Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Selasa, September 08, 2009

MPOB agih bantuan 210 lembu

GUA MUSANG: Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Mohd Basri Wahid menyerah 210 ekor lembu kepada peneroka FeldaA Chiku 6 dan Chiku 7 di sini baru baru ini bagi menggalakkan aktiviti integrasi ternakan dengan tanaman sawit. Agihan lembu integrasi oleh MPOB itu adalah sebahagian dari 2,310 lembu induk baka kacukan Kedah-Kelantan (KK) dan penjantan kacukan Brahman untuk diagihkan kepada 23 projek kelompok di bawah FELDA dan FELCRA di seluruh negara. Dr Mohd Basri yang diwakili Suboh Ismail berkata, program itu adalah program bantuan di bawah Rancangan Malaysia Ke -9 (RMK-9) kepada pekebun kecil sawit termasuk peneroka Felda bagi meningkatkan pendapatan pekebun.

“Setiap projek mendapat bantuan 100 lembu induk dan lima penjantan serta peralatan pagar mudah alih, pam, tangki air dan set pagar elektrik. Kos keseluruhan untuk satu projek dianggarkan antara RM200,000 hingga RM250,000,” katanya. Beliau berkata, selain bertujuan meningkatkan pendapatan, ia juga untuk meningkatkan sumber pengeluaran makanan. Aktiviti integrasi ternakan dalam ladang sawit juga berupaya mengurangkan kos penyelenggaraan rumpai. “Syarat asas mendapat bantuan ialah mempunyai ladang sawit berkeluasan 500 hektar dan mempunyai rumput mencukupi serta ladang tidak curam,” katanya.

Tiada ulasan: