Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Selasa, Januari 27, 2009

Operasi Pelalian Ternakan Di Kelantan Mulai Februari 2009

Operasi Pelalian Ternakan Di Kelantan Mulai Februari

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan akan menjalankan operasi suntikan pelalian ternakan di seluruh negeri mulai Februari u 2009 ntuk menangani penyakit kuku dan mulut yang sering menyerang ternakan selepas berakhirnya musim tengkujuh.

Pengarah JPV Kelantan Datuk Dr Zairi Serlan berkata antara kawasan berisiko dan sering mengalami serangan penyakit itu adalah Pasir Mas dan Tumpat kerana siasatan mendapati lembu seludup dari negara jiran dibawa melalui dua jajahan itu.

"Mulai Februari ini, JPV akan memulakan gerakan suntikan pelalian," katanya kepada Bernama di sini.

Dr Zairi menggesa pemilik lembu dan kerbau memastikan ternakan masing-masing mendapatkan pelalian dan memaklumkan kepada jabatan itu jika mengesyaki ternakan mereka dijangkiti penyakit itu.

Beliau berkata antara simptom penyakit itu ialah keluar air liur, kudis di celah kuku dan mulut, tidak mahu makan selain ternakan cuba mengasingkan diri daripada kumpulan ternakan lain.

Mengenai laporan lima ekor lembu di tiga buah kampung di Mukim Gunong, Bachok dijangkiti penyakit kuku dan mulut, Dr Zairi berkata ujian sampel menunjukkan negatif penyakit itu.

"JPV berharap pemilik ternakan tidak mengeluarkan pendapat peribadi mengenai punca kematian ternakan masing-masing kononnya akibat penyakit kuku dan mulut berdasarkan tanda yang ditemui pada tubuh badan ternakan saja," katanya.

Beliau berkata apa yang perlu dilakukan penternak ialah melaporkan kepada jabatan itu jika mengesyaki ternakan mereka dijangkiti penyakit itu untuk dijalankan ujian dan pengesahan.

Katanya penyakit kuku dan mulut wujud di negara ini sejak lebih 30 tahun lalu dan boleh dirawat.

Tiada ulasan: