Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Rabu, Julai 01, 2009

Pengeluaran daging 100 peratus 2010

KUALA LUMPUR 25 Jun - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan sebanyak 100 peratus pengeluaran daging lembu dan kambing menjelang 2010.

TIMBALAN Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, sasaran tersebut berikutan pencapaian negara menternak baka lembu dan kambing hidup yang berkualiti dari negara-negara luar terutama Australia.

"Selain program 71 ladang satelit yang dibangunkan sejak 2006, kita juga sedang melaksanakan industri ternakan kambing yang kini diusahakan oleh kementerian di Perak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Seri Gading) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurutnya, kementerian sangat realistik meningkatkan industri ternakan daging yang terdiri daripada ayam, lembu dan kambing termasuk mewujudkan pelbagai program seperti Program Khidmat Nasional, Kambing Boy dan program baka Malaysia sendiri.

Rosnah berkata, negara menyasarkan sebanyak 28 peratus pengeluaran bagi daging lembu dan 10 peratus untuk daging kambing menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Setakat ini industri daging kambing telah mencapai sasaran tahap sara diri lebih awal daripada apa yang disasarkan iaitu 10.04 peratus manakala industri lembu pedaging hanya mencapai 25.38 peratus, kurang 2.62 peratus daripada yang disasarkan," katanya.

Beliau menambah, jumlah pengimportan daging lembu dan kerbau dari tahun 2006 hingga 2008 menurun sebanyak 11.1 peratus, namun jumlah pengimportan daging kambing dan kambing biri-biri meningkat iaitu sebanyak 12.2 peratus.

"Kenaikan itu adalah kerana saranan kerajaan untuk menarik minat rakyat Malaysia menjadikan daging kambing sebagai sebahagian daripada menu makanan harian," ujarnya.

Tiada ulasan: