Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Isnin, April 09, 2007

LADANG MAI FARM : TERNAKAN KAMBING LEMBU

PROMOSI IKLAN MAI FARM DI AKHBAR UTUSAN MALAYSIA










Alhamdulillah.. hari ini 1 April 2007 Pegawai dari Institut Pengurusan Veterinar, Cheras baru sahaja telefon untuk mengesahkan kedatanganku bagi kursus MPPB 2007: Latih Amal Kerja Sangkut. Bukan sahaja untuk mengesahkn kedatanganku, bahkan di faks kan juga surat tawaran tersebut.



Hari ini, aku membaca surat khabar. Tiba-tiba terpandang iklan Mai Farm Di Utusan Malaysia. Hai, ini sudah promosi besar-besaran. Kewujudan Mai farm bagai merancakan industri Ternakan khususnya Industri Ruminan. Bahkan pada mukasurat 4, Utusan Malaysia di ruangan Dalam Neger, berita berkaitan pinjaman Usahawan Tani akan ditingkatkan semaksimum RM 100 Ribu. Berita baik bagi mereka yang ingin menceburi di dalam bidang usahawan tani khususnya ternakan.

Bagi aku, biarlah cari ilmu sedalam yang mungkin dan kita mesti PAKAR di dalam bidang yang ingin kita ceburi ini. Khususnya bidang ternakan ini. Menghadiri majlis ilmu seperti kursus ternakan dan kursus usahawan membolehkan kita membuka minda bagaimana untuk menjadi usahawan tani yang tulen.



Tiada ulasan: