanan haiwan dihasilkan dengan menggunakan jagung, dedak isirong kelapa sawit (PKE) dan pelepah kelapa sawit (OPF) dalam bentuk pelet.Felda, terlibat dalam pengeluaran makanan haiwan, menghasilkan 2,000 tonne makanan haiwan berasaskan PKE setiap bulan.Ia turut memperkenalkan makanan haiwan berasaskan OPF awal tahun ini.Dzulkifli berkata produk itu ialah untuk menampung permintaan pasaran tempatan dan bagi kegunaan dalaman.Aktiviti utama anak syarikatnya, Felda Farm Products Sdn Bhd ialah penternakan lembu dalam ladang kelapa sawit dan pengeluaran makanan haiwan berasaskan PKE dan OPF.
Penternak gigih warga emas
ABD. GHAFAR menunjukkan lembu-lembu ternakannya yang sedia untuk dijual.
KEGIGIHAN sepasang suami dan isteri warga emas menternak kambing dan lembu wajar menjadi contoh kepada semua orang.
Bayangkan dalam usia emas, Abd. Ghafar Endol, 70, dan isterinya, Khariah Abd. Majid, 60, masih gigih bekerja.
Mungkin bagi kebanyakan orang, dalam usia sebegini, mereka patut berehat di rumah bersama anak menantu dan cucu tanpa perlu bekerja.
Namun, disebabkan sudah biasa membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk meraih rezeki, faktor umur tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk menjalankan ternakan kambing dan lembu secara fidlot.
"Bukan tak mahu rehat tetapi dah biasa kerja. Lagi pun, kerja ini tidaklah susah sangat berbanding bisnes katering yang kami lakukan sebelum ini," kata Abd. Ghafar ketika ditemui Kosmo! di kawasan ternakannya di Kampung Bukit Genting, Jerantut, Pahang.
Menurutnya, kerja-kerja mereka banyak dibantu oleh menantunya, Aslansharudin Mohd Daud, 30, dan seorang anak saudaranya.
"Kerja-kerja pengurusan di pejabat pula banyak dibantu oleh seorang anak perempuan pak cik. Sungguhpun begitu, setiap hari, kami turun ke kandang untuk melihat apa yang patut,'' tambahnya sambil memberi makan sekumpulan kambing daripada baka Boer yang diternaknya.
Bukan calang-calang baka ternakan yang dipelihara oleh Abd. Ghafar kerana kesemuanya baka terbaik dari Australia. Selain kambing Boer, dia juga menternak kambing daripada baka Jamnapari, Farell serta bebiri manakala baka lembu yang dipeliharanya ialah Brahman dan Charolais.
Kambing Boer yang diimportnya untuk tujuan baka mempunyai surat beranak yang dikeluarkan oleh Boer Goat Breeder's Association.
Menurutnya, dia memilih untuk menjayakan sektor penternakan kerana 'tidak larat' lagi untuk menjalankan bisnes katering yang telah diceburinya selama 20 tahun.
PASANGAN warga emas yang mengusahakan ternakan secara fidlot berharap dapat meluaskan kawasan ternakan yang sedia ada.
"Bila dah semakin tua, pak cik rasa penat nak buat katering. Tetapi dengan rezeki itulah, dah tiga kali pak cik ke Mekah," katanya yang merupakan bekas peneroka Felda.
Mendapat idea untuk menternak kambing dan lembu daripada seorang rakan, Abd. Ghafar kemudiannya bekerjasama dengan rakan perniagaan dari Perak, Kelantan dan Terengganu.
Katanya, kerjasama itu penting untuk membawa masuk haiwan ternakan dari Australia.
"Dengan adanya rakan perniagaan, kami boleh membeli sejumlah haiwan ternakan dalam kuantiti yang banyak. Ini lebih menjimatkan kerana apabila sampai di Pelabuhan Klang, kami akan agih-agihkan lembu yang baru tiba mengikut bilangan tempahan masing-masing.
"Kalau nak tempah sendiri, kosnya lebih mahal,'' ujarnya sambil memberitahu beliau memulakan projek itu kira-kira dua hari sebelum bulan puasa tahun lalu.
"Pak cik mula bela sebanyak 215 ekor ternakan yang sudah cukup umur. Selepas menempuh perjalanan selama tiga bulan 10 hari dari Australia, pak cik pelihara untuk tempoh dua bulan. Dalam tempoh itu, apa yang pak cik lakukan ialah menggemukkan lembu-lembu tersebut. Apabila cukup gemuk, pak cik jual untuk akikah dan korban.
KESEMUA kambing yang dipelihara dibawa masuk dari Australia.
"Biasanya, hari pertama sampai ke sini, berat seekor lembu ialah kira-kira 270 kilogram dan selepas dua bulan, beratnya boleh mencecah 293 kilogram,'' ujarnya sambil menyatakan kos makan sehari untuk seekor lembu ialah RM2.65 sen.
Menurutnya, makanan yang diberi untuk menggemukkan lembu ialah dedak, batang pisang, rumput Napier, daun sawit dan kacang soya.
"Mengenai kambing pula, kami membawa masuk haiwan itu dari Australia dengan pesawat kargo dan mengambilnya di LCCT Kargo, Sepang,'' katanya.
Selain itu, katanya, tempahan akan dibuat setiap dua kali dalam setahun iaitu 30 ekor bagi setiap tempahan. Kesemuanya untuk tujuan akikah, korban dan baka.
"Tahun lalu, kami dapat jual kira-kira 200 ekor ternakan. Paling banyak laku ketika musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha,'' katanya.
Bapa kepada tujuh orang anak itu berharap dapat menambah keluasan tanah bagi tujuan mengembangkan lagi ternakan yang ada.
"Tanah ini tak luas, cuma satu ekar sahaja. Pak cik tengah mohon tanah rezab di belakang kandang kambing untuk meluaskan lagi kawasan ternakan,'' ujarnya.
Sementara itu, Khariah berkata, kambing yang diternak diberi makan palet manakala kos ubat-ubatan pula mencecah RM1,000 sebulan.
"Peruntukan untuk ubat-ubatan agak besar kerana kambing terdedah kepada banyak risiko penyakit seperti kurap, kembung perut, puru, selesema, bisul, batu karang dan sakit mata.
Selain menjual ternakan dan baka, pasangan suami dan isteri itu juga menjual baja tahi kambing pada harga RM10 sekilogram.
Mengenai hasil jualan pula, dalam tempoh lapan bulan pertama, syarikat D NA Maju Ternak yang dimiliki mengaut pendapatan kasar sebanyak RM118,000 daripada jualan ternakan, jualan baja dan jualan makanan ternakan (palet).
"Baja dan palet banyak dibeli oleh penduduk kampung. Ia sekadar menambah jualan sedia ada,'' katanya yang bercadang untuk menternak kerbau dan ikan dalam kolam dalam masa terdekat ini.
Selasa, Februari 17, 2009
BAKA-BAKA LEMBU PEDAGING DI MALAYSIA
Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:
a) Kedah-kelantan (KK)
b) Brahman
c) Hereford / Hereford x KK
d) Droughtmaster
e) Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)
f) Local Indian Dairy (L.l.D.)
g) Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)
Ciri-ciri pemilihan baka yang baik
Penjantan:
- Kedah Kelantan (K-K)
- Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
- Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)
- Local Indian Dairy (LID)
- Droughtmaster
- Brahman.
a) Kedah-kelantan (KK)
- Warna coklat kekuningan atau hitam
- Baka lembu pedaging tempatan
- Sangat sesuai dengan iklim dan persekitaran negara ini
KK penjantan (http://zulkifliishak.fotopages.com/?entry=1507905) |
KK pembiak (http://zulkifliishak.fotopages.com/?entry=1507905) |
- Berasal dari India
- Berwarna putih, kelabu, merah
- Mudah dikenali kerana ada bonggol di tengkuk dan telinga panjang
- Mudah beradaptasi dengan persekitaran
- Berat dewasa mencapai 181 kg semasa umur setahun
http://www.ansi.okstate.edu/breeds/cattle/brahman/ |
- Hereford tulen atau kacukan dengan baka tempatan seperti KK
- Kebanyakannya mempunyai tanduk pendek dan tebal serta agak berpintal
- Kadar kelahiran sehingga 73%
- Jinak, cepat membesar dan daging berkualiti tinggi
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Hereford_bull_large.jpg |
d) Droughtmaster
- Hasil kacukan Brahman dengan Shorthorn.
- Berasal dari Utara Australia.
- Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna coklat atau merah gelap.
- Matang bila mencapai umur purata 630 hari.
- Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari.
- Berat mencapai lebih kurang 330 kg apabila mencapai umur 2 tahun.
Droughtmaster |
- Dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging.
- Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford.
- Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.
Australian Commercial Crosses |
- Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole dari India.
- Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK.
- Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging.
- Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana.
- Tahan kutu dan jangkitan penyakit.
- Berat matang ialah 280 kg.
- Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg beratnya.
L.I.D |
- Berwarna hitam kemerahan.
- Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal.
- Dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia.
- Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg.
- Purata berat anak semasa lahir 24 kg dan berat matang ialah 360 kg.
- Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg sehari.
mafriwal |
Penjantan:
- Lembu jantan berumur 1 tahun setengah
- Sifat fizikal lembu yang baik - tidak cacat
- Keturunan genetik yang bagus
- Libido yang tinggi
- Organ pembiakan yang baik dan normal
- Induk betina sudah berumur 1 tahun
- Sifat fizikal lembu yang baik - tidak cacat
- Keturunan genetik yang subur
- Cepat membiak
- Organ pembiakan yang sempurna
Sabtu, Februari 07, 2009
Malaysia, Indonesia wujudkan kerjasama dalam bidang pertanian
JAKARTA 22 Jan. - Malaysia dan Indonesia bersetuju menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pertanian bagi memastikan hubungan yang lebih rapat dan teratur dalam bidang tersebut.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, perkara itu secara prinsipnya telah dipersetujui selepas dirancang sejak 2006.
Kerjasama itu, kata beliau, meliputi bidang perikanan, akuakultur dan penanaman padi.
''Antaranya kita mahu belajar bagaimana Indonesia dapat meningkatkan pengeluaran beras sehingga mampu menampung keperluan domestik dalam masa yang singkat," katanya kepada pemberita Malaysia di sini hari ini.
Menurut beliau, penggunaan benih padi jenis hibrid oleh negara jiran itu didapati berjaya meningkatkan pengeluaran secara mendadak.
''Penggunaan benih padi hibrid itu yang lebih sesuai dengan cuaca tropika berbanding benih hibrid dari China yang digunakan di Malaysia sekarang," katanya.
Dalam bidang perikanan pula katanya, Malaysia dan Indonesia akan meningkatkan kerjasama bidang perikanan termasuk dalam usaha memperkaya khazanah laut yang kini diancam kepupusan.
Mustapa berkata, berikutan itu juga, satu MoU akan ditandatangani oleh kedua-dua negara selewat-lewatnya bulan Mei ini sebelum Persidangan Samudera Sedunia di Manado, Indonesia.
Setakat ini Malaysia, katanya, hanya mempunyai MoU di dalam bidang pertanian dengan negara Australia dan New Zealand.
Kerjasama dengan Indonesia itu, katanya, memang telah terjalin dalam penanaman kelapa sawit dan ia mahu diperluaskan lagi kepada bidang pertanian dan perikanan keseluruhannya.
Mustapa berkata, Malaysia juga berminat mempelajari pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh Indonesia dalam industri perikanan dan akuakultur, yang mencatatkan jumlah eksport hasil laut AS$1.5 bilion setahun.
"Lawatan saya ke Lampung di bahagian selatan Sumatera esok juga termasuk untuk meninjau projek-projek akuakultur iaitu penternakan udang terbesar di dunia," katanya.
Mustapa dalam lawatan kerja tujuh hari ke Indonesia bagi meninjau potensi yang boleh diterokai oleh pelabur dari Malaysia serta mempelajari kepakaran di dalam beberapa bidang pertanian yang relevan dengan keperluan negara.
Turut serta dalam delegasi 12 pegawai kementerian itu ialah Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Junaidi Che Ayub; Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Abd Aziz Jamaluddin dan Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Mustafa Ahmad.
Mustapa dan delegasi akan melawat ke Lampung, Malang di Jawa Tengah dan Surabaya di Jawa Timur bagi melihat projek-projek industri pertanian di Indonesia

Malaysia kaji modul pertanian Indonesia
LAMPUNG (Sumatera Selatan) 26 Jan. - Malaysia akan mengkaji modul yang digunakan oleh Indonesia dalam mengembangkan industri pertaniannya sehingga mampu memenuhi keperluan domestik dalam masa singkat.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, mengikut modul itu, Indonesia dalam masa yang singkat telah meningkatkan pengeluaran padi dan jagung sehingga tidak perlu lagi mengimport keperluan itu.
"Antara yang boleh dikaji dan disesuaikan dengan keperluan di Malaysia ialah insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada para petani di Indonesia.
"Antaranya kadar faedah pinjaman yang rendah iaitu satu pertiga daripada kadar faedah semasa komersial atau sekitar empat hingga lima peratus," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat ladang penternakan lembu dan kilang pengeluaran makanan ternakan di sini baru-baru ini.
Menurut Mustapa, kadar faedah pinjaman yang rendah itu diberi kepada penternak sebagai insentif untuk mereka menghasilkan baka sendiri.
Selain itu, ujar beliau, penternak terbabit juga diberi pengecualian bayaran balik pinjaman selama dua tahun.
Hasil daripada modul itu, katanya, penternak di Lampung saja telah menternak 700,000 ekor lembu.
Lembu-lembu itu, kata Mustapa, diimport dari negara luar dan digemukkan di sini sebelum dijual untuk pasaran tempatan.
Sehubungan itu, kerajaan Indonesia, tambah beliau, menyasarkan pada tahun 2013 dapat menghasilkan baka lembu tempatan sepenuhnya.
Peningkatan jumlah lembu yang diternak juga, katanya, membuka peluang kepada pertumbuhan industri hiliran iaitu dalam menyediakan makanan haiwan tersebut.
Berikutan itu, katanya, 400,000 hektar jagung ditanam di Lampung yang merupakan bahan utama untuk makanan ternakan selain 30 peratus kacang soya yang masih diimport.
Katanya, penanaman jagung untuk makanan ternakan memberi pendapatan yang lumayan kepada para petani iaitu RM1,000 bagi satu hektar dan kini terdapat 200,000 penanam jagung di Lampung.
"Seperkara yang boleh dipelajari di Indonesia ialah bagaimana mereka mengurangkan kos pengeluaran," katanya.

Boer baka emas industri ternakan
RAMAI telah mengetahui mengenai kambing dikenali sebagai Boer. Boer, kambing yang dianggap eksklusif kerana harganya yang mahal, kini semakin mendapat perhatian para penternak yang berlumba-lumba untuk menternaknya.
Walaupun demikian, perkembangan industri ternakan kambing tempatan khususnya untuk spesies Boer tidak ke tahap mana kerana berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti masalah kekurangan baka.
Walaupun demikian, perkembangan industri ternakan kambing tempatan khususnya untuk spesies Boer tidak ke tahap mana kerana berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti masalah kekurangan baka.
Sejarah kambing Boer sebenarnya bermula lebih 10 tahun lalu apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membawa masuk kambing pedigree dari Afrika Selatan.
Selepas itu, MARDI sekali lagi mengimport kambing Boer fullblood dan kali ini dari Australia pula.
Kambing fullblood adalah kambing Boer yang dilahirkan di Australia hasil embrio yang diimport dari Afrika Selatan atau pembiakan pejantan dan induk betina Boer yang warisannya dari Afrika Selatan.
Kemudian pada 2004, MARDI sekali lagi membawa masuk kambing Boer dan kali ini spesies itu datangnya dari Republik Malawi.
Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Dr. Mohmad Mustafa berkata, gabungan kumpulan kambing Boer yang diimport dari tiga negara itu menjadi teras kepada penubuhan kumpulan nukleus Boer MARDI.
Kumpulan ini mempunyai kepelbagaian sumber genetik yang tinggi dan lebih berkualiti berbanding dengan agensi-agensi penyelidikan tempatan yang lain.
"Biarpun penternakan kambing Boer telah lama di negara ini, tetapi kita masih belum mempunyai ladang stud atau baka tulen dan hanya MARDI yang terlibat dalam ladang nukleus.
''Pemerhatian dan kajian yang dijalankan oleh MARDI menunjukkan kambing Boer mempunyai prestasi yang tinggi dari segi pertumbuhan dan pengeluaran daging," katanya.
Walaupun masih belum terdapat ladang stud di negara ini, hasil tunjuk ajar pegawai MARDI kini beberapa syarikat penternakan telah mempunyai ladang pengganda.
Ini termasuk Ladang Satelit Boden dan Subur Sejahtera di Negeri Sembilan, SF Farm Enterprise di Kedah, Sayfull Sdn. Bhd. di Johor dan Syamille Agro Sdn. Bhd. di Perak.
Tahun lalu, ladang MARDI di Kluang, Johor yang bertindak sebagai ladang nukleus Boer telah menerima 1,000 ekor kambing Boer tulen dari Afrika Selatan.
Bagaimanapun pihak swasta perlu mengambil bahagian dalam membentuk ladang stud memandangkan fungsi MARDI adalah menjalankan penyelidikan.
Dr. Mohmad berkata, penternak perlu belajar kelebihan dan keperluan dalam segi pemakanan bagi membolehkan kambing membesar sehingga 300 hingga 400 gram (g) sehari atau sehingga hingga 12 kilogram (kg) sebulan.
Berpotensi besar
Ternakan kambing Boer berpotensi besar sebagai kambing pedaging kerana lebih menguntungkan dengan menghasilkan daging merah yang enak dan berkhasiat serta kandungan kolestrol lebih rendah daripada ayam.
Daging kambing juga boleh dimakan tidak kira bangsa dan mempunyai potensi besar. Industri tempatan hanya mempunyai kurang dari 300,000 ekor kambing dan hanya dapat menampung keperluan sara diri 10 peratus.
Kerajaan menyasarkan menjelang tahun 2015 dengan sasaran sara diri sebanyak 35 peratus atau satu juta induk kambing.
Kini, negara mengimport daging kambing bernilai RM150 juta setahun atau 25,000 tan metrik dan kebanyakannya adalah daging biri-biri dari Australia. Daging Boer juga sebenarnya boleh dikatakan tidak terdapat di pasaran.
Biasanya daging biri-biri import lebih murah tetapi mempunyai kolestrol yang tinggi.
Daging kambing Boer adalah eksklusif dengan harga yang tinggi dan tidak boleh bersaing dengan ayam.
Malah daging kambing Boer adalah sumber protein yang berkualiti dan pengguna bersedia untuk membayar walaupun harganya lebih mahal.
Begitupun, MARDI telah menjalankan banyak penyelidikan tetapi tahap pengeluaran daging kambing masih rendah.
''Masih banyak teknologi yang perlu dipindahkan kepada penternak sama ada kepada penternak ladang pengganda atau komersial,'' katanya.
Kerajaan melihat projek ternakan kambing Boer berupaya membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dan ibu tunggal terutama dalam peringkat ternakan komersial.
MARDI bertindak sebagai nukleus yang terlibat dalam menjalankan kajian meningkatkan kualiti dan produktiviti bagi menghasilkan baka kambing Boer bermutu tinggi.
Sementara penternak pengganda akan terlibat dalam menggandakan bilangan baka kambing Boer bagi kegunaan penternak komersial.
Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar.
Bagaimanapun penternak yang terlibat perlu menjalankan operasi dengan kaedah yang betul bagi mendapat pendapatan yang lumayan.
"MARDI dan Marditech memainkan peranan dalam mengimport dan memberikan kursus berkaitan ternakan kambing," katanya.
Justeru MARDI baru-baru ini telah mendapatkan bantuan daripada pakar Boer Afrika Selatan bagi membantu meningkatkan kualiti ternakan.
Pengerusi Persatuan Kambing Boer Afrika Selatan, Stephanus W. Malan berkata, ternakan kambing Boer di negara ini mempunyai masa depan yang cerah kerana terdapat pasaran dan permintaan.
"Bagaimanapun sudah pasti sesuatu yang baru akan menghadapi pelbagai masalah. Tetapi dengan nasihat dan keyakinan yang ada pada penternak ladang pengganda dan komersial maka boleh menyelesaikannya dengan baik.
''Banyak yang perlu dipelajari memandangkan kambing Boer bukan haiwan asal di sini," katanya selepas menyampaikan taklimat kursus mengenai ternakan kambing Boer kepada beberapa agensi kerajaan dan swasta di ibu pejabat MARDI, Serdang, Selangor baru-baru ini.
Keupayaan MARDI telah terbukti berjaya dengan melahirkan ladang-ladang pengganda yang berpotensi menjadi ladang stud Boer.
Malan yang telah beberapa kali ke negara ini dan melawat ladang pengganda berkata, industri ternakan memerlukan penglibatan pihak swasta
Manakala tugas MARDI adalah membantu dalam mempersiapkan ladang kecil untuk menjadi ladang pengganda bagi mengeluarkan baka-baka kambing bermutu.
Adalah menjadi hasrat MARDI untuk mewujudkan sekurang-kurangnya enam ladang pengganda kambing Boer setiap tahun dan terkini adalah di tapak tanah rezab Veterinar di Air Guring, Jeli, Kelantan.
Pensyarah dari University of Pretoria, Afrika Selatan, Prof. Gareth Bath berkata, ternakan kambing Boer merupakan industri baru yang perlu diberikan perhatian khusus kerana kuasa ekonomi baru beralih ke Timur - China dan India.
Berkhasiat
Permintaan bagi protein yang bermutu tinggi dengan salah satu pilihan adalah daging kambing Boer yang berkhasiat.
"Bagi mendapatkan daging kambing yang berkualiti, kambing Boer perlu mencapai piawaian yang ditetapkan.
"Antaranya kambing Boer perlu mempunyai banyak daging tanpa mengubah fungsi haiwan berkenaan," katanya.
Di Afrika Selatan, kambing Boer merayau antara 25 hingga 35 kilometer sehari bagi mendapatkan makanan.
Oleh kerana kambing bebas membuat pilihan makanan foraj yang terbaik dari kawasan ragutan semulajadi yang luas maka tumbesaran kambing sangat baik.
Menurut Malan, kambing Boer beliau boleh mencapai berat badan purata 35 kg pada umur tiga hingga empat bulan dan berat sehingga 100 kg apabila berumur setahun.
Beliau berkata, purata kenaikan berat badan harian kambing Boer yang baik boleh mencapai di antara 300 hingga 400 g sehari.
Bagi memulakan ladang stud, penternak tidak memerlukan kambing yang banyak, hanya sekurang-kurangnya 25 ekor betina dan seekor jantan.
Ladang stud akan diperiksa setiap dua tahun bagi memastikan ia memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Biasanya kambing Boer stud mempunyai ciri-ciri tertentu seperti bentuk kepala yang maskulin, dada yang bidang, badan yang panjang, paha yang besar dan kaki yang tegap.
Kacukan Boer-Black Bengal pertama di dunia
DUA ekor anak kambing kacukan Boer dan Black Bengal. -
Gambar Bernama
MALAYSIA menjadi negara pertama di dunia yang mengacukkan kambing baka Black Bengal dan Boer yang dijangka mampu membuka pintu baru untuk pasaran daging kambing yang lebih bermutu.
Hasil kepakaran saintis tempatan, dua ekor anak kambing kembar berjaya dilahirkan hasil kacukan dua jenis baka itu.
Walaupun kejayaan itu masih baru tetapi potensi pasaran untuk daging kambing sudah menjadi bukti apabila anak kambing yang dilahirkan itu seekor jantan dan seekor betina masing-masing mempunyai berat badan 1.5 kilogram (kg) dan 1.4 kg.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Datuk Dr. Mohd. Zairi Serlan berkata, di Malaysia hanya Kelantan sahaja mempunyai kambing spesies ini dan berjaya membuat kacukan tersebut.
Menurut beliau, kambing Black Bengal, yang hanya terdapat di Bangladesh, tidak pernah dibawa keluar dari negara itu dan ia dihadiahkan hanya kepada kerajaan negeri Kelantan.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, kambing Black Bengal bersaiz kecil, berwarna hitam, berbulu pendek dan lembut.
Kambing jenis itu mempunyai tulang belakang yang lurus, berkaki pendek dan telinganya agak panjang.
''Ciri-ciri yang menarik pada baka kambing ini ialah sifat kesuburannya yang baik, bilangan kelahiran atau kadar kembar yang tinggi dan mudah menyesuaikan diri kepada persekitaran yang kurang subur.
"Sifatnya yang matang menyaksikan kambing betina mula melahirkan anak pada umur 12 bulan, dengan kelahiran sekurang-kurangnya tiga kali dalam dua tahun dan dengan purata bilangan anak sekelahiran sebanyak 2.2 ekor", kata Dr Mohd. Zairi.
Bagaimanapun, katanya, berat anak kambing semasa kelahiran ialah antara 800gram dan 900gram.
"Kambing ini mudah dipelihara menggunakan rumput rumpai tempatan, walaupun tanpa makanan tambahan menjadikan kos pengeluaran yang paling minimum", katanya.
Kambing Boer, adalah hasil kacukan kambing dari Afrika Selatan dan kambing dipilih khas untuk daging di Australia.
Dengan ciri-ciri kadar tumbesaran yang tinggi dan kualiti daging yang baik, kambing Boer mudah menyesuaikan diri pada persekitaran yang panas dan kering di samping mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap ancaman penyakit.
Kambing Boer biasanya mempunyai badan yang berwarna putih dan kepala serta leher berwarna coklat, serta mudah dipelihara, cepat membesar dan kadar kesuburan yang tinggi.
''Bagaimanapun kadar kelahiran bagi kambing itu tidak begitu tinggi iaitu sekadar 1.2 ekor setahun.
''Berat anak semasa dilahirkan ialah pejantan Boer dewasa boleh mencapai antara 110 kg dan 130 kg manakala betina dewasa antara 90 kg dan 100kg,'' katanya.
Penolong Pegawai Veterinar, Normala Tukiban, yang terlibat dalam operasi pengacukan itu, berkata dua ekor kambing Black Bengal telah dikacukkan menggunakan pejantan muda baka Boer secara tabii, iaitu seekor pada 10 Mei 2008 dan seekor lagi pada 26 Mei tahun lalu.
Kesemua kambing betina Black Bengal itu diselaraskan berahinya menggunakan hormon dengan alat silikon berbentuk Y yang dinamakan Control Intra-Vaginal Device Releasing Hormone (CIDR).
''Selepas beberapa minggu alat itu diletakkan di kemaluan kambing betina, ia ditanggalkan dan kambing jantan Boer akan diletakkan dalam kandang dengan kambing betina untuk mengawan," katanya.
Setelah dikacukkan, pada 9 Okt tahun lalu, seekor ibu Black Banggal telah melahirkan anak kembar seekor jantan dan seekor betina.
Normala berkata, kelahiran anak kembar dengan berat lahir yang tinggi membuktikan pengkacukan ini berpotensi.
"Sifat prolifik Black Bengal ditunjukkan dengan kelahiran anak kembar tersebut. Sifat Boer pula ditunjukkan dengan kadar pertumbuhan berat badan yang baik," katanya.
Dr Mohd Zairi berkata, satu daripada tujuan pengacukan antara baka ternakan ialah untuk mendapatkan kecergasan kacukan (hybrid vigour) iaitu penonjolan sifat yang lebih baik oleh mana-mana sifat dari kedua-dua baka ternakan berkenaan.
Katanya, dalam pengacukan baka Boer dan Black Bengal, sifat ini ditunjukkan pada berat kelahiran anak yang lebih tinggi berbanding dengan baka Black Bengal yang biasa, iaitu 1.4 kilogram sehingga 1.5 kilogram berbanding dengan 0.8 kilogram sehingga 0.9 kilogram.
''Begitu juga dengan kadar pertumbuhan anak kacukan setinggi 50 gram sehingga 80 gram sehari berbanding dengan 35 gram sehingga 40 gram pada berat baka Black Bengal,'' katanya.
Potensi baik ini telah mendorong projek untuk mengembangkan lagi pengacukan kedua jenis kambing menggunakan lebih banyak betina Black Bengal.
Hasil dari pengacukan lebih lanjut menggunakan ternakan yang lebih banyak akan memberi gambaran yang lebih tepat tentang prestasi sebenar projek ini.
Pengacukan secara permanian beradas juga dalam pelaksanaan sebagai langkah jangka panjang kerana program sedemikian akan memerlukan perancangan dan penyediaan kepakaran teknikal serta belanjawan yang agak tinggi.
Kaedah ini dijangka dapat mengatasi masalah pengacukan menggunakan baka kambing pejantan Black Bengal kepada kambing betina Boer kerana kambing jantan itu mempunyai ketinggian rendah menyebabkan sukar untuk mengawan.

Langgan:
Catatan (Atom)