Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Isnin, April 16, 2007

Pratikal Amal Di Ladang Mai Farm: Ternakan kambing

Pratikal Amal Di Ladang Mai Farm: Ternakan kambing

Alhamdulilah..syukur kerana dapat juga menghabiskan kursus pratikal sepenuhnya. Dari 9 April hingga 14 april 2007 banyak pengalaman yang dapat saya kongsikan buat anda semua. Insyallah, saya akan masukkan nota-nota yang saya perolehi bagi perkongsian ilmu dan maklumat buat penternak-penternak di alaf siber ini. Bersama ini saya muatkan juga kepilan gambar-gambar di Ladang Mai Farm.

Tan Sri Norian Mai, Pemilik Ladang Ternakan Kambing Mai Farm memberi kata-kata aluan kepada 36 orang peserta yang mengikuti kursus Pratikal Amal Ternakan Kambing.


Antara panorama disekitar Ladang Mai Farm... Ini baru tanda



Para peserta merasai pengalaman sebenar di ladang Mai Farm, antaranya menaiki lori ke kandang kambing.


Antara kandang kambing di ladang Mai Farm


Kambing-kambing jenis kacukan Boer dan kacukan Ferral.


Proses mengenalpasti kambing buntin... Hmm kena buat dulu, baru dapat rasa kambing Betina nih bunting.


Lembu-lembu jenis Nellow dan Kedah Kelantan (KK). Tengah makan.


Di ladang rumput Napier yang tinggi-tinggi belaka.


Berposing kejap di sebelah Nellow yang besar nih.. Insyallah akan kujadikan mimpi jadi kenyataan.

Tiada ulasan: