Dikuasakan oleh Blogger.

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN TETAPI SILA GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN.

PEMINAT KAMI @ JUTAWANTERNAK 2007- 2011

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

Melaka menyasarkan untuk meraih RM33.4 juta dari nilai pengeluaran ternakan lembu di seluruh negeri ini pada tahun 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Mohammad Hidhir Abu Hasan berkata, sasaran itu adalah lebih besar berbanding nilai pengeluaran ternakan itu yang diperolehi pada tahun 2005 lalu.

Pada masa ini ujarnya, terdapat kira-kira 732 penternak yang mengusahakan ternakan lembu jenis tenusu, daging dan kandang yang jumlah keseluruhannya sebanyak 24,639 ekor di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

''Daerah Alor Gajah mencatatkan bilangan penternak terbanyak iaitu seramai 340 orang menternak lembu daging dengan jumlah ternakan sebanyak 11,123 ekor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut mensasarkan nilai pengeluaran untuk ternakan kambing dan biri-biri sebanyak RM8.47 juta dalam tempoh yang sama berbanding RM2.67 juta pada tahun 2005.

Ketika ini, katanya, seramai 419 penternak kambing terdapat di seluruh negeri dengan bilangan ternakan adalah sebanyak 28,912 ekor sementara penternak biri-biri ialah seramai 84 orang dengan jumlah ternakan 6,394 ekor.

Pada masa yang sama, ujarnya, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan penduduk terutama mereka yang tinggal di luar bandar untuk terlibat secara aktif bagi menjayakan hasrat meningkatkan nilai pengeluaran ternakan pada masa depan.

Kata Mohammad Hidhir, mereka yang berminat mengusahakan bidang itu perlu berkemampuan daripada segi modal dan memastikan jarak kawasan ternakan adalah satu kilometer dari kawasan penempatan penduduk bagi mengelak masalah pencemaran bau dan alam sekitar.

Menjawab soalan tambahan Chua Kheng Hwa (BN-Bemban), beliau berkata, pada masa ini, kerajaan negeri tidak bercadang untuk melakukan usaha menghasilkan bahan makanan ternakan bagi diedarkan kepada penternak dalam usaha membantu mengurangkan kos kenaikan bahan tersebut.

Setakat ini, katanya, kerajaan negeri belum mempunyai hasrat untuk menghasilkan makanan ternakan sendiri tetapi lebih menggalakkan penternak untuk mencari alternatif sendiri termasuk mengambil bahan semula jadi bagi tujuan tersebut.

Misalnya, ujar beliau, menggunakan daun kelapa sawit bagi kegunaan bahan makanan ternakan kerana penggunaanya terbukti menambah protein dan pada masa, penternak juga boleh mendapatkan nasihat kepakaran dari Jabatan Veterinar negeri bagi tujuan tersebut.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan


Serlahan tanduk dan pengurusan bulu yang rapi menjadikan seekor biri-biri dilihat cantik.- Gambar TOREK SULONG


PASIR PUTEH 14 Nov. - Orang Kelantan dikatakan gemar bertanding atau 'bertewah' - suatu pengenalan sikap yang tidak lekang dalam kehidupan masyarakat yang masih kuat dengan pengaruh tradisinya.

Mereka mempertandingkan apa sahaja untuk menilai kehebatan atau kelebihan milik mereka termasuklah haiwan peliharaan yang diukur bukan sahaja dari segi kemerduan, keunikan suara tetapi juga kekuatan fizikal, kecantikan rupa, kesegakan dan gaya.

Justeru, sering didengar pertandingan burung ketitir dan candik, ayam serama dan cengkerik di samping ikan sepilar (ikan pelaga).

Sejak beberapa tahun lalu, kerap pula diadakan ratu cantik haiwan dengan lembu, biri-biri dan kambing dipertaruhkan.

Pertandingan mungkin dilakukan secara berkumpulan atau terbuka kepada umum, di pekarangan rumah atau di padang sekolah dengan tawaran hadiah mungkin sekadar kipas, seterika atau dapur gas.

Pertandingan ratu cantik biri-biri kini kembali popular dianjurkan di Kelantan sebagai kegiatan sampingan penternak haiwan berkenaan memperagakan keunikan ternakan masing-masing, sebagai suatu acara pelengkap yang menghiburkan.

Mereka diundang oleh pelbagai pihak penganjur termasuk jabatan kerajaan dan sekolah untuk memeriahkan sesuatu majlis sambutan. Selalunya penyertaan tidak mengecewakan.

Pada masa sama, acara ini boleh menjadi penggalak kepada penternak supaya menghasilkan baka biri-biri yang baik dan boleh dijual dengan harga yang tinggi.

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterina Kelantan, Zaimin Mohd. Daud, yang sering dijemput mengadili pertandingan itu di negeri ini berkata, ia turut mencambah minat orang ramai untuk membela biri-biri sama ada sebagai hobi, projek sara diri mahupun secara komersial.

Katanya, penganjuran pertandingan yang memperagakan kekemasan biri-biri dan keunikannya akan turut memperkenalkan beberapa jenis baka biri-biri di negara ini termasuk dari jenis baka tempatan dan import.

"Ini termasuk baka Malin, Eksotik, Dorset Horn, Polled Dorset, Wiltshire dan kacukan lain yang menyerlahkan keunikan tubuh badan, bulu, telinga dan tanduk," katanya.

Zaimin berkata, pertandingan yang dianjurkan memberi penilaian terhadap tiga kriteria iaitu membabitkan ciri-ciri sistem pembiakan, ciri-ciri luaran am dan ciri-ciri bebiri itu sendiri termasuk keunikan dan kebersihan badan.

"Haiwan yang dipertandingkan diberi perhatian khusus oleh pemiliknya termasuk makan minum, menguruskan kesihatan, proses pembesaran serta pembiakan," katanya.

Beliau berkata, semua biri-biri yang menyertai pertandingan memiliki surat beranak yang dikeluarkan oleh veterinar dan nama-nama tertentu yang diberikan oleh pemilik masing-masing.

Nama-nama glamor biri-biri yang sudah mula terkenal dengan kehebatannya termasuklah Awe Donde, Siti Payung, Jenny, Cindai, Castello, Siti Ara, Minah dan Hitler.

Zaimin berkata, sepanjang pertandingan, orang ramai berpeluang melihat lebih dekat keunikan yang dimiliki oleh haiwan berkenaan terutama bulu badannya yang sudah digunting, didandan dan ubah suai bersama serlahan tanduk yang pelbagai bentuk.

Paling menarik, tambah beliau, pemilik biri-biri sanggup menyediakan mesin pencukur bulu yang mahal dan berus gigi khas untuk menampilkan kecantikan haiwan itu termasuk giginya.

Beliau berkata, tiga kriteria penilaian itu melibatkan markah yang berdasarkan ciri-ciri luaran am dan ciri-ciri bebiri yang masing-masing berjumlah 30 peratus manakala ciri-ciri sistem pembiakan pula berjumlah 40 peratus.

Bagi ciri-ciri luaran am, ia berdasarkan badan biri-biri yang sihat, tegap, tidak cacat, selain bulu badannya yang kemas, bersih dan berkilat termasuk skor badan, cara berdiri, cara berjalan termasuk tingkah lakunya seperti jinak, aktif serta mudah dikendalikan.

Zaimin berkata, pemilik akan memperoleh markah yang lebih tinggi sekiranya biri-biri mereka itu memiliki tanduk bulat dan melengkung ke bawah serta berwarna gelap ditambah pula dengan serlahan telinga lebar, lembut, saiz sederhana serta melampai ke bawah.

"Ini termasuk penilaian serlahan badan yang berwarna putih, telinga serta kepala merah coklat, berekor perang kemerahan dan berpigmen di bahagian ventral.

Ciri-ciri sistem pembiakan pula menyumbang 40 peratus dikira berdasarkan testis normal, saiz yang sama serta seimbang; 'scrotum' normal, tidak terlalu labuh; 'prepuse' normal dan ukur lilit scrotum," katanya.

Beliau berkata, walaupun hadiah yang disediakan bukan satu jumlah yang besar, pertandingan ini tetap menarik penyertaan ramai pemilik yang berniat untuk menonjolkan termakan mereka.

''Ia turut menjadikan medan pertandingan sebagai tempat bertukar pendapat berkaitan kaedah menternak dan penjagaan, selain sebagai lokasi terbaik mengiklankan baka biri-biri yang diternak untuk dijual," ujarnya.

Pertandingan biri-biri cantik berbeza dengan pertandingan haiwan lain kerana satu tarikan utamanya ialah gelagat haiwan itu ketika diperagakan oleh pemilik.

"Kadangkala pertandingan menjadi lebih menggamatkan apabila biri-biri yang ditambat oleh pemiliknya mencari peluang berlaga kepala dengan biri-biri lain.

"Sebab itu, pemilik menambat biri-biri masing-masing agak jauh iaitu lebih kurang 20 meter jaraknya bagi mengelak kejadian itu berlaku," katan

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

Ternak kambing susu janji pulangan lumayan


Roslan Atan memerah susu kambing yang dipelihara di kandang berhampiran rumahnya.


Dalam industri pengeluaran makanan, sektor ternakan merupakan satu daripada sumber penghasilan terpenting sama ada melibatkan ayam, lembu atau kambing untuk daging.

Namun, satu lagi aktiviti ternakan yang semakin popular ialah kambing tenusu kerana menjanjikan pulangan lumayan.

Susu kambing yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti protein, asid amino, lemak, karbohidrat, vitamin B12, fosforus dan kalsium dikatakan mampu menyembuhkan penyakit tertentu menjadikan permintaan terhadapnya sentiasa tinggi.

Menyedari peluang yang amat cerah dalam industri ternakan kambing tenusu, seorang pemuda, Roslan Atan, 34, memilih bidang itu sebagai mata pencarian sejak 14 tahun lalu.

"Saya melihat prospek ternakan ini sangat luas dan ia mampu memberi pendapatan lumayan. Hanya usaha dan kerajinan sahaja yang perlu ada," ujar bapa kepada tiga anak lelaki ini.

Menurutnya, pada permulaannya dia membeli baka kambing tenusu di Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan dengan harga RM4,500 untuk lima ekor.

Bermula dari itu, jelasnya, ternakannya berkembang sehingga menjadi 10 ekor dan terus membiak sehingga menjadi 160 ekor sekarang.

Menurutnya, dia memilih untuk menternak kambing tenusu jenis sadnin kerana ia sesuai dengan persekitaran serta menghasilkan banyak susu.

Dia yang dibantu oleh adik lelakinya memberitahu, setiap seekor kambing mampu menghasilkan dua liter susu sehari.

Ceritanya, rutin hariannya bermula pukul 6 pagi untuk memerah susu di reban kambingnya yang terletak 500 meter dari kawasan rumahnya.

Katanya, kambing-kambing peliharaannya diberi makan tiga kali sehari dengan makanan yang berbeza.

''Biasanya pada waktu pagi saya beri makanan khas untuk kambing manakala sebelah tengah hari pula diberi pati soya dan petang pula saya beri makan rumput,'' katanya.

Menurut Roslan, kambing sebenarnya binatang yang manja dan perlukan belaian seperti manusia.

''Setiap minggu, saya akan mandikan kambing menggunakan sabun khas dan syampu supaya haiwan ini bersih," ujarnya.

Beliau bersyukur kerana ternakan kambing tenusunya mendapat tunjuk ajar dan khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

"Setiap bulan, seorang pegawai dari jabatan ini akan melawat ke ladang saya untuk melihat tahap perkembangan dan kesihatan haiwan ternakan ini," katanya yang turut membuat lawatan ke luar negara untuk mendapat nasihat dan panduan.

Selain itu, Roslan turut mendapat nasihat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kawasan.

Dengan menternak kambing, Roslan mampu hidup senang apabila memperoleh pendapatan sehingga lima angka sebulan.

Malah akuinya, susu kambing ternakannya turut ditempah untuk pasaran di negeri ini.

''Saya tidak perlu memikirkan hal pemasaran kerana pemborong menempah sejak awal lagi," ujarnya tersenyum.

Menurutnya, walaupun tidak mempunyai kelulusan tinggi, dia puas dan bangga kerana berjaya mengusahakan ternakan kambing tenusu.

''Perkara yang paling penting ialah setiap apa yang kita kerjakan mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh," ujarnya.

Selain menternak kambing, Roslan melakukan proses permanian beradas terhadap ternakan lembu.

Dia yang pernah memenangi tempat ketiga dalam kategori jurusuntik persendirian untuk proses itu memberitahu telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri untuk melakukan permanian beradas terhadap lembu.

''Biasanya, mereka yang berhajat untuk membuat kacukan lembu peliharaan akan menghubungi saya untuk proses permanian beradas," ujarnya yang pernah mendapat latihan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan


CANTIK... Kamaruddin Rahmat menunjukkan kusyen kereta diperbuat daripada kulit kambing Jamnapari di Shah Alam, baru-baru ini.


SHAH ALAM 9 Nov. - Kalau anda berasa sudah bosan dengan kusyen kenderaan yang diperbuat daripada kulit lembu dan inginkan kelainan, kenapa tidak mencuba kulit kambing jenis Jamnapari pula.

Permintaan kusyen kenderaan diperbuat daripada kulit kambing itu kini didakwa semakin mendapat sambutan. Kamaruddin Rahmat Motor Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera yang bergiat dalam industri pemotoran sejak 13 tahun lalu, bercadang untuk memperkenalkannya secara agresif pada tahun depan.

Pengarah Urusannya, Kamaruddin Rahmat berkata, langkah itu diambil selepas sambutan yang amat menggalakkan diterima ketika Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 baru-baru ini.

Kata beliau, pada pameran berkenaan, syarikatnya menerima kira-kira 400 tempahan daripada orang ramai yang mahu menggantikan kusyen kerusi kenderaan masing-masing dengan kulit haiwan itu.

"MAHA 2008 merupakan platform kepada kami untuk menguji pasaran dan mengumpul maklum balas daripada orang ramai.

"Melihat kepada permintaan cukup tinggi, kami mengambil keputusan untuk menceburi perniagaan ini bermula awal tahun 2009," ujar beliau kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, keistimewaan kulit kambing berbanding haiwan lain seperti lembu adalah ia lebih lembut dan berkualiti.

Jelasnya, kusyen itu juga memberi lebih keselesaan dan suasana nyaman kepada pemandu serta penumpang kerana ia menyerap udara sejuk yang dikeluarkan melalui penghawa dingin kenderaan.

"Ia juga senang dijaga kerana mudah dicuci jika terdapat kekotoran seperti air atau makanan tertumpah," kata beliau yang menyasarkan 1,000 tempahan untuk tahun depan.

Kamaruddin berkata, pihaknya akan melantik wakil pemasaran bagi membolehkan perkhidmatan tersebut ditawarkan kepada orang ramai di seluruh negara.

"Sesiapa saja yang berminat boleh menjadi ejen asalkan mereka mempunyai bengkel atau premis yang sesuai.

Jelasnya, kos untuk pemasangan kusyen kerusi kulit adalah dari serendah RM3,000, mengikut jenis kenderaan dan memakan masa sehari.

Beliau menambah, pelanggan juga mempunyai pelbagai pilihan warna seperti hitam, coklat, kelabu dan hijau.

Mereka yang berminat untuk membuat tempahan atau menjadi wakil pemasaran boleh menghubungi beliau di talian 03-55427373 atau 019-3977188.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

TEMPOH lima tahun mungkin singkat bagi sesetengah usahawan untuk membina nama, namun bagi Pengarah Urusan Kaprima Livestock Sdn Bhd, Jasmin Jasin, 50, masa sesingkat itu cukup bagi menobatkan dirinya antara Bumiputera yang ada kelas tersendiri.

Jasmin bukan saja layak digelar usahawan ternakan kambing berjaya, malah seorang yang kreatif dan inovatif dengan perniagaan yang kini menjadi contoh dan ikutan usahawan lain.

Beliau bukan hanya menternak kambing dengan jumlah pernah mencecah sehingga 1,500 ekor, tetapi turut menjalankan pelbagai aktiviti lain seperti tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, kolam ikan, chalet, penternakan cacing dan restoran Kaprioti Countryside yang menyajikan hidangan daging kambing segar.

Syarikatnya turut menjalankan kursus dan latihan kepada usahawan yang berminat menceburi bidang berkenaan, selain memproses baja daripada tahi kambing dengan nama Kaprima Bio.

Hasil usahanya membangunkan pelbagai cabang perniagaan itu, dalam tempoh empat tahun, Jasmin diiktiraf melalui penerimaan tiga anugerah, termasuk yang tertinggi Anugerah Peladang Jaya Kebangsaan dua tahun lalu.

Pasti terdetik di fikiran, bagaimana dalam tempoh singkat beliau boleh menjalankan pelbagai aktiviti, apatah lagi pada masa sama kerap menjelajah seluruh negara mengembangkan perniagaan, termasuk memberi ceramah.

Melayari kehidupan anak kelahiran Taiping, Perak itu, memang beliau seorang yang aktif atau dalam erti kata lain tidak boleh duduk diam. Antaranya, hasrat menemui bapa tujuh cahaya mata itu bagi mengisi ruangan ini beberapa kali tertangguh kerana kesibukannya.

Selain itu, yang menarik mengenai Jasmin, beliau antara pelopor kepada kelahiran baka kacukan kambing yang diberi nama Kaprima atau Kambing Prime Malaysia hasil kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH).

Kaprima adalah campuran baka Boer dan Jamnapari yang dikacukkan dengan kambing tempatan yang ‘lahir’ pada 2002. Ia boleh disembelih pada usia enam bulan.

Di samping itu, syarikat Jasmin menjadi perintis dalam menjalankan projek ternakan kambing Kaprima secara komersial. Malah, sistem Kaprima yang diperkenalkan pada 2000 menjadi model yang kini dipraktikkan di seluruh negara.

“Melalui sistem Kaprima, kambing diternak secara feedlot atau dikurung dalam kandang dengan memberi makan dedak dan rumput. Ia dilepaskan satu atau dua jam sehari. Sehingga kini lebih 1,500 orang mengikuti kursus di Kaprima, sekali gus mempraktikkan sistem ini di tempat masing-masing,” katanya.

Jasmin berkata, idea mengacukkan kambing tempatan dengan import itu timbul pada 1999 apabila melihat banyak kambing tempatan terbiar begitu saja, selain saiz fizikal yang kecil.

“Waktu itu industri kambing sedikit malap tetapi potensinya besar kerana semua bangsa memakan daging kambing. Melihat potensi yang ada, saya bekerjasama dengan JPH menjalankan kajian sehingga Kaprima dihasilkan,” katanya.

Menurutnya, Kaprima dengan berat antara 30 ke 50 kilogram mempunyai daging rendah lemak dan kolestrol, kaya vitamin B12, lembut, enak serta tidak berbau.

Kini baka Kaprima menjadi pilihan kerana ia menawarkan daging muda yang mengandungi peratus protein tinggi dan boleh disembelih pada usia enam bulan berbanding 12 bulan sebelum ini.

Nampak seperti mudah, namun kata Jasmin, cabaran untuk ada pada tahap hari ini sangat berliku.

“Bukan mudah untuk kendalikan kambing, apatah lagi mahu menukar daripada sistem lepas bebas kepada berkurung kerana ia mengambil masa. Saya juga pernah menghadapi cabaran serangan penyakit, kematian dan kakitangan bertukar, sekali gus menimbulkan masalah serta kos yang semakin meningkat,” katanya.

Antara dugaan dilaluinya ialah kematian hampir 110 ekor kambing daripada 450 ekor Jamnapari yang diimport dari Indonesia, selain jangkitan penyakit dan kematian dua hingga tiga ekor setiap hari.

Namun kerana minat selain berbekalkan pengalaman puluhan tahun sebagai Pembantu Veterinar Kanan di JPH, Jasmin berjaya menghadapi setiap masalah.

Sepanjang 21 tahun di JPH beliau terbabit dalam pelbagai bidang, antaranya tenusu, latihan dan penternakan lembu pedaging dalam kelapa sawit. Meskipun ia dilihat memberi kelebihan kepada Jasmin, namun seperti orang lain, beliau yang bersara pilihan pada Januari 2000 belajar dari bawah dan mengikuti kursus.

Menurut Jasmin, dia tidak pernah terfikir satu hari nanti menjadi usahawan, namun minat berniaga ada dalam diri sejak kecil.

“Saya dilahirkan dalam keluarga susah, emak dan ayah pesawah padi, selain ada membela 20 ekor kambing. Di rumah, kami dengan jumlah adik-beradik 12 orang hanya bertemankan pelita minyak tanah dan mandi air perigi.

“Hendak ke sekolah, saya kayuh basikal sejauh 14 kilometer pergi. Pada masa lapang, saya berniaga jual buah di pasar malam, selain membantu ayah mengembala kambing,” katanya.

Minat berniaga diteruskan apabila dia menyertai JPH pada 1979. Sepanjang tempoh itu, Jasmin pernah bercuti tanpa gaji selama tiga bulan dan setahun untuk menjalankan perniagaan penjualan produk IKS (industri kecil dan sederhana) serta menternak lembu dalam ladang kelapa sawit.

Pada akhir 1990-an, Jasmin mendapat idea untuk membuat R&D (penyelidikan dan pembangunan) dalam industri ternakan kambing sebelum mengambil keputusan bersara pilihan pada 1 Januari 2000.

Kini nama Kaprima semakin dikenali di seluruh negara, malah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi tahun lalu menjadikan Kaprima sebagai perintis kepada pusat pengumpulan Boer terbesar di negara ini dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab daging halal di rantau ini.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

TEMPOH lima tahun mungkin singkat bagi sesetengah usahawan untuk membina nama, namun bagi Pengarah Urusan Kaprima Livestock Sdn Bhd, Jasmin Jasin, 50, masa sesingkat itu cukup bagi menobatkan dirinya antara Bumiputera yang ada kelas tersendiri.

Jasmin bukan saja layak digelar usahawan ternakan kambing berjaya, malah seorang yang kreatif dan inovatif dengan perniagaan yang kini menjadi contoh dan ikutan usahawan lain.

Beliau bukan hanya menternak kambing dengan jumlah pernah mencecah sehingga 1,500 ekor, tetapi turut menjalankan pelbagai aktiviti lain seperti tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, kolam ikan, chalet, penternakan cacing dan restoran Kaprioti Countryside yang menyajikan hidangan daging kambing segar.

Syarikatnya turut menjalankan kursus dan latihan kepada usahawan yang berminat menceburi bidang berkenaan, selain memproses baja daripada tahi kambing dengan nama Kaprima Bio.

Hasil usahanya membangunkan pelbagai cabang perniagaan itu, dalam tempoh empat tahun, Jasmin diiktiraf melalui penerimaan tiga anugerah, termasuk yang tertinggi Anugerah Peladang Jaya Kebangsaan dua tahun lalu.

Pasti terdetik di fikiran, bagaimana dalam tempoh singkat beliau boleh menjalankan pelbagai aktiviti, apatah lagi pada masa sama kerap menjelajah seluruh negara mengembangkan perniagaan, termasuk memberi ceramah.

Melayari kehidupan anak kelahiran Taiping, Perak itu, memang beliau seorang yang aktif atau dalam erti kata lain tidak boleh duduk diam. Antaranya, hasrat menemui bapa tujuh cahaya mata itu bagi mengisi ruangan ini beberapa kali tertangguh kerana kesibukannya.

Selain itu, yang menarik mengenai Jasmin, beliau antara pelopor kepada kelahiran baka kacukan kambing yang diberi nama Kaprima atau Kambing Prime Malaysia hasil kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH).

Kaprima adalah campuran baka Boer dan Jamnapari yang dikacukkan dengan kambing tempatan yang ‘lahir’ pada 2002. Ia boleh disembelih pada usia enam bulan.

Di samping itu, syarikat Jasmin menjadi perintis dalam menjalankan projek ternakan kambing Kaprima secara komersial. Malah, sistem Kaprima yang diperkenalkan pada 2000 menjadi model yang kini dipraktikkan di seluruh negara.

“Melalui sistem Kaprima, kambing diternak secara feedlot atau dikurung dalam kandang dengan memberi makan dedak dan rumput. Ia dilepaskan satu atau dua jam sehari. Sehingga kini lebih 1,500 orang mengikuti kursus di Kaprima, sekali gus mempraktikkan sistem ini di tempat masing-masing,” katanya.

Jasmin berkata, idea mengacukkan kambing tempatan dengan import itu timbul pada 1999 apabila melihat banyak kambing tempatan terbiar begitu saja, selain saiz fizikal yang kecil.

“Waktu itu industri kambing sedikit malap tetapi potensinya besar kerana semua bangsa memakan daging kambing. Melihat potensi yang ada, saya bekerjasama dengan JPH menjalankan kajian sehingga Kaprima dihasilkan,” katanya.

Menurutnya, Kaprima dengan berat antara 30 ke 50 kilogram mempunyai daging rendah lemak dan kolestrol, kaya vitamin B12, lembut, enak serta tidak berbau.

Kini baka Kaprima menjadi pilihan kerana ia menawarkan daging muda yang mengandungi peratus protein tinggi dan boleh disembelih pada usia enam bulan berbanding 12 bulan sebelum ini.

Nampak seperti mudah, namun kata Jasmin, cabaran untuk ada pada tahap hari ini sangat berliku.

“Bukan mudah untuk kendalikan kambing, apatah lagi mahu menukar daripada sistem lepas bebas kepada berkurung kerana ia mengambil masa. Saya juga pernah menghadapi cabaran serangan penyakit, kematian dan kakitangan bertukar, sekali gus menimbulkan masalah serta kos yang semakin meningkat,” katanya.

Antara dugaan dilaluinya ialah kematian hampir 110 ekor kambing daripada 450 ekor Jamnapari yang diimport dari Indonesia, selain jangkitan penyakit dan kematian dua hingga tiga ekor setiap hari.

Namun kerana minat selain berbekalkan pengalaman puluhan tahun sebagai Pembantu Veterinar Kanan di JPH, Jasmin berjaya menghadapi setiap masalah.

Sepanjang 21 tahun di JPH beliau terbabit dalam pelbagai bidang, antaranya tenusu, latihan dan penternakan lembu pedaging dalam kelapa sawit. Meskipun ia dilihat memberi kelebihan kepada Jasmin, namun seperti orang lain, beliau yang bersara pilihan pada Januari 2000 belajar dari bawah dan mengikuti kursus.

Menurut Jasmin, dia tidak pernah terfikir satu hari nanti menjadi usahawan, namun minat berniaga ada dalam diri sejak kecil.

“Saya dilahirkan dalam keluarga susah, emak dan ayah pesawah padi, selain ada membela 20 ekor kambing. Di rumah, kami dengan jumlah adik-beradik 12 orang hanya bertemankan pelita minyak tanah dan mandi air perigi.

“Hendak ke sekolah, saya kayuh basikal sejauh 14 kilometer pergi. Pada masa lapang, saya berniaga jual buah di pasar malam, selain membantu ayah mengembala kambing,” katanya.

Minat berniaga diteruskan apabila dia menyertai JPH pada 1979. Sepanjang tempoh itu, Jasmin pernah bercuti tanpa gaji selama tiga bulan dan setahun untuk menjalankan perniagaan penjualan produk IKS (industri kecil dan sederhana) serta menternak lembu dalam ladang kelapa sawit.

Pada akhir 1990-an, Jasmin mendapat idea untuk membuat R&D (penyelidikan dan pembangunan) dalam industri ternakan kambing sebelum mengambil keputusan bersara pilihan pada 1 Januari 2000.

Kini nama Kaprima semakin dikenali di seluruh negara, malah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi tahun lalu menjadikan Kaprima sebagai perintis kepada pusat pengumpulan Boer terbesar di negara ini dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab daging halal di rantau ini.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

“MEREKA yang hendak menceburi bidang ini (ternakan) mesti ada perasaan kasih dan sayang pada haiwan ternakan. Seperti manusia, kambing perlu dibelai dan dimanjakan, selalu bercakap serta bertanya khabar.

“Jika tiada sifat berjiwa ternakan atau fikir mahu buat duit saja, lupakan kerana ia mengundang pelbagai kerumitan kemudian hari,” kata Jasmin ketika ditanya rahsia untuk menceburi industri penternakan.

Menurutnya, menjaga kambing bukan seperti menjaga manusia yang boleh berkata-kata kerana haiwan berkenaan hanya bertindak melalui gerak-geri fizikal.

“Jika kita selalu pukul kambing ini, apabila kita datang atau dekat, kambing itu akan lari dan kerana itu kita perlu mengenali sifat haiwan ini sebelum menternak,” katanya

Jasmin berkata, menternak kambing memerlukan ilmu, apatah lagi bila timbul masalah seperti penyakit dan kematian.

“Kematian kambing tidak dapat dielakkan, malah saya pernah menghadapi keadaan itu apabila dua hingga tiga ekor mati sehari. Jadi sebelum ia berlaku, kita sebagai penternak perlu tahu sebab atau punca dan menangani masalah yang wujud.

“Biasanya kambing di negara ini mengalami masalah seperti najis cair, demam dan sejuk paru-paru. Apabila berpenyakit, ia perlu segera dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti JPH supaya tindakan lanjut dapat diambil,” katanya.

Jasmin turut menyarankan kepada penternak atau mereka yang hendak berjinak dalam industri ini supaya menjalankan sistem integrasi tanaman daripada hanya menjalankan satu bisnes saja iaitu menternak kambing.

Katanya, melalui cara itu penternak tidak bergantung kepada satu sumber untuk memperoleh pendapatan, sebaliknya mampu menjana pendapatan tambahan melalui penggunaan tanah secara maksimum selain mengurangkan kos.

“Jika kita hanya menternak kambing, untuk menunggu pulangannya ia memakan masa sehingga dua tahun. Dalam tempoh itu kita memerlukan modal untuk operasi harian seperti makanan, ubat-ubatan, penjagaan dan sebagainya.

“Melalui sistem integrasi tanaman ini, tanah yang tidak digunakan kita boleh usahakan tanaman yang ada hubung kait dengan kambing seperti jagung, yang mana batang dan daunnya boleh dimakan kambing.

“Atau kita boleh usahakan dengan tanaman berdaun hijau lain yang sesuai untuk kambing. Selain boleh dijadikan makanan, tanaman ini boleh dijual dan ia memberi pendapatan tambahan kepada penternak,” katanya.

Sistem itu dipraktikkan di kawasan miliknya seluas 5.2 hektar apabila 1.2 hektar digunakan untuk penternakan kambing dan bakinya sebagai kawasan pertanian dan perikanan.

Jika ke ladangnya di Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka, pelbagai projek dijalankan di sini. Selain penternakan kambing, ada juga diusahakan penternakan cacing, lembu, itik, tanaman betik, pisang, buah naga, jambu air, itik, kolam ikan keli dan talapia serta chalet yang dibina khas untuk pengunjung menginap, sekali gus menikmati suasana aman dan tenteram.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

JARANG wanita mahu terjun di bidang perniagaan berasaskan daging segar kerana menganggap ia bukan suatu bidang menarik.
JARANG wanita mahu terjun di bidang perniagaan berasaskan daging segar kerana menganggap ia bukan suatu bidang menarik.

Namun, kesedaran betapa pentingnya konsep halal selain mengusulkan makanan terbaik sebagai asas kepada pembentukan diri membuatkan Herni Azura, 31, berasa terpanggil untuk menjana kelainan.

Anak kelahiran Kanada dengan keluarga berasal dari Johor Bahru, Johor ini mempunyai alasan tersendiri untuk meletakkan satu asas kukuh betapa Islam amat mementingkan makanan bersih, halal, suci lagi diredai.

“Kesedaran itu datang dengan sendiri kerana berasakan ia bagaikan satu tanggungjawab atau amanah sesama insan.

“Ketika mengikuti satu forum Halal Dunia, saya terpanggil untuk merealisasikan semua ini dan baru empat bulan kedai ini beroperasi tetapi sambutan di luar jangkaan.

“Apabila negara dimomokkan isu penyembelihan yang tidak betul, daging yang tidak diketahui dari mana asal serta puncanya, dikendalikan golongan yang identitinya sukar diramal status Islamnya, daging bercampur khinzir dan pelbagai isu yang sensitif, membuatkan saya beriltizam melakukan sesuatu untuk ummah.

“Apabila wujudnya francais Daging Segar Farm Fresh yang diambil terus daripada pembekal iaitu Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Sembilan, saya rasa keputusan ini tidak silap,” katanya yang berasakan sampai masanya masyarakat membuka mata mengenai fenomena berkenaan.

Selain itu, ibu kepada dua anak ini turut menjual daging ayam organik iaitu ayam yang tahan lama menerusi penyelenggaraan terkawal.

“Menariknya mengenai bekalan ayam organik ini, ia hanya diberi makan sayuran soya serta diperdengarkan azan dan ayat al-Quran.

“Dagingnya lebih enak walaupun agak keras dan sesuai untuk buat rendang. Tetapi ia tahan lebih sebulan jika disimpan dalam peti sejuk beku yang dikawal sebaiknya,” kata anak sulung daripada empat beradik ini lagi.

Herni Azura mengakui, suntikan semangat yang diberikan suami selain inisiatif sendiri yang mahukan sesuatu kelainan membuatkan dia memacu perniagaan ini bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

“Saya seronok melakukan semua ini kerana menyediakan stok daging segar setiap hari, penghantaran dari rumah ke rumah, mengutamakan konsep moden dan aspek bersih serta berhawa dingin, memberikan kepuasan tersendiri.

“Tidak dinafikan banyak pasar raya besar menyediakan khidmat sebegini. Tetapi saya suka bersaing secara sihat dan persaingan ini turut mengajar untuk meningkatkan kualiti untuk masyarakat,” katanya.

Menurutnya, Daging Segar Farm Fresh sudah mempunyai hampir 50 rangkaian dan syarikat miliknya adalah yang kedua lahir sebaik saja syarikat itu mula beroperasi.

Memulakan kerjaya di syarikat bapanya sebaik saja menamatkan pengajian, menjadi pengukur kepada Herni Azura untuk menguji dirinya.

“Bagus juga saya belajar dari bawah dan ayah pula banyak beri dorongan. Walaupun kini sibuk dengan syarikat ini, saya turut membantu ayah di studio muziknya di Subang Jaya.

“Yang menariknya, studio itu lebih kepada untuk tujuan komersial, latihan muzik, rakaman hiburan untuk pengiklanan dan pelbagai perkara berkaitan perniagaan,” katanya bercerita mengenai Studio Derhytmhmix yang hampir 10 tahun beroperasi.

Turut aktif dalam Puteri Umno bahkan memegang jawatan sebagai Ketua Puteri Bahagian Subang, pelbagai perkara mahu dilakarnya buat ahli yang bernaung di bawah kepimpinannya.

Yang terpenting baginya adalah melihat pertubuhan itu semakin berjaya memberi kesedaran politik kepada golongan muda sekali gus mengubah pemikiran kumpulan sasaran itu supaya mengetahui akar umbi sejarah negara, pengorbanan serta kepimpinan masa depan.

“Kepimpinan politik memerlukan sebuah negara yang stabil. Kestabilan pula harus ditandai dengan pembangunan dan kemajuan rakyatnya.

“Sesebuah negara bergantung kepada kecemerlangan generasi mudanya yang bakal menerajui negara kelak. Pada saya, semua ini memerlukan kesedaran semua pihak,” katanya.

Biar sesibuk mana dirinya, wanita ini mengakui suami menjadi sandaran dalam melayari kehidupan bahagia sekeluarga.

“Apabila terlalu sibuk dengan politik, suami banyak berkorban menjaga anak. Lagipun dia tidak percaya jika anak terlalu rapat dengan orang gaji.

“Suami yakin anak di bawah jagaannya lebih selamat. Untuk itu, dia berkorban mengambil cuti dan sebagainya supaya dapat memberi tumpuan kepada mereka,” katanya.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengingatkan kumpulan petani, penternak dan nelayan agar lebih gigih untuk menjadikan bidang pertanian sebagai satu perniagaan yang berdaya maju.

Beliau berkata berlandaskan kepada konsep Agro "P.O.L" iaitu P-Pasaran, O-Organisasi dan L-Lurus dan Tulus, bidang pertanian boleh dimajukan sebagai sebuah perniagaan yang mampu untuk mengubah nasib petani, penternak dan nelayan.

"Dulu kalau nak jadi peniaga, kena ada beg James Bond dulu, tapi sekarang itu tidak lagi penting, kalau mahu jadi peniaga, rancanglah bidang pertanian dengan baik," katanya berucap pada majlis perasmian sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2008 di Stadium Perpaduan Petra Jaya di sini hari ini.

Katanya sebelum membuat keputusan untuk terbabit dalam bidang pertanian, mereka yang berkenaan seharusnya melihat kehendak pasaran semasa.

Beliau menjelaskan langkah yang diambil oleh petani di Amerika Syarikat yang sebelum ini lebih tertumpu kepada gandum dan soya dan kemudian kepada bio-diesel harus menjadi contoh yang baik kepada petani di negara ini.

Taib berkata bidang pertanian hari ini perlu diurus dengan lebih baik melalui organisasi yang cekap dan mantap melibatkan lebih banyak pakar dalam pengurusan selain mereka yang terlibat dalam pertanian.

Selain itu, katanya mereka yang terbabit dalam bidang pertanian seharusnya lebih jujur dan lurus dalam melaksanakan apa juga bentuk kerjasama untuk memajukan industri tersebut.

"Pemilik tanah harusnya bekerjasama dengan mereka yang mempunyai modal untuk melabur dalam sektor pertanian selain menekankan kepada dasar menang-menang pada kedua-dua pihak," katanya.

Sementara itu Febian Anggoh Uchong dari Bintangor, Sarikei yang terlibat dalam projek ternakan ikan air tawar, tanaman buah-buahan dan kelapa sawit diumumkan sebagai Peladang Jaya Lelaki 2008.

Duyah Mudin dari Subis, Miri yang terlibat dalam penanaman buah-buahan dan sayuran selain projek penanaman buah mata naga, limau manis dan kelapa sawit diumumkan sebagai Peladang Jaya Wanita 2008.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

ROMPIN: Syarikat First Dairy Farm (M) Sdn Bhd (Fidaf) akan menambah antara 800 hingga 1,000 lembu tenusu jenis Jersey tahun depan bagi memenuhi permintaan susu segar negara yang kini semakin meningkat.

Syarikat berkenaan kini mempunyai 284 lembu yang mampu mengeluarkan antara 2,500 hingga 2,700 liter susu segar sehari.

Pengarah Urusan Fidaf, Muhamad Alwi Abdullah, berkata pertambahan lembu itu membolehkan pihaknya mampu mengeluarkan antara 60,000 hingga 70,000 liter susu segar sehari.

Beliau berkata, jumlah susu segar yang dapat dihasilkan seekor lembu jenis Jersey bertambah daripada setahun ke setahun terutama apabila haiwan berkenaan berada dalam keadaan sihat dan selesa.

Katanya, di ladang Fidaf yang beroperasi di Kilometer 81, Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah, di sini, proses memerah susu dilakukan dua kali sehari iaitu seawal jam 4 pagi dan lima petang pada setiap hari.

"Pengeluaran susu segar di ladang Fidaf meningkat lebih 10 peratus berbanding rekod pengeluaran susu lembu jenis Jersey yang ada di Australia.

"Sistem kandang berhawa dingin selain pemakanan iaitu rumput segar yang dicampur dengan makanan proses menjadi faktor utama pengeluaran susu segar meningkat," katanya di sini, semalam.

Muhamad Alwi berkata, purata kos makanan bagi seekor lembu ialah RM10 sehari dan peningkatan kos makanan menyebabkan pihaknya membuat keputusan untuk menaikkan harga jualan susu segar.

Beliau berkata, selepas muncul pengeluar susu segar terbesar negara, syarikatnya juga kini berusaha terbabit dalam perniagaan menjual anak lembu Jersey tulen.

Katanya, selepas lapan bulan beroperasi, Fidaf kini mempunyai 245 anak lembu Jersey tulen yang diperoleh apabila lembu yang dibeli, beranak selepas beberapa bulan berada di ladang Fidaf.

"Untuk menghasilkan anak lembu Jersey tulen dan bermutu tinggi, kami kini dalam proses melakukan permanian beradas menggunakan baka yang diimport dari Amerika Syarikat walaupun kos sperma dari negara itu agak mahal.

"Anak lembu Jersey tulen yang dihasilkan Fidaf akan direkodkan selain mempunyai sijil kelahiran dan maklumat lain," katanya.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

JELI: Agrobank, dulunya dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia, terus memainkan peranan penting memajukan sektor pertanian negara apabila sudah menyalurkan pinjaman RM2.8 bilion kepada lebih 117,000 peminjam sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, berkata jumlah itu disalurkan kepada golongan petani dan usahawan tani bagi mengusahakan kegiatan pertanian serta memulakan perniagaan dalam bidang perusahaan kecil dan sederhana.

Beliau berkata, jumlah itu membuktikan Agrobank tetap memainkan peranan besar memartabatkan sektor pertanian menerusi penyaluran pembiayaan kepada golongan sasar melalui rangkaian produk dan perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan sejak pengkorporatannya, April lalu.

"Sepanjang Januari hingga September tahun ini, nilai pinjaman disalurkan Agrobank kepada peminjam yang terbabit dalam sektor pertanian dan industri asas tani adalah RM2.8 bilion membabitkan 114,000 peminjam di seluruh negara.

"Pinjaman yang dibuat membabitkan pelbagai sektor di bawah bidang pertanian termasuk perikanan, penternakan, pemprosesan makanan, selain tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah serta memulakan perniagaan berasaskan pertanian.

"Berdasarkan laporan dikemukakan Agrobank, bayaran balik pinjaman tidak menunjukkan sebarang masalah iaitu kira-kira 95 peratus peminjam berjaya membuat bayaran balik mengikut jadual," katanya selepas melawat Agrobank Cawangan Jeli, di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden Kanan Agrobank, Abd Malek Ahmad; Pengurus Agrobank Kelantan, Mohd Rahim Mohd Zain dan Pengurus Agrobank Cawangan Jeli, Mohd Maimi Zakaria.

Agrobank cawangan Jeli yang mula beroperasi di jajahan itu sejak 16 tahun lalu kini mempunyai 30,000 pemegang akaun iaitu 12,000 perbankan Islam dan 18,000 konvensional membabitkan nilai deposit sebanyak RM24 juta.

Ia juga satu-satunya institusi kewangan yang beroperasi di bandar Jeli yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada golongan petani dan pekebun kecil. Agrobank cawangan Jeli mempunyai kekuatan seramai 14 kakitangan.

Mustapa berkata, Agrobank bercadang menambah cawangannya di seluruh negara bagi memenuhi keperluan sektor pertanian yang semakin berkembang khususnya di kawasan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang tumpuan utamanya adalah memajukan sektor terbabit.

Katanya, ketika ini, Agrobank mempunyai 120 cawangan seluruh negara dan sebagai permulaan dalam usaha memperluaskan operasinya, cawangan kecil gred B bank berkenaan akan dinaik taraf kepada cawangan gred A sebelum cawangan lain dibuka, bergantung kepada keperluan.

"Menerusi ECER, pertanian adalah sektor utama yang akan dibangunkan, jadi Agrobank mempunyai peranan besar untuk memastikan kejayaannya dan ia juga menunjukkan Agrobank mempunyai masa depan yang cerah untuk lebih berkembang," katanya.

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

Lembu Tenusu
  1. INDUSTRI TENUSU DI MALAYSIA
  2. ANALISIS SWOT
  3. PEMBANGUNAN LADANG TENUSU
  4. BAKA DAN PEMILIHAN TERNAKAN
  5. AMALAN BAIK PENTERNAKAN HAIWAN - GAHP
  6. KEWANGAN
  7. PEMASARAN (pdf, 764 KB)
  8. ANALISIS KEWANGAN (pdf, 692 KB)
  9. KESIMPULAN (pdf, 493 KB)

ARRANGEMENT OF STALL IN A HERRINGBONE MILKING PARLOR (pdf, 681 KB)

FOUR ROW FREESTALL BARN DRIVE - THROUGH FEEDING - 124 STALLS

  1. First page (pdf, 526 KB )
  2. Second page (pdf, 526 KB)

TWO ROW TRADIOTIONAL FREESTALL BARN OUTSIDE FEED DRIVEWAY - 59 STALLS (pdf, 558 KB)

PUSAT LOKASI PEMBANGUNAN INDUSTRI TENUSU (PPIT) (pdf, 555 KB )

Kumpulan JutawanTernak 0 ulasan

DI Kelantan, pertandingan haiwan cantik seperti ayam serama, cengkerik, ikan ‘flowerhorn’, burung merbuk, tekukur serta lembu dipertontonkan kepada rakyat negeri ini sejak beberapa tahun lalu sehingga ia dijadikan acara wajib tahunan bagi peminat setianya.

DI Kelantan, pertandingan haiwan cantik seperti ayam serama, cengkerik, ikan ‘flowerhorn’, burung merbuk, tekukur serta lembu dipertontonkan kepada rakyat negeri ini sejak beberapa tahun lalu sehingga ia dijadikan acara wajib tahunan bagi peminat setianya.

Malah tidak keterlaluan dikatakan, pemilik dan peminat tentu gelisah seandainya pertandingan seumpama itu tidak dijalankan, menyebabkan ada yang sanggup melakukannya secara individu atau berkumpulan, sekalipun di rumah dan tanpa tawaran hadiah.

Begitulah hebatnya aktiviti itu di kalangan peminatnya. Pantang mendengar adanya pertandingan itu, mereka terus bergegas ke lokasi terbabit tanpa mempedulikan jumlah yuran penyertaan yang bakal dikenakan.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, muncul satu kategori pertandingan membabitkan haiwan yang jarang diadakan di negeri lain iaitu pertandingan biri-biri cantik.

Jika sebelum ini ramai menjauhkan diri daripada kambing atau biri-biri kerana bau badannya yang hamis, kini ada yang rela memeluk dan membelai kedua-dua haiwan itu seperti kucing.

Lebih menarik, sebahagian besar biri-biri berkenaan memiliki surat beranak dan nama ‘glamor, antaranya Awe Donde, Siti Payung, Jenny, Cindai, Castello, Siti Ara, Minah dan Hitler.

Pada setiap pertandingan, ‘kecantikan’ serta ‘kejelitaan’ biri-biri yang mengambil bahagian menjadi tumpuan kerana haiwan terbabit biasanya didandan serta dihias indah.

Pemilik haiwan itu turut menggosok gigi biri-biri mereka dengan menggunakan berus gigi ‘gergasi’ bagi memastikan ia sentiasa kelihatan putih berseri.

Pengadil pertandingan biri-biri cantik yang juga pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Zaimin Mohd Daud, 30, berkata penilaian dibuat berdasarkan tiga kriteria iaitu sifat biri-biri, ciri-ciri sistem pembiakan dan penampilan am.

“Pembahagian markahnya ialah 40 peratus untuk ciri-ciri pembiakan dan masing-masing 30 peratus untuk sifat biri-biri serta penampilan am,” katanya.

Zaimin berkata, markah untuk penampilan am mengambil kira badan biri-biri sihat, tegap, tidak cacat, selain bulu badannya mesti kemas, bersih dan berkilat. Ia termasuk juga cara berdiri, berjalan (gait) serta tingkah lakunya seperti jinak, aktif serta mudah dikendalikan.

“Pemilik akan memperoleh markah lebih tinggi lagi jika haiwan peliharaannya memiliki sifat biri-biri seperti tanduk bulat dan melengkung ke bawah berwarna gelap, telinga lebar, lembut, saiz sederhana serta melampai ke bawah.

“Warna badan pula sebaik-baiknya putih manakala telinga serta kepala merah coklat, berekor perang kemerahan dan berpigmen di bahagian ventral,” katanya.

Zaimin berkata, ciri-ciri sistem pembiakan yang menyumbang 40 peratus markah pula dikira berdasarkan testis normal, saiz yang sama serta seimbang; ‘scrotum’ normal, tidak terlalu labuh; ‘prepuse’ normal dan ukurlilit scrotum.

Menurut Zaimin, pertandingan biri-biri cantik berbeza dengan pertandingan haiwan lain kerana satu tarikan utamanya ialah gelagat haiwan itu ketika diperagakan oleh pemilik masing-masing.

“Pertandingan menjadi lebih menarik dan seronok apabila biri-biri yang ditambat oleh pemiliknya dengan penunggul tiba-tiba berlaga kepala dengan biri-biri lain, menyebabkan kedengaran kuat bunyi hentakan tanduk.

“Sebab itu, pemilik menambat biri-biri masing-masing agak jauh iaitu lebih kurang 20 meter jaraknya bagi mengelak kejadian itu berlaku,” katanya.

Remaja yang juga pemilik biri-biri yang menyertai pertandingan itu, Mohd Shahril Azlan, 15, dari Bachok berkata dia lebih suka ‘bermain’ dengan biri-biri daripada membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah.

Katanya, sehingga kini dia memiliki dua ekor biri-biri yang dinamakan Joe dan Asha, masing-masing berusia empat dan enam bulan, yang dihadiahkan oleh ayahnya tahun lalu.

“Biasanya saya pergi mencari rumput dan tumbuhan herba di padang ragut untuk diberi makan kepada Joe dan Asha, selain turut memberi dedak.

“Sehingga kini pencapaian terbaik biri-biri saya ialah memenangi hadiah tempat keempat dalam pertandingan biri-biri cantik di Kota Bharu, Mac lalu.

“Bagaimanapun, saya bangga kerana menjadi peserta paling muda menyertai pertandingan seumpama itu,” katanya.

Kumpulan JutawanTernak 4 ulasan


I. LATAR BELAKANG INDUSTRI PEDAGING

Antara salah satu ladang lembu yang terdapat di Malaysia


Transformasi Sektor Pertanian

Dasar Pertanian Negara Tiga (DPN3), memberi perhatian ke arah meneruskan usaha mempercepatkan transformasi sektor pertanian kepada satu sektor yang lebih moden, dinamik, berskala besar dan mampan di mana daya gerak pertumbuhan dan pembangunan adalah berpandukan kepada pasaran dan sumber manusia. Sektor pertanian dibentuk menjadi lebih dinamik dan cergas, terdiri daripada perniagaantani serta perladangan dan pengusahaan yang cekap. Pembangunan dan pertumbuhan sektor pertanian ini adalah berasaskan kepada kadar inovasi yang pesat dalam pengeluaran dan pemprosesan, peningkatan produktiviti dan penyerapan teknologi yang lebih meluas.

Perluasan Aktiviti Penternakan Ruminan

Berpandukan DPN3, penternakan ternakan ruminan diperluas serta digalakkan secara integrasi di ladang tanaman kekal seperti kelapa sawit dan getah, terutamanya di estet-estet dan juga di rancangan tanah tersusun secara intensif. Usaha-usaha peningkatan pengeluaran telah disokong dengan pengimportan induk yang sesuai serta peningkatan bilangan induk tempatan melalui penyelidikan yang intensif. Walaubagaimana pun pengeluaran bagi sektor ini masih didominasikan oleh penternakan tradisional yang majoriti beroperasi pada skala kecil-kecilan.

Peningkatan Melalui Rancangan Imbangan Dagangan (Balance Of Trade)

Usaha pengeluaran daging lembu, kerbau, kambing dan biri-biri telah dipertingkatkan dalam Rancangan Imbangan Dagangan (BOT Plan) dengan memberi penekanan yang lebih agresif ke atas teras dasar DPN3 dan mensasarkan peningkatan pengeluaran ternakan ruminan yang lebih tinggi berbanding sasaran DPN3. Sasaran DPN3 telah dikaji semula berasaskan kepada perkembangan dan kedudukan semasa negara untuk dijadikan sasaran bagi pelan tindakan BOT bagi tempoh 2006 – 2010.

Pengeluaran Daging Ruminan

Populasi semasa ternakan ruminan besar (lembu dan kerbau) adalah stabil dan berjumlah 926,000 ekor dengan stok betina pembiak sebanyak 339,400 ekor. Jumlah tersebut menyumbang kepada pengeluaran daging ruminan besar tempatan sebanyak 25,270 tan metrik. Sumbangan ini hanya merupakan 18 peratus daripada keperluan daging lembu/kerbau negara pada kadar penggunaan per kapita sebanyak 4.75 kg se tahun.

Pengeluaran daging ternakan lembu tempatan disumbang oleh tiga aktiviti penternakan iaitu sumber ternakan integrasi, fidlot dan tradisional. Untuk pengeluaran daging lembu tempatan pada tahun 2003, fidlot menyumbang 54 peratus, integrasi 12 peratus dan tradisional 34 peratus. Disamping sumbangan pengeluaran oleh tiga aktiviti ternakan lembu pedaging integrasi, fidlot dan tradisional, sebahagian kecil pengeluaran daging tempatan juga disumbang oleh ternakan lembu tenusu yang populasi semasa berjumlah 36,000 ekor.


Komitmen di dalam bidang penternakan memerlukan pengorbanan yang tinggi dan bersemangat waja untuk menjayakan industri penternakan.- jutawanternak.blogspot.com

Status Penggunaan Daging Ruminan

Pemasaran daging ruminan besar terbahagi kepada 3 segmen berasingan iaitu daging keratan terpilih khususnya daging import dari USA, Australia dan New Zealand, daging segar yang disembelih dalam negara dan segmen terendah yang merupakan daging kerbau beku yang diimport dari India. Harga pasaran daging keratan terpilih mencecah RM30.00 hingga RM50.00 sekilogram, daging segar terdapat di pasaran dengan harga runcit RM16.00 hingga RM20.00 sekilogram manakala daging beku import dari India dijual dengan harga RM8.00 hingga RM12.00 sekilogram. Pada tahun 2003, sebanyak 103,219 tan metrik daging ruminan besar diimport ke dalam negara. Pengeluaran domestik bagi daging bermutu tinggi yang menyerupai daging Australia atau USA sebagai daging keratan terpilih akan menjana pertumbuhan industri ini secara sihat. Produk bernilai tambah akan mempertingkatkan daya saing dan produk untuk eksport.

Pengeluaran produk daging diproses akan digalakkan dan menambah nilai produk sediada untuk pasaran.




Untuk menjadi penternak lembu & kambing, memerlukan ilmu pengetahuan yang lengkap.

II. SASARAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PEDAGING

Menjelang tahun 2015, sasaran negara adalah untuk:

i. Meningkatkan pengeluaran domestik daging ruminan besar negara daripada 18 peratus (semasa) kepada 40 peratus dan mengekalkan status tersebut seterusnya.

ii. Meningkatkan pengeluaran domestik daging ruminan kecil negara daripada 8 peratus (semasa) kepada 35 peratus dan mengekalkan status tersebut seterusnya.

iii. Meningkatkan populasi pembiak ruminan besar dan ruminan kecil kepada minimum 610,000 ekor dan 1,560,000 ekor masing-masing.

Dalam tahun 2015, permintaan daging lembu termasuk kerbau adalah 153,600 tan metrik. Apabila mencapai kadar saradiri 40 peratus, jumlah daging lembu yang akan dikeluarkan dalam Negara adalah sebanyak 62,300 tan metrik dan melibatkan populasi lembu 1.65 juta ekor atau bilangan lembu betina pembiak sebanyak 610,000 ekor. Bagi mencapai sasaran tersebut, sejumlah 464,000 ekor lembu perlu disembelih. Ini akan tercapai setelah penambahan induk pembiak sebanyak 40,000 ekor dalam masa 5 tahun bermula 2006 serta pengimportan 90,000 hingga 110,000 ekor lembu fider setiap tahun. Pengimportan lembu pembiak disumbangkan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta manakala pengimportan lembu fider akan dilakukan oleh pihak swasta. Negara perlu mensasarkan segmen pasaran daging segar dan keratan terpilih supaya diperluaskan.

III. ISU DAN CABARAN

Secara amnya industri penternakan khususnya lembu pedaging menghadapi beberapa cabaran terutamanya dalam era liberalisasi perdagangan yang sedang berlaku. Untuk sektor ruminan masih terdapat beberapa isu dan masalah dalam melaksanakan dan mempergiatkan usaha menternak secara besar-besaran yang perlu di beri perhatian:

· Kekurangan dan kesukaran memperolehi baka induk betina dan pejantan berkualiti yang dapat memberi hasil yang tinggi dengan kos penyelenggaraan yang rendah kepada pengusaha.

· Kekurangan tanah untuk tapak projek ternakan lembu. Status tanah Pusat Pembiakan Ternakan Ruminan yang masih belum selesai dan keengganan kerjasama Kerajaan Negeri memberi hakmilik atau rizab persekutuan ke atas tanah yang berkepentingan. Disamping itu termasuklah cabaran persaingan industri lembu pedaging dengan industri yang lebih berdaya maju serta menguntungkan.

· Sambutan daripada sektor perladangan sawit dan syarikat-syarikat perladangan swasta besar kurang menggalakkan. Kedinginan sambutan di kalangan sektor swasta pada amnya.

· Fokus untuk membangunkan penternak tradisional serta sumber ternakan lembu yang terdapat di luar kawasan perkhidmatan KTS lebih tertumpu kepada perkhidmatan kesihatan dan kawalan penyakit dan objektif transformasi menjadi kurang diberi penekanan.

· Kekurangan kemahiran dan kompetensi tenaga kerja dikalangan pengusaha dan penternak di peringkat lapangan. Jumlah kakitangan Jabatan yang menjalankan khidmat penyampaian adalah masih kecil dibandingkan dengan jumlah ternakan dan kawasan yang perlu diliputi (nisbah kakitangan terutamanya golongan berkepakaran dengan pengusaha)

· Ancaman penyakit yang masih wujud seperti penyakit Kuku dan Mulut, Hawar Berdarah dan Bruselosis.

· Perkhidmatan kepakaran dalam pemakanan ternakan masih kurang dilibatkan dalam sistem pengurusan ladang ternakan. Pengusaha ladang masih kurang faham dan mahir dengan teknologi pengurusan ladang terutamanya aspek makanan dan pemakanan.

· Tempoh matang daya usaha yang lambat dan pulangan terutamanya keatas pelaburan yang kecil (isu economic of scale dan efisyensi).

· Kadar ekstraksi yang sangat tinggi bagi ternakan ruminan menjejaskan program-program pembangunan ruminan. Ini termasuklah isu penyembelihan ternakan betina yang memberi kesan memperlahankan kadar perkembangan populasi.

· Masalah pencemaran alam sekitar hasil dari penternakan secara besar-besaran.

IV. PENDEKATAN STRATEGIK

Bagi mencapai matlamat pembangunan industri lembu pedaging, Dasar Pedaging Negara telah digubal dengan menggariskan lima (5) strategi utama iaitu:

i. Meningkatkan populasi asas dengan ternakan ruminan yang sesuai untuk pengeluaran yang mampan dan ekonomikal

ii. Meningkatkan keupayaan dayasaing Industri Pedaging

iii. Menambahbaik persekitaran bisnes dan prasarana serta skim insentif

iv. Memperkukuhkan langkah sanitari dan fitosanitari

v. Menambahbaik kualiti produk dan pengeluaran produk tambah nilai

i. Meningkatkan Populasi Asas Dengan Ternakan Yang Sesuai Untuk Pengeluaran Yang Mampan Dan Ekonomikal

a. Menambah Bilangan Pejantan Baka Dan Induk Melalui Perolehan Strategik - Dalam usaha meningkatkan pengeluaran daging dalam negara, penambahan bilangan pejantan dan bibit dalam populasi adalah perlu. Ternakan bibit ini hendaklah sesuai untuk persekitaran tropikal seperti di Malaysia supaya dapat digunakan untuk pengeluaran yang mapan dan ekonomikal. Ternakan ini perlu diperolehi daripada negara-negara lain supaya populasi ternakan ruminan di Malaysia secara keseluruhan akan meningkat. Analisis risiko untuk ancaman penyakit berasaskan OIE Terrestrial Animal Health Code perlu dijalankan untuk menentukan samada baka-baka tertentu boleh diimport dengan risiko yang minimum. Dalam hal ini, penglibatan kerajaan negeri, sektor swasta dan syarikat perladangan sawit secara lebih menyeluruh diperlukan.

b. Pembiakbakaan Secara Berstruktur - Usaha kearah penubuhan ladang nuklius dan multiplikasi dipergiatkan, disokong oleh peningkatan program sumber genetik baka terpilih dengan perkongsian bijak bersama Institut Bioteknologi Haiwan Kebangsaan (IBHK) di Jerantut, Pahang.

Di samping pembangunan ladang nuklius, pembangunan ladang-ladang multiplikasi sangat diperlukan. Dalam negara, ladang-ladang multiplikasi yang berfungsi untuk menggandakan bilangan ternakan pembiak yang dihasilkan oleh ladang nuklius adalah sangat berkurangan. Ladang-ladang multiplikasi perlu dibangunkan oleh sektor swasta atau agensi perladangan sawit seperti FELDA, RISDA dan FELCRA. Pihak-pihak ini boleh mendapatkan perkhidmatan sokongan secara perkongsian bijak dengan JPH atau mana-mana pihak swasta. Ladang-ladang multiplikasi berpotensi boleh dinaiktaraf kepada status ladang nuklius.

Pengkhususan kepada pengeluaran satu produk ternakan sama ada induk betina (Heifers/Doe/Ewe park) atau baka pejantan (Bull/Buck/Ram park) diusahakan melalui ladang-ladang multiplikasi. Satu sistem pengenalan dan perekodan nasional akan dibangunkan untuk membolehkan “traceability” dan pemilihan genetik dilaksanakan. Persatuan-persatuan baka akan digalakkan untuk tujuan pembangunan baka-baka tulen tertentu serta menjaga kepentingan pembaka.

c. Galakan Pelaburan Swasta Dalam Pembangunan Ladang Nuklius Dan Ladang Multiplikasi - GLC dan pihak swasta akan dilibatkan secara langsung dalam pembinaan ladang nuklius untuk memenuhi keperluan ternakan baka tulin bagi negara. Oleh kerana kos untuk membina prasarana ladang nuklius adalah tinggi, kerajaan akan menyediakan tenaga pakar dan memberi insentif dalam bentuk pelepasan cukai dan ’soft loan kepada pelabur swasta yang terlibat di dalam inisiatif ini. Dalam kes-kes tertentu, ‘reverse investment’ oleh pelabur swasta untuk mengeluarkan serta multiplikasi baka-baka yang bakal diimport ke dalam negara, akan diberikan insentif tertentu oleh kerajaan.

ii. Meningkatkan Keupayaan Daya Saing Industri Pedaging

a. Pengukuhan Pembakaan Secara Sistematik - Melalui penggunaan kaedah permanian beradas, aktiviti kacukan pedaging telah memberikan impak kepada penternak-penternak tradisional. Produktiviti ditingkatkan dan jenis baka yang lebih baik dapat dikeluarkan.

b. Meningkatkan Aktiviti Tambah Nilai di Ladang - Aktiviti-aktiviti tambah nilai berikut dijalankan diperingkat ladang:

§ Penggemukan melalui sistem fidlot

Penternakan lembu secara fidlot digalakkan kepada pengusaha. Ini akan memberikan nilai tambah dengan tumbesaran dan saiz ternakan yang lebih besar.

§ Makanan tempatan

Ekploitasi sumber makanan tempatan seperti penggunaan bahan sisa pertanian sebagai makanan ternakan. Misalnya pelepah sawit, PKC, jerami padi dan hampas nanas untuk mengurangkan kos pengeluaran. Rawatan terhadap sisa-sisa pertanian untuk meningkatkan kualiti dan penggunaannya.

§ Lembu dan kambing fider keluaran tempatan

Pengeluaran lembu dan kambing fider dari projek integrasi, penternak tradisional dan ladang pembiakan tempatan dipertingkatkan dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada import ternakan fider.

§ Pemprosesan Mudah Keratan Daging

Pengeluar digalakkan menceburi bidang pemprosesan mudah bagi mendapatkan produk nilai ditambah. Contoh paling mudah adalah keratan daging terpilih.

c. Pengukuhan Penyelidikan dan Pembangunan - Penyelidikan dan Pembangunan diperkukuhkan dalam bidang-bidang berikut;

§ Pembiakan dan pembakaan

Secara jangka panjang, kerjasama kerajaan dan swasta bagi penyelidikan dalam bidang pembiakbakaan dan penilaian baka-baka ternakan ruminan pedaging terus dilaksanakan untuk menghasilkan baka-baka yang sesuai dalam sistem pengeluaran dan berpotensi menghasilkan peratus daging yang tinggi dan pengeluaran secara mapan. Sumber genetik dari luar negara diuji kesesuaiannya dari aspek ketahanan terhadap persekitaran tropikal dan diimport secara besar-besaran sekiranya didapati sesuai.

§ Pemakanan ternakan

P&P dijalankan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber tempatan seperti bahan sisa pertanian sebagai makanan ternakan. P&P juga terus dilaksanakan untuk mengenalpasti makanan ternakan baru yang berkualiti dari sumber tempatan. Inisiatif diambil untuk mewujudkan rumusan makanan yang sesuai dan mengurangkan kos makanan.

§ Sistem pengeluaran

Pelbagai sistem pengeluaran ternakan dikaji, berfokus kepada kecekapan kos, kualiti dan pengeluaran yang mapan. Penambahbaikan kepada sistem pengeluaran sediada, fidlot dan integrasi dilaksanakan. Unsur-unsur seperti baka, pemakanan, struktur kandang, kawalan persekitaran, dan sebagainya diberi tumpuan.

§ Bioteknologi

Membangunkan kegunaan bioteknologi untuk meningkatkan prestasi pengeluaran ternakan. Bidang-bidang penyelidikan termasuk bioteknologi pembiakan (permanian beradas, pemindahan embrio dan IVF), pembangunan ujian diagnostik, reagen dan kit, pembangunan vaksin rekombinan, peningkatan genetik melalui bantuan marker dan pembangunan sistem-sistem yang mengurangkan pencemaran. Walau bagaimanapun permanian beradas akan diberi keutamaan dalam jangkamasa pendek.

iii. Menambahbaik Persekitaran Bisnes Dan Prasarana

Persekitaran bisnes dan prasarana akan dipertingkatkan dengan beberapa kaedah seperti:

a. Memperkukuhkan Mekanisme Dana Pembiayaan - Menwujudkan Dana Khas untuk pelaburan dalam penternakan lembu. Mempermudahkan prosedur perolehan bantuan kewangan daripada dana khas tersebut. Membangunkan sistem di mana ternakan diterima sebagai aset dan cagaran oleh bank. Mewujudkan sistem di mana ternakan dapat diinsurankan.

b. Penggunaan Tanah Pertanian Dioptimumkan - Kerajaan negeri diminta untuk merizabkan tanah khusus kepada pelabur yang ingin membangunkan atau memperkembangkan projek ternakan dan mempermudahkan sistem permohonan tanah. Ladang-ladang sawit yang tidak berminat melabur dalam bidang ternakan memberi peluang kepada penternak lain untuk mengusahakannya.

c. Merevolusikan Pemberian Insentif - Merevolusikan kaedah pemberian insentif kepada syarikat swasta yang terlibat dengan penternakan. Pelepasan cukai perniagaan dan taraf perintis kepada syarikat swasta dan GLC yang menjalankan aktiviti ternakan secara komersial. Selain dari itu sumbangan ekuiti kerajaan dalam bentuk ternakan ruminan (1:1) sebagai insentif tambahan; melanjutkan tempoh insentif sediada diberikan; pembelian baka terpilih daripada penternak; dan insentif semen beku dan pengeluaran makanan. ’Matching grant’ berbentuk ternakan dan input projek ternakan termasuk peralatan kritikal diberikan kepada penternak yang layak dan berpotensi.

d. Memperkukuhkan Penyampaian Perkhidmatan - Penyusunan prasarana dan logistik dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik, kakitangan yang kompeten dan ditempatkan di kawasan yang strategik. Perkhidmatan-perkhidmatan seperti permanian beradas, rawatan kesuburan, pengujian dayabiak, rawatan penyakit, saringan penyakit dan latihan diberikan secara percuma atau dengan kos nominal.

e. Penyediaan Infrastruktur asas Zon Pengeluaran - Kemudahan infrastruktur asas seperti pembersihan kawasan, bekalan air, letrik, jalan, perparitan dan laporan EIA di zon penternakan disediakan oleh pihak kerajaan. Zon ini digezetkan dibawah enakmen tanah negeri masing-masing.

f. Transformasi Penternak Tradisional - Penternak tradisional yang berpotensi dibimbing untuk proses transformasi dan translokasi diatas padang ragut dan TKPM. Ini bertujuan menambah daya maju projek masing-masing.

g. Memperkukuhkan Sistem Pemasaran - Rangkaian sistem pemasaran yang lebih cekap dan terancang dibangunkan. Permintaan untuk daging dan produk daging yang berkualiti termasuk keratan terpilih sebagai jenama Malaysia dipertingkatkan dengan harga yang kompetitif. Seterusnya negara boleh mempromosikan daging dari projek Integrasi sebagai “Bio-Friendly Produce” dan “Residue-Free Beef”. Pemasaran produk Halal akan diberikan tumpuan.

h. Memperkukuhkan Sistem Maklumat - Sistem maklumat lembu pedaging diperkukuhkan supaya semua stakeholder dalam industri penternakan mendapat maklumat sebenar dan terkini yang akan membantu dalam proses membuat keputusan bisnes. Maklumat ini (”livestock intelligence service”) termasuk statistik penyembelihan, harga ternakan, harga daging dan produk ternakan, statistik import dan eksport untuk produk ternakan, harga makanan dan output ladang.

i. Pembangunan Sumber Manusia - Dengan pembangunan yang pesat dalam Industri Penternakan, adalah sangat kritikal untuk membangunkan tenaga kerja yang bukan sahaja mencukupi tetapi profesional serta kompeten dalam penternakan moden. JPH mengadakan program pembangunan kakitangan yang berjadual serta berterusan. Peningkatan kemahiran usahawan dan penternak diberikan keutamaan melalui kursus-kursus usahawan.

Di bawah Program Pengembangan Veterinar (PPV), program Lawatan TerJadual, LTJ akan dilaksanakan ke atas setiap ladang. Menerusi program LTJ perkhidmatan khidmat nasihat teknikal, kewangan dan pemasaran dapat diberikan secara langsung kepada pengusaha/penternak dan ini akan memberikan impak yang besar kepada pengeluaran daging dalam negara dan akan mempastikan industri ternakan ruminan akan terus maju.

j. Pengiktirafan Pengguna Terhadap Daging Segar dan Beku - Produk-produk daripada negara-negara lain hendaklah juga diperlabelkan dengan jelas (mithalnya, ‘Daging Kerbau’) supaya pengguna lebih sedar berkenaan dengan jenis daging yang diperolehi. Produk daging yang istimewa kepada Malaysia akan dibangunkan untuk meminimumkan kesan halangan perdagangan. Pengguna dimaklumkan akan perbezaan daging segar, daging beku dan daging sejuk-dingin (“chilled”) (“product differentiation”).

iv. Memperkukuhkan Status Sanitari Dan Fitosanitari

Dalam membangunkan Industri Penternakan Lembu Pedaging, status kawalan penyakit dalam negara perlu dipertingkatkan demi untuk membolehkan perdagangan di dalam dan di luar negara. Penyakit yang menjadi keutamaan adalah Penyakit Kuku dan Mulut serta penyakit Bruselosis, iaitu penyakit yang ada kesan kepada ekonomi dan akan dibasmi secara progresif zoning.

Pengimportan hendaklah berasaskan kepada analisis risiko dan berpandu kepada OIE Terrestrial Animal Health Code. Input kepada Program Peningkatan Status Sanitari dan Fitosanitari perlu ditambahkan kepada satu tahap di mana kawalan penyakit dapat diusahakan dengan sempurna.

v. Menambahbaik Kualiti Produk dan Pengeluaran Produk Tambah Nilai

a. Memperluaskan Skim Persijilan Ladang - Kecekapan, produktiviti, biosekuriti dan kualiti sesebuah ladang amat penting untuk mempastikan produk keluarannya dapat diterima di dalam negara dan di pasaran global. Program peningkatan kualiti dan pengeluaran ladang-ladang ternakan ruminan pedaging samada di bawah sistem integrasi atau fildot, perlu dilaksanakan menerusi pengakuan kepada peraturan dan standard seperti Skim GAP dan SALT. Sijil pengiktirafan Amalan Ladang Ternakan Baik (SALT) diperluaskan kepada ladang-ladang yang memenuhi piawaian ditetapkan oleh Jabatan dan penganugerahan berkenaan perlu diperbaharui setiap tahun.

b. Memperluaskan Persijilan VHM - Penganugerahan sijil ’Veterinary Health Mark, VHM kepada kilang-kilang pemprosesan diperluaskan supaya diterima di peringkat antarabangsa dan terus memperkembangkan pasaran untuk produk halal (Halal Food Hub) serta lain-lain hasil ternakan Malaysia.

V. KESIMPULAN




Bersama rakan penternak..., Rangkaian penternak lembu adalah salah satu faktor untuk berjaya di dalam dunia pemasaran hasil hiliran ternakan.

Pembangunan Industri Pedaging Negara memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak, iaitu kerajaan, swasta serta lain-lain agensi yang terlibat bagi merealisasikan wawasan negara untuk meningkatkan populasi ternakan ruminan kepada tahap lebih tinggi dengan mengambilkira kapasiti tanah supaya semua tanah peladangan yang wujud dapat digunakan secara optimum dan mapan. Populasi ternakan ruminan akan dinaikkan supaya kadar saradiri untuk daging lembu dapat ditingkatkan kepada 40 peratus menjelang tahun 2015. Dengan pencapaian hasrat ini, maka pergantungan import daging ruminan bagi memenuhi keperluan nasional dapat dikurangkan.

Revolusi Pertanian bagi sektor ternakan ini dicapai dengan mengimplimentasi lima strategi utama iaitu peningkatan populasi asas melalui pengimportan, meningkatkan keupayaan dayasaing, menambahbaik persekitaran bisnes dan prasarana, memperkukuhkan langkah sanitari dan fitosanitari serta menambahbaik kualiti produk. Proses transformasi penternak tradisional akan berjalan serentak dengan peningkatan produktiviti sektor ternakan ketahap yang optimum.