Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Selasa, Januari 27, 2009

Terengganu beli 5,000 induk kambing

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu akan membeli kira-kira 5,000 ekor induk kambing spesies kaprima membabitkan kos RM5 juta pada tahun ini bagi tujuh projek penternakan kambing di negeri ini.

Pengarah JPV negeri Dr. Azizol Mohd. Sharom berkata, tujuh projek penternakan itu ialah di Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Setiu, Marang, Dungun dan Kuala Terengganu, masing-masing membabitkan kawasan seluas 50 hektar.

Pegawai JPV akan ke Indonesia pada April atau Mei ini untuk membeli baka kambing itu, katanya di sini hari ini.

Dr. Azizol berkata, projek tersebut yang dibiayai Kerajaan Persekutuan bertujuan untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Beliau berkata, projek itu akan diuruskan oleh agensi kerajaan atau swasta dengan 30 peratus daripada hasil keuntungan akan disalurkan kepada peserta.

Katanya, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM1 juta untuk skim mikro kaprima tahun ini iaitu program ternakan kambing secara kecil-kecilan di kawasan rumah untuk rakyat termiskin di negeri ini.

Tiada ulasan: