Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Isnin, Mac 02, 2009

Jihad pastikan daging suci, halal

KONSEP jihad dalam perniagaan amat dituntut dalam Islam kerana ia memberi pulangan menguntungkan jika diusahakan dengan ikhlas dan bertanggung jawab.Inilah yang menjadi pegangan sebuah syarikat Bumiputera di Senawang, Negeri Sembilan untuk memajukan perniagaan yang diusahakan.Selepas memulakan projek penternakan haiwan ruminan (lembu) sejak dua tahun lalu, syarikat itu memperluaskan perniagaan dengan mengadakan kerjasama dengan rakan usahawan Bumiputera untuk membuka rangkaian Daging Segar Farm Fresh.Pengurus Operasi Farm Fresh, A Halim A Rahman, berkata pembukaan rangkaian jualan runcit daging segar serta pelbagai produk sejuk beku itu bagi memenuhi tuntutan agama yang mementingkan sumber makanan bersih, halal, suci dan diredai.

"Kami bukan bermotifkan keuntungan semata-mata sebaliknya menganggap ia satu jihad demi memastikan umat Islam di negara ini mendapat daging yang suci dan halal, penyembelihan yang betul serta sumber yang diketahui.
"Kami percaya perniagaan yang berpaksikan materialistik semata-mata tidak akan mampu bertahan berbanding jihad dalam bisnes yang mendukung kepentingan ummah melebihi kepentingan peribadi,” katanya.Atas semangat itu, rangkaian Daging Segar Farm Fresh kini bertapak di Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Kelantan dan Kuala Lumpur, manakala sasaran selepas ini memperluaskan lagi pusat jualan runcit ke seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.Selain pusat utama di Taman Komersial Senawang, rangkaiannya akan dibuka di Malim Jaya, Melaka; Kota Damansara, Kelana Jaya, Meru, Taman Sri Andalas, Rawang Business Centre 2 dan Seksyen 9 Shah Alam di Selangor; Taman Setiawangsa, Taman Sri Rampai di Kuala Lumpur dan Bandar Baru Uda, Johor Bahru.A Halim berkata, premis jualan juga beroperasi di Pasir Puteh dan Bachok, Kelantan, manakala perancangan jangka panjang menambah 50 rangkaian di seluruh negara.Katanya, bekalan daging ternakan diambil dari ladang syarikat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan selain sokongan ladang kontrak di dalam dan luar negara, termasuk syarikat sekutu di Myanmar dan Kemboja.Melalui syarikat Qurban Online Dot Com, umat Islam dari seluruh dunia hanya perlu perlu melayari laman web www.qurbanonline.com atau e-mel ke qurbanonline@yahoo.com untuk mendapat maklumat lanjut dan pendaftaran.Pengurus Operasi Qurban Online Dot Com, Hasamudin Ami, berkata tumpuan diberikan kepada negara yang mempunyai ramai umat Islam miskin, antaranya Kemboja, Myanmar dan Vietnam.Umat Islam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program korban dan akikah itu boleh menghubungi talian 013-3459018, 019-6669771 (Wan), 012-3214619 (Fauzi) serta mana-mana rangkaiant Daging Segar Farm Fresh.

1 ulasan:

adzryn berkata...

assalamuaaikum.. sy pelajar dari uum ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang proses penternakan.. bvoleh bagi y.m atau apa2 saja yg membolehkan kita berhubung tak?